Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 7 March 2012

KISAH AKU DAN DIA

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Perghhh tajuk n3 tak hagak2 kan, dah rupa nak wat novel pulak dah,hihi...mai sini aku nak cerita ceretet taik mata penuh poket kat hgpa mcmana detik2 perkenalan aku dgn suami terchenta, en.khai....auwww....
Sebelum kenai en.khai aku ada sorg abg angkat ni (abg man) yg aku kenai masa dok lepak2 kat kedai char ko teow kat teluk molek...aku selalu la terjumpa dia kat kedai tu, selalu dia mai ramai2 dgn kwn2 dia, aku lak dgn kwn2 aku....tp aku tak perasan dlm ramai2 kwn dia tu terselit en.khai di situ, mana la nak perasan dah tak kenai lg kan time tu...

tayangan wajib aksi syok sendiri...muahaha


Abg man ni dok di tmn keladi, sp berjiran dgn en.khai rupanya...dia rajin dok kol n sms aku...satu pg tu dia kacau aku dgn miskol koi 4pg tp aku tatau dia yg miskol sbb dia guna no len...bila mangkit tidoq tu aku tgok byk miskol dr no 012-4975781(skrg ni jadi no fon aku dah), aku pun sms maki apa yg patut, muahaha...ayat yg plg aku ingat "woii mangkuk hayun mana ni kacau org pg2 buta" tp org yg balas ni cool ja, ayat dia sopan2 gitu...**tersentuh hati mak nak**selidik punya selidik rupanya abg angkat aku ni la yg guna tepon en.khai buat miskol kat aku tanpa pengetahuan en.khai sendiri....sembang punya sembang rupa2nya en.khai kenai aku sbb pnh terjumpa masa kat teluk molek tp aku tak perasan dia yg mana satu...en.khai kata lps terjumpa aku dulu dia ada gak minta no fon aku tp abg man tak bg...

Pertemuan pertama aku dgn en.khai bertentang 4 mata berlaku di kedai bantai R-Ulong kat carefour, masa aku tgh keja...sempat lg dating wlpun boss ada dlm kedai, hahaha sempoiii....maka slps tu melarat la dgn pertemuan yg seterusnya, tiap2 minggu dating kat perangin mall penang, tgok wayang...tp kan masa ni aku masih lg kwn dgn M tp dah kurang mesra...bila dah makin serius dgn en.khai, aku bgtau dia pasai M n en.khai suh aku tukaq no fon pakai no dia, pas tukaq no tu mmg aku dah tak pernah amik tau lg pasai M...

Apa yg buat aku tertarik dgn en.khai ni....bg aku dia lelaki yg baik la...blh terima aku n family seadanya...sblm ni aku mmg free hair, sejak dr UUM lg...aku hanya bertudung masa p kelas ja, yg lain2 byk aku free hair dr bertudung...masa kapel dgn H n M sblm ni depa lg suka aku free hair dr bertudung, en.khai pun tau aku free hair masa 1st jumpa aku kat teluk molek dulu, tp masa jumpa kat carefour dia minta aku pakai tudung...pastu tiap kali keluaq dgn dia, dia suh aku pakai baju kurung...auwwww sungguh sopan santun aku time tu! dari sini la hati aku makin tertawan dgn en.khai, sbb aku nampak dia blh bimbing aku, dia blh mgubah aku jadi lbh baik dr dulu...


1st time beraya bersama thn 2005....kemain lg nak sedondon bagai kan...haha

Aku mula rapat dgn en.khai masa ayah aku sakit berbln2 di sepital...dia rajin dtg melawat ayah aku, tlg angkat n papah ayah p toilet...masa bln posa thn 2005 tiap2 ptg dia mai amik aku bwk p sepital, beli mcm2 juadah n kami sama2 buka posa dgn mak n ayah kat wad, masa tu ayah dok kat hosp BM...1st time aku jumpa mak ayah en.khai pun masa kat sepital la, depa mai melawat ayah.

Pehtu pelan2 kami dok merancang masa dpn, sama jugak masa dgn M dulu, dgn en.khai pun aku tanya soklan yg sama pasai adik aku husin n alhamdulillah en.khai sanggup nak jaga husin kalau dah tak dak sapa2 lg nti.....serius aku sgt2 sayangkan husin, walau apa yg jadi pun aku nak nasib dia terbela, biaq la syg mcmana pun aku kat marka aku tp kalau depa tak boleh nak terima adik aku, aku jugak tak kan boleh terima depa sbg pasangan hidup!noktah. Lagi2 bila tgok dpn mata sendiri mcmana ex-sil aku layan husin, sumpah aku tak sanggup n tak harap abg@adik aku jaga husin 1 hari nanti...

