Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 26 June 2012

ayam panggang pertama yg mabeles

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Patutnya awai2 pg tadi lg aku dah up n3 tp line tenet hari ni sgt la "mulia", nak upload gambaq pun berejam...dgn pesbuk pun buat hal, naik meluat dah nengok meluat pun layan gak. Patutnya nak chegita pasai len tp dok tunggu gambaq lambat sgt nak loading takpa la kita chegita pasai main masak2 lg.

Kisah ayam panggang pertama aku yg menjadi, harus la aku membanggakan diri....wakaka**pang sedaih**. ayam panggang pun nak bangga  ehh harus la aku bangga tau sbb seumoq hidup tak penah lg aku buat ayam panggang, kesian sgt kan? Lg bertambah bangga sbb resepi adalah resepi sendiri yg dihentam saja la labu. Mula2 nak buat tu aku try la gugel resepi kat tenit tp byk pulak bahan2 yg tadak kat umh sbb tu la aku pakai main campak ja apa yg ada.


 bahan perapan: sebiji bwg besaq, 4 ulas bwg putih, sbtg serai, halia sikit tak ukoq lak bopa inci diblend bersama 2 sudu cabai blender (cabai kering yg mmg aku blend siap2 simpan dlm esbok) pehtu tambah sikit kicap, sos tiram n sos cili. Gula n garam jgn lupa lak, secukup rasa la ye. Patutnya kena perap la 2-3jam kan baru rasa dia meresap elok dlm ayam tp aku kan bangsa tak sabaq, lumoq2 bahan perapan terus p bakaq. So ayam dia tak berasa la sgt tp kali ke-2 buat aku peram 3jam, mmg berasa semua.


 nak buat ayam grill ni pun sbb konon2nya nak merasmikan kuali grill yg aku beli kat ikea ritu la. Tp best la guna kuali ni tak melekat, senang ja nak basuh. Aku beli ritu time ikea buat promosi, harga dia rm 69 ja.


 yummy yummy....meleleh kuah dia habaq hang! Sbbkan kat umh tadak madu, aku renjis2 sikit mentega masa tgh bakaq tu. Kalu boh madu lg berkilat ayam grill ni


 tadaaaaa dah siap! Bila dah masak mcm ni, bau dia mak aihhh menusuk ke lubang hidung


ok perfect! Isi dlm dia masak sempurna wlpun isi tebai.
sedap meratah mcm tu ja, cicah sos....



En.khai makan terus puji sedap. Ingat senang ka laki aku nak puji2 masakan bini dia? Selalu kena tanya dulu "sedap dak bang" baru dia mengaku sedap tp kali ni aku tak dan buka mulut tanya lg dia awai2 dah habaq sedap. Bini dia toksah kata apa la, kembang tersipu2 seronok laki puji, haha....percubaan pertama minggu lps dah jadi percubaan yg ke-2,ke-3 n ke-4 dah pun, selang sehari dia request nak mkn ayam panggang. Kesian kuali grill tu, tak habih2 kena buat keja!hik hik hik....









Monday, 25 June 2012

jom turun laut cari kepah

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Kisah mencari kepah beberapa minggu yg lepas. Nora kwn aku la punya idea ni, dia dok ceghita sedara dia p cari kepah dpt belambak2. Mak aku lak tak leh dengaq pasai kepah, mmg peberet dia la pehtu jenuh dok berzikir kat telinga aku ni hari2 ajak p cari. Makanya pd hari ahad tu kami pun p la, ajak nora sekali maklom la aku kan patah kaki tadak keta, en.kai kat kl time tu.

