Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 2 March 2012

kasih ibu tiri

sambungan dr kisah perkenalan aku...
Mcm yg aku ceritakan sblm ni ibu kandung aku meninggal masa umur aku 5thn disebabkan radang paru-paru.Waktu meninggal ibu baru berusia 29thn.Apa yg menyedihkan ibu pergi setelah genap 44 hari berpantang adik aku .Ibu sakit masa dia tgh mengandungkan adik dan doktor terpaksa keluarkan adik aku masa 7bln dlm perut memandangkan keadaan ibu yg x dpt diselamatkan lg.Adik aku lahir sbg insan istimewa(down sindrom) mungkin disebabkan ibu terlalu byk mkn ubt masa mengandung


aku n abg masa kecik....masa ni arwah mak ada lg













 usin slps 25thn.....


Tak lama lepas ibu meninggal,ayah kawin lain atas desakan tok tp sayangnya perkahwinan tu cuma mampu bertahan selama 9 hari saja sbb isteri ayah tak sanggup nak jaga kami 3 beradik lagi2 adik aku sbb masa kecik dulu mmg dia kerap sakit..walaupun hanya 9 hari aku tak kan lupa kenangan bersama mak tiri tu...ingat lg selama dia jadi isteri ayah,aku n abg p skul hanya beralaskan air masak kosong sbg sarapan!saat adik aku melalak lapaq susu,mak tiri ni buat2 pekak sambil selamba tgok tv!huhu sgt sedih kami dpt layanan mcm tu,nasib baik 9hari ja!Masa tu aku ingat lagi betapa susahnya hidup ayah yang terpaksa bekerja tungkus lumus untuk besarkan kami.Sthn lepas tu ayah kawin lg sbb kesiankan kami xde org nak jaga.

Alla tu Maha Adil...Alhamdulillah kali ni ayah dapat isteri yg baik,yg boleh jaga kami.Makan pakai kami dah kembali terjaga.Ibu tiri yang kami panggil “mak” tak ubah seperti ibu kandung sendiri,hari2 bekalkan kami nasi ke sekolah.Tak lama lepas tu mak lahirkan seorang adik,juga lelaki..jarak adik aku yang ke-3 dan ke-4 ni mmg x jauh apatah lg adik yg ke-3 agak lambat perkembangannya.Masa ni makin terserlah betapa murninya hati mak bila dia byk lebihkan adik usin dr adik bon anaknya sendiri.Bila p mana pun adik istimewa aku tu mak aku dukongkan manakala adik yg ke-4(ank kandungnya)dibiarkan berjalan…itu la sifat murni mak,x pernah nak bezakan kasih sayang kami 3 beradik dgn anak kandungnya sendiri..ingat lg masa ni ramai yg suka tanya aku “mak tiri baik tak?” dan aku selalu jwb “mak baik sgttt..mcm malaikat”..hehe

Kami terus membesar seperti org lain tanpa ada rasa kekurangan kasih sayang ibu sbb sejak mak hadir dlm keluarga,kami sentiasa dilimpahi dgn kasih sygnya.Aku la yg paling rapat sekali dgn mak mungkin sbb saku satu-satunya anak perempuan,apa-apa pun mak mesti kongsi dgn aku..apa saja kemahuan aku,mak tak pernah hampakan...ingat lg tiap kali nak raya mak mesti bwk aku p pekan naik bas,p beli ubt rambut kat saloon cina n mlm raya tu mmg kami 2 beranak tak tidoq sampai ke siang sbb mak dok pulun dendan rambut aku,boh ubat,bungkus rambut dgn tola nak bg rambut aku jadi rambut megi,haha...pehtu mak pakaikan aku inai sbb nak bg ank dia segak di hari raya....ohhh ayaq mata aku bertakong lg!





aku bersama arwah ayah



Thn 2004 ayah disahkan mengalami kegagalan buah pinggang dan terpaksa bergantung kepada dialysis.Ternyata mak seorang isteri yg hebat,7thn mak jaga ayah dgn penuh kesabaran.Mak juga seorang menantu yg baik..dah 3thn mak jaga tok aku yg lumpuh,disuapnya tok mkn,diangkatnya tok mandi,kencing berak tok semua mak yg uruskan..walaupun bkn calang-calang orang yg boleh sabar dgn perangai tok aku tu....kini dah sthn ayah pergi meninggalkan kami sekeluarga,mak masih setia jaga ibu mertuanya walaupun tok masih ada lg ank yg lain tp mak x pernah berkira jauh lagi nak merungut…
Aku n adik beradik akan tetap pegang amanah arwah ayah,walau apa pun yg terjadi kami xkan sia2kan hidup mak…kami akan jaga mak dgn penuh kasih sayang seperti mana mak jaga kami masa kecik dulu..alhamdulillah ayah pergi meninggalkan kami dgn sedikit harta dan semuanya kami serahkan pd mak…rasanya dgn harta tu pun x terbalas jasa kami pd mak…bg aku,mak la mak aku dunia akhirat walaupun bukan dia yang lahirkan aku…aku x pernah jemu berdoa semoga mak sentiasa dipanjangkan usia,x dapat aku bayangkan mcmana hidup aku kalu mak dah xdak....ohhh serius wei aku rindu sgt mak aku saat ni!x sabaq aku nak tinggalkan shah alam ni,lg sbln ja lg....pasni aku dah blk dok umh aku sendiri kat sp,dah x jauh dgn mak n family lg.....alhamdulillah syukur...



4 comments:

InaAchik said...

cried... :(
tacing sgt kak...

semoga mak akak diberi kesihatan yang baik dan dilindungi Allah selalu...

Shu Shinju said...

sedihnye...

semoga mak akak sihat & dilindungi ALLAH selalu...:)

Ina Khairina said...

cik kaki&shu:
tq doakan mak akak...aminnn

Mimy Hamid said...

sebak tu je nak ckp...sob sob

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...