Bln januari 2006 kami merancang utk bertunang, tp ingatkan tak dak apa2 halangan kami sepakat p cari cincin dulu baru nak bgtau family...bila dah dpt cincin, mak n ayah en.khai mai la tanya family aku nak tetapkan tarikh tp....ayah aku suh sabaq dulu, minta tangguh dulu bg aku dpt keja tetap dulu...masa tu aku baru mengajaq GSTT kat sek men penanti...betapa hampa n kecewanya aku masa tu toksah tanya la....

Masa jadi GSTT ni aku mai mengajaq naik moto, maklum la ayah aku tadak keta...ada van ja, tak kan aku nak p skul nek van lak kan? lawak sgt kot...moto pun pinjam moto abg aku, kdg2 aku tak sebulu jugak dgn abg aku tu....en.khai kesian suh aku beli moto baru tp mana la aku ada duit kan, dah la baru keja...so dia tlg bayaq duit muka moto aku, bln2 aku la bayaq...dalam sbln gak nek moto baru en.khai kesian lg, kdg2 aku kena hujan pehtu sampai umah pun dah lewat ptg (aku mengajaq ptg), dia kata bahaya aku nek moto so dia bg keta dia tukaq dgn moto aku...tp aku dan nek sehari ja p skul keta en.khai tu sbb aku tak berani n tak cekap tambah2 lg kat kawasan skul tu mcm berbukit, 2-3kali keta mampuih weiii!! maka tersimpan la keta tu diam2 kat umh ayah, disebabkan en.khai tak bg dah aku p skul nek moto, aku mintak tumpang seorg cikgu yg dok dekat2 kawasan umh aku...tumpang p n tumpang blk tp aku bg la duit minyak kat dia...sambil2 tu aku belajaq bawak keta bg cekap n bila dah cekap aku start bwk keta sendiri p skul wlaupun hari pertama tu aku mencatat sejarah bwk keta masuk longkang!hahaha...malu toksah habaq la, dah la kena dpn pejabat skul...hbs riuh rendah semua cikgu tgok keta aku masuk longkang!

tinggal kenangan...keta yg jadi kuda aku 1 masa dulu

Time raya thn 2006 family aku sepakat nak tunangkan kami, ayah pun dah kesian sgt n mybe malu kot kat mak ayah en.khai sbb dah byk kali asyik dok tanya je...tarikh 9/12/2006 dipilih utk "mengikat" kami genap sbln slps besday aku yg ke 25...ohw lupa nak habaq, aku n en.khai adalah sebaya...tp kan ada kisah lucu masa hari aku bertunang tu, tima mak en.khai nak sarung cincin tu boleh pulak cincin tak muat!hahaha maklum la cincin beli masa awai thn, bertunang lak hujung thn....aku lak time tu badan mcm dipam2, kuikuikui...tak pernah lak terpikiaq nak try cincin tu dulu sblm bertunang...tak sangka kan...

Aku dgn en.khai bertunang 2bln ja...mybe rezeki kami blh kawin cpt, seminggu lps bertunang en.khai dpt duit projek, blh la buat belanja utk kenduri kan...bln januari 2007 aku dpt tawaran KPLI, mula2 tu aku tipu en.khai habaq dpt maktab kat sarawak...mengelabah la org tua tu kan, dah la dekat2 nak kawin...tp tak dak rezeki aku nak jadi cikgu, aku dan masuk 2 minggu ja kat maktab bainun pehtu aku berenti, seronok la en.khai dia mmg kalau boleh tak mau bg aku keja pas kawin...

Tarikh 17 februari 2007 kami selamat diijabkabulkan (seminggu sblm besday en.khai yg ke-26)...cite pas kawin nanti la aku story mory len nooo...dah lenguh tangan dah ni nak taip...jumpa lg kalu panjang umoq...daaa

4 comments:

Pepel BoNda AmaNi said...

amoih...memori terindah....

Ina Khairina said...

bonda:
saja la mengamit memori...hehe

ZalinZalina said...

Haslina...ingat kak ina lagi tak..tak sangka lak jalan2 termasuk blog awak ni..he he..

Ina Khairina said...

k.ina:
ingat la,mana leh lupa...rindu akak...fb akak dah xde ke,cari x jumpa pun...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...