Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 18 May 2012

rindu husin :(

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Semalam aku tidoq tak lena. Dalam kepala asyik la dok teringat kat adik aku, husin. Aku ni mmg jenis tak rajin kol mak kat kg, bkn aku tak ingat tp aku tak leh dengaq sora mak....nanti aku jadi sebak. Lg satu, aku takut kalu2 dpt berita yg tak best.....2 minggu lps mak kol bgitau husin sakit kaki, tak leh jln dah seminggu. Mak kata mak kena pakaikan husin pampers n tolak husin dlm wheel chair bila nak mandikan dia. Oh sungguh aku sedih! Rasa mcm nak terbang blk dan2 tu jugak...

Husin ni adik bongsu aku dgn arwah mak, kisah dia ada kat SINI. Wlpun dia adlh insan OKU tp dia punya hati nurani yg baik. Dia sgt2 sygkan family dia, kalu p kenduri kat mana2 dia mesti minta nasi kenduri kat tuan umh, dia kata nak bwk blk bg tok mkn. Kalu dia dgaq ank2 menakan dia teriyak masa tgh main ramai2, dia akan cekak pinggang n marah sapa yg mengusik anak2 menakan dia. Sgt rajin p mengaji n sembahyang kat surau. Mlm2 org lain semua dah masuk tidoq, dia sorg2 kat dapoq tlg basuh pinggan yg ada dlm sinki. Kalu dgaq bunyi guruh, dia dulu yg kalut p angkat kain kat penyidai tanpa disuruh. Mlm2 dia yg akan tlg peringat mak kuncikan pintu, bwk masuk helmet dlm umh takut kawaq curi.....mcm tu la husin, wlpun dia tak normal mcm org lain tp dia bijak n paham keadaan sekililing.

Husin sgt smart org dia. Bab bergaya mmg dia no 1, sebiji turun perangai arwah ayah. Suka mandi, suka menyanyi, suka mkn n suka p jln2. Sgt rajin p sekolah wlpun dah 20thn dia kat sekolah tu, ayah hantaq di p PDK masa dia umoq 5thn, gila punya lama tp husin sikit pun tak boring p sekolah. Kalu mak lambat sikit nak p hantaq dia, siap la dia mengamuk satgi.

Benda yg plg aku tak leh lupa yg husin pernah buat....masa ayah koma dulu, tiap2 hari husin p surau bwk surah yasin, bila org tanya dia kata nak baca yasin n doa kat ayah. Sapa2 yg dgaq husin baca yasin n doa masa tu mesti menitik ayaq mata....walaupun dia baca n doa tak sempurna mcm kita tp dia usaha gak nak bg ayah sembuh. Masa arwah ayah meninggal husin sikit pun tak teriyak tp dlm diam2 dia masuk bilik n cium gambaq ayah. Arwah ayah mmg syg sungguh dgn husin, ayah kata husin la pembawak rezeki dlm keluarga kami. Sejak husin lahir keluarga kami makin senang. Sbb tu ayah marah kalu ada org yg suka hina, mengusik, n main2kan husin.

Husin ada masalah percakapan, hanya kami family n sedara terdekat ja yg paham apa yg husin ckp tp husin mmg blh paham n tau apa yg kita cakap. Sampai hari ni dia tak boleh nak sebut kakak kat aku, dia panggil aku na ja. Aku sgt takut kehilangan husin, takut sgt2! Org kata org mcm husin umoq tak panjang, kwn2 sekolah dia pun ramai dah yg tadak....sbb tu aku takut sgt. Aku takut tak sempat nak jaga dia, aku tak kan lupa amanat arwah ayah....dulu ayah selalu kata dia cuma harapkan aku n en.khai ja blh jaga husin kalau ayah n mak dah tadak....lani ayah dah tadak, husin dok dgn mak, abg n adik aku bon. Andai kata mak dah tadak 1 hari nanti, aku mmg nak amik husin dok dgn aku, itu janji aku dgn arwah ayah n janji en.khai sblm kawin dgn aku dulu.




"chin, kakak rindu sgt kat chin. Tunggu kakak blk minggu dpn naa nanti kakak bwk chin p mkn hot plate hat chin suka sgt tu pastu nanti kakak bwk chin p beli baju raya naa"



Cukup2 la aku stop kat sini dulu sblm ayaq mata aku turun koi laju.... :(((

1 comment:

Mimy Hamid said...

dia istimewa ...anugerah terindah ni...dia la orang yang tak banyak dosa..suci ni..suka aku baca entry adik hang ni..aku pi SP nak jumpa la adik hang ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...