Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 31 December 2012

selamat tinggal 2012

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


2012 bakal melabuhkan tirainya beberapa jam lg. Byk pahit manis yg dilalui sepanjang thn ni. Semua tu bakal ditinggalkan dan dibiarkan berlalu menjadi kenangan....2012 boleh dikatakan thn percutian bg kami sekeluarga, byk kenangan manis tercipta. Tak terkecuali ada jugak kematian di kalangan saudara mara yg tentunya mengundang kepahitan utk dikenang.

Januari ~ genap setahun kami menetap di shah alam. Selama setahun tu jugak la kami dok ulang alik shah alam-sp tiap2 bln tanpa jemu.

Cuti2 mesia dimulakan dgn percutian ke mersing, jb N melaka selama seminggu sempena CNY.
 

Februari ~ sambut besday en.khai di genting highland CUTI2 GENTING HIGHLAND

Mac ~ kelahiran SINAR KASIH KHAIRINA

April ~ holiday di Gold Coast Morib, MORIB GOLD COAST RESORT, GOLD COAST WATER PARK

Mei ~ bergedik santai dgn kupu2 di fraser hill CUTI2 FRASER HILL, 
       ~ sambut besday aqif di melaka KLEBANG BEACH RESORT
       ~ penghujung mei kami sekeluarga berpindah blk ke sp

Jun ~ dikejutkan dgn kematian tok sedara yg merupakan guru mengaji waktu aku kecil dulu akibat serangan jantung. Al-fatihah utk TOK SU AISHAH.

Oktober ~ bermalam di MERDEKA BEACH RESORT sempena besday aqil
              ~ pemergian sepupu yg dihormati, abg SUBRI MAT akibat sakit buah pinggang

November ~ terima berita yg tak di sangka2, kematian sepupu kecil NUR HUDA BATRISYIA berusia 1   thn 6bln akibat demam panas demam yang membawa maut
             
                ~ kami sekeluarga ke CAMERON HIGHLAND meraikan besday aku

                ~ sekali lg kehilangan ahli keluarga terdekat....pemergian tok tersayang ke rahmatullah, al-fatihah utk tok AMINAH BT SAFAR.

Disember ~ ke Kuala Linggi, Melaka sempena majlis sambut menantu saudara en.khai.
               ~ ke Kuala Lumpur sempena majlis perkahwinan my kazen.


Begitula sedikit imbasan kenangan sepanjang thn 2012. Thn ni blh la bersenang lenang bercuti sesuka hati tp start thn depan kalu nak bercuti ke mana2 kena tunggu time cuti skul la sbb aqil dah masuk tadika. Esok aqil akn start sekolah, OMG mcm tak percaya anak dah nak sekolah. Tah mcmana la hari 1st persekolahan dia, harap2 dia tak nangis mcmana yg dia janjikan.

Semoga thn 2013 membawa lbh byk rezeki buat kami sekeluarga, semoga lbh banyak berita gembira....semoga tahun 2013 lbh baik dr tahun2 sebelumnya.....semoga apa yg dirancangkan bakal terlaksan, aminnnn.
















makanan~macam2 ada

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Sepanjang minggu lps, rumah aku meriah sungguh dgn kedatangan tetamu. I like! Lps buat mkn2 dgn geng bloger sabtu lps, hari rabu lak my bespren nyut a.k.a inspektor marina dtg bertandang. Dia mai dgn family dia. Nyut ni kan, dah berpuluh kali janji nak mai umh aku tp asyik la kensel last minit sbb kekangan dgn kerja dia, polis kan....onkol sepanjang masa. Ni pun blh mai sempena dia hbskan cuti thn dia, kalu dak mmg harapannnn la nak mai, bz semedang!

Jumaat lak kupu2 aku dr johor, k.liza dtg umh. Dia blk kg kat gurun sempena cuti sekolah. Ehh malas la nak ceghita panjang2, jom layan gambaq sudah....



ni masa nyut mai. Sbbkan last minit baru dia kompomkan nak mai makanya menu tadak la meriah mcm selalu. Aku cuma sempat buat mee hailam n bebola roti ja, donat lak beli kat kedai dpn taman ni. Nyut mai dgn mak, adik, kak n ank2 menakan dia. Lama gak depa lepak umh aku, pas maghrib baru depa blk. Gambaq tetamu tadak sbb sampai2 umh ja depa semua londeh tudung, tak sopan pulak aku nak boh gambaq depa tak bertudung dlm ni.


 ni pulak menu jumaat lepas sempena meraikan tetamu jauh dr johor, k.liza n family. Mak chaq pun ikut mai sekali. Pun tadak gambaq tetamu jugak sbb anis (ank k.liza) awai2 lg dah warning aku tak bg boh gambaq dlm pesbuk, malu katanya....


