Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Saturday, 10 March 2012

KEHADIRAN AQIL DARWISY

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Hai tawan2 **gedik** haha...bertemu lg kita dlm siaran keluh kesah bersama cik esah,hehe...sian kan org tak reti buat ayat pembuka mcm ni la, keja nak merapu ja...ok sambung blk dr episod lps, kali ni nak stori mori pasai pengalaman aku peknen n lahirkan buah hati sulung. Ikutkan due yg doc bg adalah 31 okt 2008, cun la tu kan elok2 pas raya...leh la aku melantak ketupat n rendang puas2! masa perut 4bln, aku n en.khai pindah dok sp sbb en.khai kena handle projek kat gurun.

budak baru kuaq oben

umoq 3 hari masa ni


murah rezeki Aqil dpt hadiah mcm2

Tp yg tak bestnya awai2 lg aku dah ada darah tinggi! Masa mula2 buka buku pink tu pun dah ada...seingat aku sblm2 ni mmg aku tak pernah ada darah tinggi wlpun aku ni suka mkn masin2 tp ok lg la darah tinggi tu msh under control lg, plg tinggi pun bp takat 130-140/90 mcm tu la, doc tak bg apa2 ubat just suh aku control mkn ja jgn mkn benda2 masin...masa mula2 tu mcm besa la alah agak teruk la gak, muntah2 n meloya tu tp tak lama...pas 3bln semua dah ok blk.


alololo buah hati dah kuaq


yehaaa kepala dah mutak!


si hitam manih kesayangan mama

Dlm dok berjaga tu...masa perut 5bln nahhh dpt satu lg berita yg tak syok...kencing aku kotoq n protin tinggi dlm urin, terus kes aku kena rujuk kat HSAH....mmg lupakan saja niat nak bersalin kat hosp swasta, penyakit mcm2 kalu p sana pun sah2 kena reject! ehhh2 tp kan nasib baik la gak 2x minum ayaq gula result dia negatif, fuhh selamat lg...ingat lg tak kisah aku masa buat medical check-up kat uum dulu, kan sama kes ayaq kencing kotoq n protin tinggi dlm urin?? doc suh aku jaga2 takut efect buah pinggang n baby, mmg aku cuak gila la kan dah la time tu ayah aku mmg dok sakit buah pinggang dah! time tu doc yg dok check aku, Dr.Masdalina nama dia mmg mcm kwn baik aku dah, hari2 dok sms tanya keadaan aku, lg la aku cuak kan! sampai aku bernazaq la kalu semuanya ok aku nak wat kenduri pulut kuning...

ni masa Aqil umoq 3bln bwk dia jln2 kat terengganu


masa 4-5bln mcm tu la kot...tak ingat dah

Aqil dgn abah kat melaka....masa ni 8bln

Semuanya berjln dgn lancaq wlpun tiap dua minggu sekali aku kena jumpa pakar kat HSAH...tak kisah la demi anak yg dinanti2kan selama ni apa pun sanggup kan...sampai la perut 7bln, ingat lg hari tu hari merdeka en.khai ajak aku jln2 kat air terjun batu hampar, yan...sblm p tu kami singgah mkn kat medan selera dpn maktab ipsah, sampai2 ja kat batu hampar mak oiiii org mcm ulat! punya la ramai....maklum la cuti kan...aku dah start pening2 dah masa ni tgok org ramai sgt, pas tu en.khai beli burger yg juai kat situ, elok mkn 2 mulut ja aku dah meloya, terus ajak en.khai blk...masa tgh jln nak p kat keta tu aku dok tahan ja tamau bg muntah, malu wei org ramai....elok sampai2 ja kat keta bluerkkkkk aku bg,haha.....pehtu tak sampai 5min keta jln aku bluerkkkk lg...kali ni dia mai dgn pakej kuaq kot atas, kuaq kot bwh gak....muahahaha...mmg tak dpt nak diselamatkan lg dah, hbs 1 keta tu dgn muntah n ceryy beryy aku....eyekkkk! puas aku paksa suh en.khai laju2 bwk keta, mmg rasa mcm nak mati pun ada time tu, aku muntah sepanjang masa sampai la selamat sampai kat umh....laju2 terus masuk toilet mandi sambil terduduk habaq hg, punya la lembik n tak laratnya! time ni adehhh sayunya hati tgok en.khai sorg2 basuh muntah n cerry berry aku...huhuhu...

