Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Sunday, 22 April 2012

resepi pulut kacau@wajik

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Hah 2-3 hari lepas dok tak dok tiba2 aku teringin nak mkn pulut kacau a.k.a wajik.....lama sungguh rasanya tak mkn pulut kacau ni, dulu2 kalu raya pulut kacau n dodoi mmg menu wajib mak aku buat tp sejak2 tok aku sakit ni mak dah tak buat lg, tak dan nak kampoi semua benda mak kena buat, sian kat dia.....pehtu aku saja2 la gugel resepi, tadak niat pun nak buat sbb dok ingatkan susah tp bila tgok bhn2 n cara nak buat tu perghhh sonang ja ropanya! pulut pun mmg dah sedia ada kat umh, apa lg zassss masuk opis (dapoq) buat pulut kacau.



aku suka lg pulut kacau gula putih hat warna pink tu tp masa nak buat ni sirap ros hbs la pulak tu yg buat guna gula merah ni




Bahan-bahan : 

- 3 cawan beras pulut
- 2 cawan santan
- 1 ½ cawan gula merah
- ½ cawan gula pasir
- 2 helai daun pandan (diikat)
- Secubit garam 


Cara-cara : 

- Beras pulut direndam semalaman (aku rendam 3 jam ja). Kemudian, bersih dan toskan hingga kering. Kukus beras tadi hingga  masak (aku kukus 40min)

- Masak gula merah dan gula putih bersama 1 cawan santan. Kacau hingga gula hancur. Tutup api dan tapis.

- Seterusnya, masukkan gula yang ditapis tadi ke dalam kuali bersama 1 cawan santan, garam dan daun pandan untuk mewangikan.

- Masak hingga mendidih, kemudian masukkan beras pulut. Kacau hingga sebati dan pekat.

- Bolehlah dituang ke dalam bekas dan disejukkan.




 **resepi adalah hasil gugel dlm internet, alhamdulillah percubaan pertama menjadi......raya ni leh la buat sendiri**




2 comments:

-cinta soFiaSafiya- said...

nih kalau buat wajik eloK beradu tenaga ngan DEDI amani..dia teror wooo buat wajik kata BONDA ^____^

Ina Khairina said...

nida:
ya ka?untung la bonda nuh,nak mkn wajik ada org tlg kacaukan...hihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...