Kami p kat pantai kuala muda, penaga.....p pun dah lewat ptg, koi 6 sampai sana.....sampai2 ja ayoyoyo terkejut habaq hang! org punya la ramai, mcm ada pesta lak. Sbbkan p pun dah lewat, byk mana sgt la kami boleh dpt kan....koi 7 dah kena beransur blk dah, tak sopan lak kat2 maghrib dok kat pantai lg dah la masjid dpn pantai tu ja.



tudiaaa org....ramai gila! org2 cina pun sakan dok mencari, kepah tu peberet depa kot nooo.....


seronok habis mak ptg tu, puas dpt cari kepah sendiri.....best wei, selak2 pasiaq jumpa 4-5 ketoi kepah. Tu mak siap bwk jaring kipas angin habuan nak tapis pasiaq.


budak 2 ketoi mmg tak ingat dunia pulun dok main pasiaq ptg tu. Mula2 aku jaga depa kat atas, konon2 tamau bg depa turun laut tp 5min ja mampu bertahan....sudahnya dgn aku2 sekali pun terjun


budak kecik ni sampai lumoq pasiaq 1 muka, alih2 pas 2-3hari naik kudis buta kat kaki. Doc kata sbb main pasiaq, nahhhhh amikk! menyesal kemudian tada berguna lg kata karam singh walia


pose istimewa abang aqil di tgh2 laut


mcm tak pecaya lak kami mampu berjalan sampai ke tgh laut, mmg jauh wei dr dasar pantai. Ehh dasar ke pesisir? Masa dok tgh ralit cari kepah tu mmg tak perasan pun ayaq koi naik, seb baik dah nak senja time tu mmg dah nak berangkat blk pun. Bila kalih2 belakang, ya ampun ayaq dah semakin byk. Laju2 jln takut ditenggelami ayaq.


cantik sgt pemandangan waktu ni, time ni dah koi 7.....nampak tak org ramai kat tgh2 laut tu? hah kat situ la kami duduk melepok cari kepah. Bila tgok gambaq ni haishhh rasa gerun lak tgok ayaq pasang mcm tu


last sblm naik, kasi can budak2 ni mandi.....baju merah tu anak nora





hasil tangkapan kutipan....hambikk kauu sampai putus tangkai timba sbb tak dpt menampung keberatan kupah yg kami dpt



hasil tangkapan nelayan n awak2nya sgt lumayan ptg tu, 3 hari mkn tak jumpa benda lain dah....hari ni masak kepah, sok kepah, lusa pun kepah! pastu mak aku terus senyap tak berani lg sebut pasai kepah, dah mabuk kepah katanya.....hehe. Seb baik masa mencari rezeki di laut ptg tu tak jumpa dgn lanun, keh keh keh.....ok tak lawak pun!






Saturday, 23 June 2012

kuih kapal terbang~resepi&step by step


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Helo-helo.....lama lak rasanya tak share resepi lat sini kan, cheq bizi habaq hang! bz apa pun tatau la, bizi mengemas umh gamaknya maklom la bila dok umh sendiri ni roh rajin tu lain mcm sikit. Belek2 dlm album masak2 n dapoq berasap, terjumpa gambaq kuih kapai terbang ataupun org panggil kuih lidah boya n ada gak yg sebut kuih tiram.....nama apa pun, rasa dia tetap sama. Jom usha-usha resepi n step by step.



bhn2:
2cwn tpg gandum
air
sikit garam
1bj telur
gula icing utk salutkan pd kuih..

utk pes:
4sudu tpg jagung
4sudu minyak masak
- semua bhn pes ni dicampurkan n kacau sbati-ketepikan

cara2 nak buat jom tgok gambaq kat bwh:


uli semua bhn2 (kecuali pes) hingga sebati n jd doh yg tak mlekat kat tgn. Ayaq tu tuangkn sikit2 masa menguli, mcm besa la kalu rasa kurang tambah ayaq, kalu terlembik lak tambah tepung. Bulatkan doh n bahagikn kpd beberapa bahgian (dlm 4-5ketul)


canai nipis setiap doh bulat tadi n sapu pes kemudian gulung kemas2


rupa slps digulung


pas siap menggulung semua, tarik2an bg 2x ganda panjang dr yg sblmnya. Nampak kan beza bentuk asal sblm n spls ditarik?



kemudian gunting secara serong....bopa inci tu aku tatau sbb tak pandai, agak2 mcm dlm gambaq ataih ni la senang


gelek nipis n sedia utk digoreng
goreng dlm minyak yg byk+panas, api kena slow~~masa goreng tu amik garfu n bukakan setiap kelopak~~kena goyang2 inul baru kuih ni menjadi, ok tak lawak.


dah siap goreng, sejukkan n salutkan dgn gula aising




Nak buat kuih ni tak susah mana tp agak renyah n leceh sikit la, lbh kurang mcm nak buat karipap pusing gak. Tp kalu dah minat nak buat tu yg susah pun leh jadi senang, betoi dak? Apa2 pun selamat mencuba pd sapa2 yg nak try buat, best ni kalu mkn sambil tgok tv.