Pas maghrib en.khai bwk aku p kat kecemasan HSAH tp depa suh aku lapor diri kat labour room sbb perut dah 7bln kan...check sana check sini last2 aku kena tahan ward, puas gak merayu2 tamau dok wad sbb mlm tu mlm pertama nak mkn soq (sahur), sok tu dah nak posa sian en.khai soq sorg2.....pulak tu seumoq hidup aku mana penah dok sepital, dah la aku spesis penakut tp apakan daya rayuan ku tak diterima.....4mlm gak aku dok kat spital, doc suspek aku kena keracunan mknan tp tatau la kena kat mana, sama ada nasi campoq yg aku mkn kat dpn maktab tu@burger kat batu hampar tu.

sian anak mama demam


potong kek besday 2thn


hadiah besday.....aqil kena tahan wad 3hari sbb cerry beryy n muntah

anak comot mama


Masa hari raya thn 2008 tu aku mmg dah sarat sgt....2-3mlm sblm raya tu mmg aku pulun sungguh kemas umh sampai tak tidoq, akibatnya aku dpt sakit pinggang yg teruk...masa raya pertama tu mmg tak beraya mana la, p umh tok en.khai kat kulim n blk umh family aku ja, time tu nak jln pun dah tak larat....ehh lupa nak cerita, masa peknen kat Aqil ni aku menggila sungguh dok mkn mee goreng mamak, dlm hati tu dok risau gak kot2 nanti anak aku kuaq dah rupa mcm mamak lak....en.khai pun kemain lg masa aku peknen tak bg langsung aku sentuh toyu a.k.a kicap takut ank hitam kononnya maklum la dia pun gelap, muahaha....hari2 la paksa aku minum susu n soya....last2 ank kuaq kelabu gak, hehe....

rezeki peknenkan aqil blh beli umh sendiri

Aqil masa raya thn 2010

bersama abg long kesayangan yg tak blh dipisahkan


12/10/2008 aku blk kg tgok sepupu aku bersalin, masa p tgok bb tu time nak bangun sepupu aku tegoq kain aku basah, dia kata mybe air ketuban pecah tp aku buat derkkk ja sbb dok sangka peluh berkuap,haha....pg tu dok tgh tidoq dlm koi 3 mcm tu aku bangun nak p tolet, rasa kain hbs basah lencun, mmg dah agak air ketuban pecah ni wlpun tak rasa apa2, ayaq kuaq kot celah mana pun tatau, xleh rasa tp laju ja ayaq tu kuaq, habaq kat en.khai apa lg kami pederas p spital la, sib baik la spital dgn umh 5min ja...check p check mai doc kata mmg ketuban aku dah pecah n bukaan baru 1cm, wajib la aku kena tahan kan...

Aqil pak lawak dlm family


dah nak masuk 4thn anak mama


13/100/2008 bukaan masih lg 1cm n msh lg blm ada tanda2 sakit, so doc amik keputusan nak induce.....time ni ayaq ketuban mmg tak henti2 dok kuaq, sampai tak larat dah aku nak salin kain spital! pelik aku, doc nak gak tunggu sampai esoknya baru nak induce kononnya nak bg aku peluang rasa sakit n bersalin tanpa paksaan, so doc decide pg soknya koi 6am akn mula induce yg pertama, depa akan cuba sampai induce yg ke-3 kalu masih tadak bukaan gak doc kata aku kena oprate....


14/10/2008 jam 6am doc mai check sekali lg sblm nak induce tp ada sikit kekalutan kat sini....bila buat CTG jantung baby nampak mcm tak ok, doc takut baby lemas sbb dah byk hari ketuban aku kuaq kan...haaaa baru hgpa tau nak kalut kan, dah tu awat tamau induce awai2 sblm ni?? kalut la depa kol en.khai suh mai spital nak sains surat utk czer, aku time ni mcm tatau apa2 dah sbb gelabah sgt....dlm kepala dok pikiaq pasai baby ja, takut jd apa2 kat dia mmg tak dan nak pikiaq pasai sakit ka apa ka...dah siap bercukoq, salin baju semua aku pun ditolak ke OT...diberi bius separuh badan, hanya Tuhan ja yg tau mcmana sakit kena bius tu, maka bermula la proses utk kuaqkan baby....sapa yg pernah czer tau la kan mcmana time czer tu, mmg blh rasa apa yg doc tgh buat time tu...blh rasa perut kita tgh dilapah2, blh rasa time doc tolak atas perut nak kuaqkan baby...semuanya rasa tp sikit pun tadak rasa sakit...tepat jam 7.30am lahirlah putera sulung aku n en.khai, baby boy seberat 2.3kg ja...masa misi bwk mai tunjuk n tanya dpt baby apa tu makk oii dlm mamai2 pun blh perasan lg, hitamnya teloq aqil!kah..kah...kah...


Tudiaaa tak sangka panjang sungguh aku mengarang nooo...patut la tangan nek lenguh semacam ja ni...nanti2 la aku cerita lak bab dlm pantang (yg tak serupa org pantang pun) n insiden ngeri Aqil masa umoq dia 11bln...jumpa lg di lain hari...babai

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...