 Gulai ikan tenggiri. Gigih pagi2 buta aku masak, kol 10 dah siap semua hidangan.


 udang goreng kunyit


 ayam masak merah


 hat ni plg best.....isi talang masin goreng dgn cabai kering n bawang, perghhh mmg best!


 ulam timun n salad


 penawar resdung, sambal belacan. Esoknya terus aku bersin tak henti2


teloq dadar









Friday, 28 December 2012

Telur Bungkus

Bismillah kata bermula
Assamualaikum pembuka bicara


Rabu baru ni adik aku, bon mai umh sbb nak jemput intan blk. Dia blk keja pg tu terus mai n qado tidoq kat umh. Sementara tu aku masak kat dapoq, menu ala2 thai gitu. Plan mulanya nak buat jugak siakap 3 rasa tp malas nak keluaq p econsave. So masak je la apa yg ada, tomyam campoq, sotong celup tepung, teloq bungkus, ayam masak merah n sayur fucuk....hat 2 menu last ni bkn ala2 thai dah, belasah ja. Kalu tadak sapa kat umh jgn harap la nak masak meriah2 mcm ni, en.khai bukan jenis yg reti mkn lauk byk2....takat buat 1 menu utama pastu goreng la teloq ka ikan ka@ikan bilis dah cukup bg dia. Sayoq apa pun tak payah. Kalu masak byk2 aku jugak la yg kena perabih nti. Ok dah panjang melalut.....

Saja2 la aku nak share resepi n cara2 nak buat teloq bungkus. Ala, mesti ramai yg dah penah buat kan. Tp takpa, sbbkan aku tadak idea nak update blog.....maka aku gunakan teloq bungkus sbg modai berblog, muahaha....keji!


ni kalu ada siakap 3 rasa dgn kangkung goreng belacan baru ngam hoo menu ala thai.....


 ni inti teloq bungkus.....aku guna bawang+carrot+bunga kobis+isi ayam+sos tiram....simple ja


 pastu dadarkan teloq, aku guna 2 biji teloq...lg nipis lg lawa rupa dia


 masukkan inti n mulakan lipatan kiri kanan atas bawah.....masa ni tutup api ye


 amik piring n telangkupkan dlm kuali


 pastu terbalikkan kuali


tadaaaa....siap dah teloq yg dibungkus








Thursday, 27 December 2012

projek aiskrim malam2 buta


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Jumaat ritu lps sampai dr kg, aku terus masuk dapoq siapkan eskrim n kek choc utk jamu tetamu esoknya. Kol 10 start pojek sambil layan maharajalawak mega sambil pulun putaq eskrim. Seb baik intan ikut aku blk, dia la yg tlg putaq eskrim sementara aku buat kek



 usung semua bahan2 kat depan sbb nak layan MLM. Ni je la bhn2 nak buat eskrimnya, simple n senang ja kan?


 putar...putar...kakiku mengayuh oh abg beca!!!ehhh....


buat 1/2 adunan ja, boleh 2 bekas ni....










Wednesday, 26 December 2012

beramas mesra dgn geng2 blogger


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Kejadian sabtu lepas sempena piya blk kat sp ni dia nak mai umh aku. Alang2 dia nak mai, aku ajak sekali geng2 blogger yg lain nida, shu n titin. Kebetulan bonda yus pun blk kg, ada ajak dia jugak tp dia tak leh nak mai. Kalu dak, sure lg meriah. 

Kali ni mmg tak tanya dah tetamu nak mkn apa sbb menu adalah berdasarkan rasa sedap tekak tuan umh, hehe. Sebenaqnya dah lama teringin nak mkn mee kari ayaq tangan sendiri tp kalu saja2 nak buat tu mmg dak la sbb en.khai tak suka sgt mkn mee kari, bila ada tetamu nak mai bertandang apalagi mmg tak pikiaq panjang la nak masak apa. Sebelum tu plan nak buat mee rebus tp puas la melilau 2hari cari tulang gear box yg fresh nak buat kuah tp nan hado.



menu2 di hari kejadian....



mee kari....KLIK SINI utk resepi


bebola roti a.k.a roti kepal. Resepi KLIK SINI


kek choc moist....nak resepi? KLIK SINI


eskrim....resepi KLIK SINI


nida n family tetamu plg awai sampai, dlm koi 3 mcm tu. Aku paksa suh dia tunggu piya sampai baru mkn sama2, lbh kurang 1/2jam pastu piya pun sampai. Piya mai dgn mak dia, perghhh mmg best la mak piya sporting hbs! Buat kami mcm kwn2 dia ja....