Thursday, 21 June 2012

projek mendeco kek~~deco ke laut

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Masih lg berkisahkan ceghita masa aku kat kg ritu, melayan kebosanan laki tadak aku cuba2 la kononnya nak deko kek tp hampeh ja result dia langsung tak memuaskan hati. Beratus gak aku habis duit nak beli bhn2 buat kek, loyang, alat2 deco segala stand kek bagai. Tp takpa la, minat punya pasai aku tak leh nak putus asa....gagal kali ni bukan bererti nanti2 aku buat akan gagal lg kan?ayat menyedapkan hati



nindiaaa la rupa kek yg aku deco tu, bughuk sungguh! tu pun ada hati nak tayang dlm blog, keh keh keh....


1st time buat bunga rose tangan cheq ketaq habaq hang! sbb tu la bunga rose bertukaq jadi bunga tahik hayam!


aku buat kek span biasa ja, buttercream lak amik resepi kat kwn fb tp tak bopa sedap la buttercream aku buat ni.....bkn salahkan resepi ye, mybe salah aku yang tak pandai nak bancuh kot....agak manis buttercream ni. Nanti nak try resepi lain pulak.


comot gila! tp aku maafkan diri sendiri sbb ni 1st time try kan, org kata tangan keras lg. Pasni nak try deco lg, slow2 buat la....tp kali ni takmau buat kek dah, aku nak beli kek span biasa yg juai kat tesco tu ja....jimat sikit, sebijik tak sampai 4 hengget pun!



ni la minat aku buat masa la ni.....teringin sgt nak pandai buat kek n deco cantik2 mcm org lain buat, aku dah try2 tanya kelas kek kat mudah mart sg.2 tu tp buat masa ni depa stop dulu kelas sbb nak bg tumpuan kelas kuih sempena nak raya ni. Ohh bab kuih jgn tanya, aku mmg tak suka n tak minat pun nak buat, dulu2 masa ank dara ja aku rajin buat kuih raya....tu pun tlg mak buat, kih kih kih.



Agak frust dgn hasil deco ni terus aku bungkuih semua pekakas n alat2 buat kek, pastu stop terus projek di kg. Mula2 ritu mcm2 plan nak buat pizza la, kek keramel la, red valvet la, japanese cheese cake la....last2 apa satu pun tak buat. Nanti2 la sambung buat kat umh aku ni je la, senang sikit aku buat sorg2 mlm2 pas semua tidoq....baru la leh buat dgn tenang tanpa gangguan....pasni tunggu n3 pasai projek mencari kepah lak,ok bye.....see u tomorrow! (tomorrow la sgttt)







Wednesday, 20 June 2012

projek bikin coklat

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Masa kena tinggai 2 minggu dgn en.khai kat kg ritu, mcm2 pojek aku buat. Antaranya pojek buat cekelat. Sian aku kan, org len dah berzaman dok buat cekelat ni tp aku baru nak belajaq buat. Bila dah beku cekelat ni n bila aku rasa....wallawehh bangga wei aku pandai buat cekelat sendiri yg sama sebijik rasanya mcm dok juai kat kedai tu, huahuahua kesian kan? Padahai senang nak mampuih buat dia, lg mau bangga ka?? ayoyoyo....


hah kalu org len suka boh kacang la badam la dlm cekelat tp aku boh menatang ni, apa kenamanya tah yg mcm dlm cekelat crispy tu, kalu in malay depa panggil bertih beras ke hapa tah. Best wei boh benda alah ni dlm cekelat, bila gigit krup krap krup krap bunyi dia tipunya tak bunyi mcm tu pun....rapuh wei!


