Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 25 May 2012

melawat menatang2 di zoo melaka

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Tuan tanah kebizian nak pindah, maka harus menghapdet secara ringkas n padat. Jom layan gambaq sambil aku cerita ceretet serba sikit.

sampai kat zoo lbh kurang koi 12tghari, mmg gigih sungguh la tgh panaih lit-lit nak p jengok menatang2.
harga masuk utk dewasa ialah rm10 n kanak2 yg berumoq 5-12thn dikenakan bayaran sebanyak rm5 ja.
kalu nak nek train tak silap harga rm3, kot je la sbb kami tak naik train pun....apa barang woii p zoo nek train, layan jln kaki la baru puaih nak berkenalan dgn menatang2 semua


layan je la budak sorg ni....dia lani mmg tgh gila kamera








bapak mithali ni, kesana kesini setia heret anak2.....senang bini dia nak berlenggang kangkong mcm org bujang
pasni "masak" la aku sorg ja yg kena jaga ank2, 2 minggu kena berpisah dgn en.khai nti....sob sob




amoi kecik ni punya berkenan dgn budak 2 ketoi sampai tamau ikut mak pak dia, punya gheyau nak ikut kami, sbg upah kita bg depa bergambaq bersama





otomen yg pakai jam agry bird




hamboiii kak jah....sopannya hg tidoq nooo!



aqil dan kure-kure










ok2 je la zoo melaka, tadak la best mana pun...best lg zoo negara n zoo taiping tp zoo melaka ni besaqnya oii, naik semput aku jln kaki....asal jumpa bangku ja duduk, asal duduk ja mesti jumpa bangku, muahaha....tp harap besaq je la menatang tak byk mana pun, byk sangkaq yg kosong. Tp sbbkan anak2 aku ni pencinta haiwan, layankan je la wlpun sthn tah bopa kali ulang bwk depa p zoo....tak hbs dgn zoo, soknya bwk depa p tmn rama2 lak, yg tu nti2 i stori ye maklom la i kebizian lani tgh berkemas2 nak berangkat pulang ptg ni.


p/s: pas pindah nti mybe xtvt pesbuk n blog akan jadi slow, 2 minggu aku akn dok kat kg pastu pindah blk kat umh sp. Kalu kat kg aku mmg jarang belek pesbuk n blog sbb sgt bz dgn mcm2 pojek, pojek masak2 n baking la selalunya. Kalu ada masa nti kta jumpa lg naaa.....







Wednesday, 23 May 2012

WW~mandi poyam

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara
















@KLEBANG BEACH RESORT



Tuesday, 22 May 2012

aqif besday vacation~~klebang beach resort

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Sabtu n ahad baru ni kami sekeluarga bercuti ke melaka sempena besday aqif yg ke-2. Dah jadi kebiasaan kalu besday kami anak beranak mesti ada percutian singkat sempena meraikan ulangtahun kelahiran masing2. Disebabkan besday aqil ritu dah p cameron, besday aku dah p PD, en.khai punya besday lak p Genting Highland maka utk besday aqif kali ni kami pilih melaka sbg destinasi percutian.

Bertolak seawai 8pg pehtu singgah bekpes apa semua n sampai melaka jam 10.30. Sampai2 ja terus tala zoo melaka dulu (yg tu nanti aku buat n3 lain). Keluaq dr zoo baru la kalut nak cari hotel, mmg plan nak tidoq area pantai klebang sbb senang nanti nak ulang p pekena coconut shake. Dlm hati mmg teringin nak stay kat everly resort sbb dulu penah tidoq situ, mmg best gila tp al-maklom la percutian ni ala2 percutian bajet.....mai pun bkn time gaji lg n minggu ni lak nak kena siap duit sbb nak pindah blk sp, maka hanya mampu menjeling je la masa lalu kat everly resort tu. Maka dgn itu klebang beach resort menjadi pilihan yg jugak sesuai dgn keadaan poket masa tu, kui kui kui.



 koi 3 lbh baru check in. Harga bilik hanya rm168 utk hari weekend tp kalu p hari besa leh dpt harga rm128-148 ja.


aksi sengal aqil sementara tunggu abah selesaikan urusan check in


besa la kalu mai tidoq hotel....aksi jakun a.k.a peghak wajib ada




view dr dpn bilik....pantai klebang belakang resort ni ja


pemandangan waktu mlm sekitar resort














ni kejadian keesokan harinya....bekpes dulu sblm bwk bdk 2 ketoi terjun kolam





makanan blh tahan gak sedap


mkn pun main2 je aqil ni sbb dah tergedik2 nak terjun kolam


pantai klebang di belakang resort






Nanti aku sambung lg ceghita masa mandi kolam n lawatan ke zoo. Pas check in naik bilik rest2 n pas solat asar kami gerak p pekena coconut shake juga bergedik santai di pantai klebang wlpun cuaca panas terik. Later2 i stori okeh....cau dulu!





Friday, 18 May 2012

rindu husin :(

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Semalam aku tidoq tak lena. Dalam kepala asyik la dok teringat kat adik aku, husin. Aku ni mmg jenis tak rajin kol mak kat kg, bkn aku tak ingat tp aku tak leh dengaq sora mak....nanti aku jadi sebak. Lg satu, aku takut kalu2 dpt berita yg tak best.....2 minggu lps mak kol bgitau husin sakit kaki, tak leh jln dah seminggu. Mak kata mak kena pakaikan husin pampers n tolak husin dlm wheel chair bila nak mandikan dia. Oh sungguh aku sedih! Rasa mcm nak terbang blk dan2 tu jugak...