TERBAIK!! laki bini sporting....


1st time nida jumpa piya....alhamdulillah, meramaikan lg kwn2



 ni la mak cik....alamak, lupa nak tanya nama. Mak piya yg mmg best!


piya n adelia


suka sgt gambaq ni. Ank dara nida, si sofea mmg lawak sgt. Bersungguh2 nak ciom aqif, bila aqif mengelak terus sofea majuk tak mau tangkap gambaq lg! haha....


abang n adik bersama cik piya. Time ni nida dah blk, mak piya lak kuaq shopping. Tinggai aku n piya ja kat umh, sembang2 sambil tunggu shu n titin sampai.

 
 dah agak ptg baru shu n titin sampai, hujan lebat sambut kedatangan depa.


 si darah2 manih yg dok belajaq2 nak ada baby....hehe


sebelum semua blk wajib la gambaq beramai2


 Ptg tu kebetulan nomi kol kata nak mai shopping kat sp, alang2 tu aku jemput la dia mai umh. Time depa sampai ni dah mlm, kira tetamu last la.


 nomi, my bff


menjamu selera.....



Mmg best bila berjumpa dgn geng ramai2 mcm ni. Ikutkan piya sorg ja yg nak mai umh sbb raya ritu dia janji nak mai tp tak dan sbb dah kena blk sepang, so blk kg kali ni mmg dia usaha jugak mai umh aku. Kebetulan mmg dah lama tak buat mkn2 utk adik2 blogger yg lain tu yg jemput depa sekali. Semua plan last minit ja, sebelum2 ni dok plan asyik la tak jadi.....bila last minit mcm ni kebetulan semua lak free, tu yg boleh jumpa. Aku mmg suka sgt2 bila org dtg bertandang ke rumah, mmg aku rasa berbesaq hati sgt. Alhamdulillah, tiap tetamu yg mai tu membawa rezeki. Semoga makin murah rezeki aku utk menjamu depa lg. Piya, kalu blk sp bwk mak mai umh k.ina lg ye.....ritu tak puas sgt menyembang.











Monday, 24 December 2012

Bebola roti@roti kepal

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Lama kan tak share resepi kat sini. Hari ni aku nak kongsi 1 resepi yg simple tp best. Salah 1 menu yg aku buat masa tetamu bertandang sabtu lps. Rata2 ramai yg puji sedap. Rasa mcm dah penah share resepi kat sini tp bila cari tak jumpa lak, maknanya mmg tak penah lg la ada resepi bebola roti ni dlm blog. Kat pesbuk mmg dah lama aku share. Nama menu mmg hemtam sendiri la sbb resepi ni pun resepi reka sendiri. Penah dulu lbh kurang 10thn lps kot, aku makan benda alah ni kat umh sorg kwn. tp tak penah tanya apa nama dia n mcmana resepi dia. Sbb tak penah teringin pun nak buat. Tp bila blk umh dok terbayang2 lak kesedapan dia, so try n error. Cuba buat berdasarkan apa yg aku mkn kat umh kwn dulu. Ehh melalut lak dok ceghita, jom la tgok resepi dia.



1st sekali bancuh tepung (gandum) dgn air. Masuk 1sb sos tiram, garam sikit gula sikit, serbuk kunyit sikit. Kepekatan agak2 la, jgn cair sgt nti adunan tak lekat kat roti


carrot+bawang+daun bawang....semua dipotong dadu. Potong kecik2 ye nti tak masak lak kalu besaq2.
Boleh jugak kalu nak tambah isi ayam ke, udang ke....tp kena potong kecik2 jugak la



campurkan sayur2an tadi dlm adunan tepung


roti gardinear yg jugak dipotong dadu...ehh semua benda pun kena dadu kan, boleh jugak bg nama cucoq dadu ni....hehe



hah bab nak kepal ni la ramai yg tatau. Kwn aku besa buat tp failed kat sini.
cara dia mcm ni, letak 1sb adunan tepung dlm timbunan roti pastu tutup atau dlm bahasa utara kata "kambus" blk dgn roti pastu kepal2 sampai dia jadi bulat.


ni la hasil dia lps dikepal....kalu adunan tepung tu kita letak byk maka besaq la bebola yg dihasilkan.



dah siap kepal, gorengkan dlm minyak yg panas tp api kena slow hbs sbb roti kan cpt garing, takut nti isi dlm tak cukup masak lak. Masa goreng ni perghhh mmg bau dia sgt menggoda.