sila abaikan rupanya yg comot itu....gini la keadaan kalu org pemalas buat keja


taraaa.....siap sudah cekelat bunga ros...senang ja buat cekelat ni, pas letak dlm acuan bekukan dlm esbok lbh kurang 15min pehtu dah blh makan


ni namanya cekelat bunga melur...pepandai ja aku boh nama, hik hik hik


hola2 ni namanya cekelat ketupat

ada sapa2 ke yg nak resepi cekelat ni? takyah nak resepi sgt la, bkn ada sukatan apa pun....resepi dia mudah ja, hgpa p kedai bakery cari cekelat bar brand beryl's (suka hati aku ja eja mcm tu, tah betoi ke dak tatau la) amik yg milk compaund (pun lupa ejaan betoi mcmana) ni kalu nak cekelat kaler coklat mcm yg aku buat tu la...kalu nak cekelat kaler maler yg mcm org dok buat hantaran tu beli la cekelat bar kaler putih pehtu boh la kaler kegemaran masing2. Double boiler kan cekelat tu sampai cayaq pehtu masukkan la dlm acuan n letakkan la apa2 yg hgpa suka dlm cekelat tu, dah tu bekukan dlm esbok sampai keras. siap!





Tuesday, 19 June 2012

ayam panggang seksi

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Kisah pekasam kejadian hujung bln lepas, masa en.khai blk hantaq kami kat kg. Sempat lg aku menyiggah umh kwn sekolah aku dulu, nora nak hantaq brg2 ikea yg dia kirim suh aku beli kat keyel. Umah nora kat tasek gelugoq ja, tak sampai 10min pun dr umh mak aku.

Sebelum p umh nora kami p kulim dulu meraikan majlis pertunangan sepupu en.khai, maka perut adalah sgt sendat melantak nasi kenduri. Aku tatau lak nora pun nak jamu nasi ptg tu, yg plg spesel semestinya ayam golek seksi ayaq tangan laki nora, mr.bob


nindiiaaa ayam seksi yg diidam2kan, disertakan gak dgn ayaq asam tomato n sup bebola ayam....jgn tatau mr.bob buat sendiri bebola ayam tu, perggghh cayalah mr.bob! dia mmg pandai sungguh masak, ayam seksi tu sgt mabeles uolls....


tup tap tup tap ayaq lioq jatuh menitik bila tgok ayam ni....sbbkan dah kenyang sgt ptg tu, aku ratah ja ayam tu cicah ayaq asam, sian nora masak nasi byk.....tp aku paksa en.khai n adik ipaq aku mkn nasi gak wlpun perut depa pun dah sengkak, hahaha


adik en.khai tak sabaq2 nak oprate ayam seksi....masih terbayang2 kesedapan ayam ni yg disalut rempah2....woiii nora, aku nak lg ayam seksi ni....nanti buat lg naaaa


en.khai sampai tak panggung kepala melayan kesedapan menu kat umh nora...wlpun dah kenyang sebenaqnya



Lepas tersandaq kenyang mkn ayam seksi, nora jamu lak kek karemel dgn white coffee.....pun sedap kek karemel nora buat, aku yg tak bopa suka kek karemel pun laju ja amik suap dlm mulut. Ohh jgn tatau nora ni la peneman setia masa aku dok kat kg 2 minggu ritu, selang sehari dia mai lepak2 umh mak aku. Nanti aku ceghita kisah kami p cari kepah kat kola muda, best uolss!









Thursday, 14 June 2012

YB burger~shah alam

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Ceghita terperam kisah pd minggu2 terakhir di shah alam ritu. Sbbkan frust tak dpt nak rasa burger bakaq, lalu memujuk hati utk menerai YB burger. Bukan Yang Berhormat ye tp Yazid Burger yg terletak di food court sek 7 shah alam (belakang unisel) dkt2 dgn kedai mee ketam.

