Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 15 March 2012

KELAHIRAN YG PENUH SUSPEN

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Sambungan kisah pengalaman aku peknenkan si Aqif....start perut 6bln aku terus kena tahan wad sampai la aku selamat lahirkan aqif, gila la sebln aku tak tgok dunia luaq....hanya dok terperuk atas katil spital ja, sadis sungguh...time ni aku dpt ramai kwn silih berganti, pagi ni kwn sebelah katil blh kuaq wad...tak sampai ptg dpt kwn baru lak, hehe....

Tp ada 3 kejadian yg tak blh aku lupa kat wad time ni yg terjadi kat jiran2 sebelah katil aku....1st tu kisah ibu muda yg juga peknen 7bln tp dah sakit nak bersalin, asben dia bwk p hosp pantai, elok2 sampai dpn hosp ja bini dia bersalin n ank depa meninggal.....yg sedihnya hosp pantai tak mau terima sbb ank depa dah mati, terpaksa la dirujuk ke HSAH....elok bdk ni keluaq wad, masuk lak sorg kakak ni dok sebelah katil aku, dah bersalin tp aku tak nampak lak baby dia....sembang punya sembang rupa2nya baby dia pun meninggal masa bersalin tu, tak cukup oksigen katanya....lg menyayat hati mlm tu asben dia bwk mai tunjuk jenazah baby sblm blk nak kebumi....sayu oiii tgok kakak tu buka kain, cium ank dia bertalu2 sambil teriyak n mlm tu aku pun jadi kaunselor tak bertauliah la dok bg semangat n nasihat kat kak tu....

Dlm hati aku time tu hanya Tuhan yg tau betapa risaunya aku mengenang ank dlm perut, dah la aku ni problem mcm2....siang mlm mmg tak putus2 berdoa bg ank aku lahir dgn selamat....1 lg kes, kakak tu pun mcm aku gak dah lama dok dlm wad sbb kes uri bawah, perut 7bln gak n mlm tu dia turun darah byk sgt.....doc decide nak oprate n buang rahim dia sbb uri tu dah melekat kat dinding rahim, sgt bahaya kalau tak buang....sian kakak tu, sepanjang mlm dia teriyak, pompuan mana tak sedih kan kalau kena buang rahim?


15/5/2010 mcm biasa en.khai dgn aqil mai melawat aku, bwk sekali pizza hut sbb aku teringin nak mkn....sblm dia blk tu mcm biasa gak aku order mknan utk esoknya, tak larat wei aku nak hadap makanan spital ni, dah sbln dah asyik ulang lauk yg sama ja....kali ni aku order nasi beriyani ishar, sapa dok sp tau la nasi beriyani ni mmg terbaik dr ladang! dah la sedap, murah lak tu....beli sebungkus leh mkn 2 org sbb nasi n lauk dia mmg byk sgt (iklan tak berbayaq), ok la en.khai janji nak bwk masa time melawat tghari tu


16/5/2010 pg ni aku bekfes roti cicah milo ja....pas bekfes misi mai pasang CTG utk check jantung baby, tgok menatang CTG tu pun aku naik cemuih dah! sambil buat CTG tu aku dok karang ayat nak msg cikgu2 n kwn2 aku sempena hari guru, tup2 doc mai buat muka cuak...ting! ting! sekali lg doc buat kejutan, dia kata bacaan CTG aku dah tak ok, jantung baby dah makin slow n dia nak oprate aku la tu gak! gila gelabah la aku kan. dah la tak mandi lg, pulak tu aku baru lps bekfes...org nak oprate patut kena posa semalaman kan...kalau blh aku mmg tamau beranak tak cukup bln tp kalau dah tadak cara lain yg blh selamatkan baby, aku pasrah n redha...

Misi n doc dok kelam kabut settlekan bilik OT, aku pun kol suh en.khai mai la tu gak....yg en,khai lak dan lg dok buat lawak, dia suh aku habaq kat doc tunggu sat dia nak p beli nasi beriyani bg aku mkn dulu, dia kata nanti dlm pantang dah tak blh mkn dah....time tu, aku tatau sama ada nak gelak@teriyak! masa nak tolak p OT tu en.khai x sampai lg, dok cari parking tak jumpa2 lg kat bwh nu, doc kata tak blh tunggu lg terpaksa la aku sendiri yg sains surat kebenaran nak oprate tu...

Masa kat bilik OT tu mcm biasa la doc terangkan prosuder2 nak oprate kan.....tp kali ni gerun sikit, doc kata aku kena bius penuh sbb sgt berisiko kalu aku hanya bius separuh.....aku tak boleh bius separuh 1st sbb aku tak posa, doc takut aku muntah masa tgh oprate, 2nd sbb darah aku cpt beku so doc tamau amik risiko takut berlaku pendarahan pas oprate tu....tp bius penuh pun tetap gak la ada risiko, slh satunya senang dpt infection....masa nak bius tu depa panggil pakar bius plg atas sekali (ketua pakar) handle aku sbb emergency kes kan...sblm czer tu doc bgtau depa akn usaha sebaik mungkin utk selamatkan aku n baby, incubator n gas apa semua pun mmg dah siap sedia tunggu baby, tp doc kata segala kemungkinan blh terjadi depa suh aku doa ja byk2....sayu n sedih sgt time tu, dah la aku tak dan jumpa en,khai....mmg time tu rasa nyawa aku dah di hujung tanduk dah...


kul 11.10am mcm tu dah siap sedia nak czer dah, doc bg aku pakai oksigen sambil layan aku sembang, aku dok ketaq jugak tunggu nak bius....takut oiii dok ingat masa aqil dulu kena bius tulang belakang, sakitnya ya ampunnn tak tau nak cerita lagu mana....tp rupanya tak cerdik gak aku ni....oksigen yg doc bg tu la rupa2nya ubat utk bius penuh, dlm dok sembang dgn doc tu tak tau masa bila aku dah pengsan, sedaq2 ja dah pukoi 2pm...gila punya lama aku pengsan kan, sbb ikutkan czer tu sat ja dlm 30min mcm tu ja pun....sedaq2 tu benda 1st yg aku tanya mesti la anak kan....alhamdulillah ank aku selamat n depa dah antaq masuk NICU tp time tu aku tatau lg dpt ank apa sbb aku tanya bdk2 yg ada kat aku time tu depa pun tatau, bdk praktikal gamaknya....koi 2 lbh aku ditolak masuk wad, jumpa en.khai kat luaq bilik OT dia la yg habaq baby kami boy, dia kata sebijik muka mcm aqil...

Alahai panjang meleret dah n3 aku ni**caittt mcm la sblm2 ni n3 pendek ja kan**....muahahaha....kisah aqif n apa yg jadi kat dia sepanjang dok NICU akan bersiaran lagsung dlm episod seterusnya....ok bye!

2 comments:

Shu Shinju said...

ooo..aqif lahir x cukup bulan la yer...

ish..kalau shu jadi kak pon takot gak..sebab doc x bagi jaminan kan... dah la x sempat nak jumpa en.khai..huhu...

alhamdulillah..semua selamat kan...:)

Ina Khairina said...

shu:
aha aqif lahir masa 31 weeks...mmg takut sgt time tu,pas bersalin tu rasa mcm serik lak nak peknen lg tp tu dulu la...lani dah teringin bb blk,hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...