SELAMAT MENCUBA!










Friday, 21 December 2012

kisah lama

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Aku tergerak hati nak buka cite ni lps baca entry peej burhan kemarin. Kisah kami sama, mungkin jln citenya saja yg berbeza. Kisah pahit ni dah 3thn berlalu, malas kalu diingatkan blk...rasa pedih hati tu muncul kembali. Dah 3thn jugak aku tak jumpa amrina....cucu sulung n cucu perempuan tunggal dlm family kami. Masih terbayang2 lg mcmana hepinya mak n arwah ayah masa 1st time dpt cucu. Kelam kabut arwah ayah ajak aku p cari hadiah stroller utk cucu sulung dia, minta tlg aku temankan dia p kedai emas....belikan set brg emas, rantai leher, gelang tangan n rantai kaki utk cucu kesayangan dia. Tiap kali raya belikan cucu baju raya. Mmg terserlah sgt2 kasih syg arwah dkt amrina. 

Tp sudahnya....arwah kempunan nak jumpa cucu dia di saat2 akhir hayat dia. 3 minggu arwah koma, sedaq2 ja AMRINA la perkataan pertama yg dia sebut. Dr mula sedaq sampai la arwah hbs nyawa, hanya nama amrina bermain di bibirnya. Puas kami cuba berdalih tak mau bg arwah sedih. Setiap dr kami rasa amat2 bersalah sbb tak mampu nak tunaikan permintaan terakhir arwah yg nak sgt jumpa dgn cucu sulung dia. 3 thn arwah menanggung rindu dan rindu itu arwah bawak pergi bersamanya....

Ya Allah...hati aku dah mula pedih, ayaq mata kian laju turun....sbb tu kalu boleh aku tak mau ingat lg benda ni. Tp benda ni jugak la yg selalu buatkan aku susah nak lelapkan mata tiap kali nak tidoq....asyik terbayang2...demi Tuhan, aku tak kan maafkan apa yg "dia" dah buat pd family aku, pd arwah ayah...andai kata "dia" mai melutut minta ampun sekali pun, aku tak kan sesekali dpt maafkan "dia"...mungkin sepak terajang yg aku bg barangkali! Apa pun yg "dia" buat tak kan dpt hidupkan ayah kembali.

Aku selalu berdoa moga Tuhan cpt2 amik nyawa "dia", dgn cara tu saja kami dpt amik blk amrina. Dan doa aku jugak, sblm "dia" mati....aku harap "dia" dpt balasan yg setimpal dgn perbuatan "dia". Bunyi mcm aku kejam sgt kan, doakan kematian org. Tp percaya la, "dia" jauh lbh kejam! Mmg tak sangka kan, dlm dunia ni masih lg ada manusia yg hatinya hitam, yg tadak perasaan, yg hilang peri kemanusiaan....mungkin di dunia ni "dia" menang, tp akhirat sana....menjawab la hg!



apa la dosa budak comel ini yg dipisahkan kasih sygnya dgn org2 yg menyayanginya??







Wednesday, 19 December 2012

menu lunch untuk tetamu

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Dpt msg 3hari lps dr mak njang dr gurun kata nak mai lunch kat umh aku tgahari ni. Kebetulan m.njang ada app dgn hosp hari ni, alang2 tu yg nak singgah sbb umh aku dgn hosp mmg dekat sgt2. Lama benor rasanya tetamu tak mai menjengah. Pikiaq punya pikiaq last2 menu kampung jd pilihan hati. Bajet m.njang nak sampai tgahri la sbb tau dah kalu app dgn doc selalunya lama, org sure ghamai tp dlm koi 9 mcm tu nana (ank m.njang) kol. Dia kata depa dah ada kat luaq, bg salam aku tak dengaq sbb aku tgh kalut masak kat dapoq time tu. Apa lg mmg gelabah la, time tu baru tumis gulai....hat lain2 tak masak lg. Suh m.njang n nana lepak2 sembang dulu sementara aku bersilat kat dapoq.




 sejam pastu meja dah penuh dgn hidangan


 gulai ikan temenung

 
 rendang asam udang


 kangkung goreng belacan


 teloq bungkus


 sambal belcan+ulam timun


dan plg mengancam n hero hari ni ialah....ikan gelama masin goreng



M.njang tak hbs2 puji sedap, tak sia2 aku masak masakan kg. Tau dah org2 tua mmg suka mkn jenis mcm ni. Seronok tgok depa mkn dgn berselera. Lps mkn, lepak2 sembang sat pastu depa pun blk. Tak sabaq nak tunggu sabtu ni, rumah bakal ada tetamu lg.....











Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...