Husin ni adik bongsu aku dgn arwah mak, kisah dia ada kat SINI. Wlpun dia adlh insan OKU tp dia punya hati nurani yg baik. Dia sgt2 sygkan family dia, kalu p kenduri kat mana2 dia mesti minta nasi kenduri kat tuan umh, dia kata nak bwk blk bg tok mkn. Kalu dia dgaq ank2 menakan dia teriyak masa tgh main ramai2, dia akan cekak pinggang n marah sapa yg mengusik anak2 menakan dia. Sgt rajin p mengaji n sembahyang kat surau. Mlm2 org lain semua dah masuk tidoq, dia sorg2 kat dapoq tlg basuh pinggan yg ada dlm sinki. Kalu dgaq bunyi guruh, dia dulu yg kalut p angkat kain kat penyidai tanpa disuruh. Mlm2 dia yg akan tlg peringat mak kuncikan pintu, bwk masuk helmet dlm umh takut kawaq curi.....mcm tu la husin, wlpun dia tak normal mcm org lain tp dia bijak n paham keadaan sekililing.

Husin sgt smart org dia. Bab bergaya mmg dia no 1, sebiji turun perangai arwah ayah. Suka mandi, suka menyanyi, suka mkn n suka p jln2. Sgt rajin p sekolah wlpun dah 20thn dia kat sekolah tu, ayah hantaq di p PDK masa dia umoq 5thn, gila punya lama tp husin sikit pun tak boring p sekolah. Kalu mak lambat sikit nak p hantaq dia, siap la dia mengamuk satgi.

Benda yg plg aku tak leh lupa yg husin pernah buat....masa ayah koma dulu, tiap2 hari husin p surau bwk surah yasin, bila org tanya dia kata nak baca yasin n doa kat ayah. Sapa2 yg dgaq husin baca yasin n doa masa tu mesti menitik ayaq mata....walaupun dia baca n doa tak sempurna mcm kita tp dia usaha gak nak bg ayah sembuh. Masa arwah ayah meninggal husin sikit pun tak teriyak tp dlm diam2 dia masuk bilik n cium gambaq ayah. Arwah ayah mmg syg sungguh dgn husin, ayah kata husin la pembawak rezeki dlm keluarga kami. Sejak husin lahir keluarga kami makin senang. Sbb tu ayah marah kalu ada org yg suka hina, mengusik, n main2kan husin.

Husin ada masalah percakapan, hanya kami family n sedara terdekat ja yg paham apa yg husin ckp tp husin mmg blh paham n tau apa yg kita cakap. Sampai hari ni dia tak boleh nak sebut kakak kat aku, dia panggil aku na ja. Aku sgt takut kehilangan husin, takut sgt2! Org kata org mcm husin umoq tak panjang, kwn2 sekolah dia pun ramai dah yg tadak....sbb tu aku takut sgt. Aku takut tak sempat nak jaga dia, aku tak kan lupa amanat arwah ayah....dulu ayah selalu kata dia cuma harapkan aku n en.khai ja blh jaga husin kalau ayah n mak dah tadak....lani ayah dah tadak, husin dok dgn mak, abg n adik aku bon. Andai kata mak dah tadak 1 hari nanti, aku mmg nak amik husin dok dgn aku, itu janji aku dgn arwah ayah n janji en.khai sblm kawin dgn aku dulu.




"chin, kakak rindu sgt kat chin. Tunggu kakak blk minggu dpn naa nanti kakak bwk chin p mkn hot plate hat chin suka sgt tu pastu nanti kakak bwk chin p beli baju raya naa"



Cukup2 la aku stop kat sini dulu sblm ayaq mata aku turun koi laju.... :(((

Thursday, 17 May 2012

mee hailam

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Sebabkan hari ni mood aku benggang sgt, so aku malas nak pot pet panjang2, kita layan je la resepi mee hailam ni.










BHN2:
- mee basah
- bwg merah (dihiris)
- bwg putih (diketuk)
- cili padi (diketuk)
- sos tiram
- kicap
- lada sulah
- sayur2an@carrot, bunga kubis, jagung muda, sawi (ikut suka)
- ayam@daging@sotong@udang (ikut suka)
- fish cake
- tepung jagung (utk pekatkan kuah) dibancuh dgn sedikit air
- gula@garam secukup rasa


CARA2:
- panaskan minyak n tumis bwg merah, bwg putih
- masukkan sos tiram n kicap
- masukkan ayam@daging@sotong@udang (ikut suka)
- masukkan fish cake
- masukkan cili padi (kalu tamau pedas tak yah boh)
- masukkan air n tabur lada sulah
- perasakan dgn garam n gula (aku tak guna perasa)
- masuk segala jenis sayuran (kecuali sawi), agak2 sayur lain dah nak layu baru masuk sawi
- last sekali masuk mee n air bancuhan tepung jagung, kuah agak2 la nak pekat mana



p/s: mee hailam ni peberat en.khai, kalu aku buat berpinggan2 dia bantai! sori ye resepi aku mmg tadak sukatan sbb aku suka main hentam kromo ja campak2.


SELAMAT MENCUBA!




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...