Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 19 March 2012

resepi PAU BUNGA ROSE

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Jgn dok salah anggap lak kalu aku rajin tayang apa2 resepi kat sini tau, bukan maksudnya nak menunjuk aku pandai@rajin masak pun, tadak pasai la nak pandai n rajin2 ni.....aku masak pun ikut mood gak, kalau mai penyakit M apa pun tak boleh, 4hari 4mlm la ajak laki mkn kat kedai......muahahaha......aku tepek resepi kat sini bkn apa pun, utk panduan aku gak....ingat resepi2 semua aku hapai dlm kepala ka? tadak maknanya aihhhh....wlpun aku ni adalah tukang masak kat umh, kdg2 tak ingat resepi kena buka kitab gak kan....cakap byk la pompuan mereng ni, dah la jom kita intai resepi apa lak kak bedah nak kongsi kali ni......



pau rose:

bhn2 :
250 gm keledek di kukus atau di rebus
200 gm air
500 gm tepung pau
1 t/s baking powder
100 gm gula
50 gm shortening atau lemak sayuran
1/4 t/s garam
11 gm yeast segera

pewarna ros

- Keledek, dicuci bersih dan di rebus. Buang kulit keledek dan kisar keledek dengan air sehingga halus.
- Bancuh sedikit air suam dengan yis dan biar ia berbuih. ( sukatan air mestilah sama dengan sukatan yang di  beri - gunakan 1/2 air untuk kisar keledek dan 1/2 lagi untuk naikkan yis)
- Campurkan semua bahan kecuali shortening, dan uli hingga menjadi doh yang lembut
- Masukkan shortening dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan.
- Jika adunan terlembik boleh tambah sedikit lagi tepung.
- Tutup doh dengan towel dan simpan doh dalam almari atau tempat yang hangat sehingga doh naik 2 kali ganda lebih kurang 1 jam.
- Setelah doh naik tumbuk2 doh untuk keluarkan angin.



cara2:
Untuk membuat pau biasa bahagikan doh kepada beberapa bahagian dengan berat 50 gm, isi inti dan letak doh atas kertas lapik.
Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda
Kukus doh dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu selama lebih kurang 10 - 12 minit.



lps doh naik mcm ni tumbuk utk keluaqkan angin


 Untuk membuat pau bentuk ros kita lihat cara dan step
di bawah.
1 -Doh yang telah siap tadi kita bahagikan kepada bebola dengan setiap satu beratnya 15 gm




2 -Ambil 5-6 biji doh dan canai setiap satu doh nipis berbentuk bulatan. Kalau tak berapa bulat pun tak pe..
Susun kesemua doh yang telah di canai tadi bertindih-tindih seperti gambar bwh (lg byk doh disusun lg byk kelopak terbentuk)


3 - Bulat kan inti yang kita nak letakkan dalam pau (besar guli)
4 - Letakkan 2 biji guli kacang merah kiri n kanan doh yang telah disusun (rujuk gambar) gulungkan doh hingga hujung.


susun kesemua doh yg dicanai......letakkan isi kiri n kanan doh pehtu gulung

 5 - Potong doh yang telah kita gulung (potong 2 di tgh2)
6 - Kemaskan dasar kuntuman ros supaya membentuk sekuntum bunga ros.




 7 - Letakkan dalam paper cup atau kertas minyak. Sebaik-baiknya letak dalam paper cup supaya ros boleh duduk cantik.
8 - Rehatkan doh dan biarkan ia naik 2 kali ganda
Doh yamg telah siap bolehlah di kukus dalam kukusan yang telah di panaskan terlebih dahulu.
Kukus pau selama 10-12 minit

sekuntum mawar merah sebuah puisi di bln februari.....ehh apa ko merepek ni labu??



**best bangat tau pau ni...dah la cun,rasa dia pun sedap....lembut n gebu sebijik mcm pau yg juai kat highway nu** tak percaya??? tak percaya sudah, nama hg bedah!!





2 comments:

geraugebang said...

wah, dah cantik, sayang pulak nak makan kan.

Mimy Hamid said...

aduhai cantikk nya ina oi..hang ni ada je tau

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...