Adalah disarankan pd sapa2 yg nak cuba YB burger ni, jgn pakai main terjah p kedai ja...seelok2nya buat tempahan awai, leh order dgn sms@email...kalu p kedai baru nak order sila la tahan utk memaki dlm hati sbb mmg akn berjanggut menunggu burger siap. Mcm aku ritu mmg sms siap2 order n  bgtau koi bopa nak p amik, cukup jam aku p amik ja tak yah nak beratoq menunggu.


 nahh....nindia YB burger yg super duper lazat


kasi close up sikit....aku order hat plg kecik n murah, tu pun kongsi mkn dgn en.khai sbb cpt muak, isi daging dia tebai gila
dia ada 3 pilihan saiz, yg aku amik ni saiz 250gm (RM10) leh mkn 1-2org, saiz 500gm (RM20) leh mkn 2-3org n saiz 1kg (RM40) leh mkn 3-4org. Yg saiz 1kg tu mmg besaq gila, saiz besaq pinggang mkn....takut lak aku tgok burger besaq mcm tu


 tgok la isi daging dia mmg tebai sungguh! tp seb baik masak elok tebai pun


ohh lupa nak habaq, cara2 nak order YB burger ni mcm ala2 nak order subway gak....kena pilih roti, pilih patty, pilih sos, sayoq n daging....leh gak kalu nak tambah cheese tp kena tambah duit la



Sapa2 nak order n try rasa YB burger ni leh ushar blog dia YB BURGER



last day di melaka

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara

Perggghh hazab nak habiskan cite kat melaka, p bercuti 2 hari je pun tp galak sgt nak buat cite part by part. Ok taip laju2 sbb dah cemuih dok pong pang pasai melaka tak habis2, org nak baca pun dah naik meluat gamaknya!huahuahua.....

Lepas puas melantak coconut shake, langkah seterusnya di halakan ke tmn rama2...ala otw nak blk nak menuju ke tol ayer keroh alang2 tu singgah la sat memandangkan aku ada anak2 yg berjiwa penyayang sukakan menatang2, tak puas melawat menatang2 kat zoo aqil kalut nak p tgok rama2 lak so layankan je la.

p/s : gambaq adalah di tahap kelabu asap sbb snap pakai henpon ja, kamera kehabisan bateri.



harga tiket utk dewasa RM 8, kanak-kanak 3 thn ke atas RM 5 n sapa bwk masuk kamera kena caj RM 3....tp mcm besa aqil kan katik lg ketot so dia tak kena sbb mybe org jaga tiket tu ingat umoq dia tak sampai 3 thn lg kot (sama kes masa masuk aquaria klcc ritu, selamat duit rm 35 tiket utk aqil tak kena....untung gak ada ank tak bopa cukup tinggi ni, huahuahua), kamera aku lak bateri hbs so selamat lg tak yah bayaq RM 3. Tp sikit pelik la tiket dia tak mcm tiket pun, dia just bg stiker bulat kecik lekat la kat mana2 ikut suka kita, lengan ka, baju ka tudung ka....elok 3-4 langkah aku masuk dlm tu tgok2 stiker tu dah tercabut n hilang!


 
 nampak tak stiker kuning ada huruf A kat baju aqil tu? hah tu la tiket masuk (gila tak bertamadun tiket mcm tu)wakaka.....tu stiker en.khai, dia malas nak pakai so bg aqil pakai


 gila kelupoq budak2 ni kalut nak bergambaq dgn angry bird


 mcm besa, bapak mithali kena la layan ank2.....senang mama nak lenggang2 kangkong








 motip gambaq ni? nak tayang rama2 ka nak tayang gelang??wakakaka




 ghimau bintang


 king cobra


 burung merak ni mesti perasan dia hbs segak la dpt kembang2 bulu mcm tu....muahaha


 dlm muzium.....rama2 yg diawet


 perkampungan buaya....jgn ingat org asli ja ada perkampungan, boya pun dah maju la ni....siap ada ketua kg lg gamaknya!





Yehaaaa tamat sudah kisah cuti2 melaka.....pasni mybe aku aktif blk dgn fb n blog sbb dah lapang sikit masa lani, dah tak kalut n bz dah....aku dah selamat pindah blk sp, dah hbs pun mgemas umh....so sapa2 nak mai bertandang ke umh sila-sila la oiiii, aku sedia menanti di muka pintu.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...