Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 26 June 2012

ayam panggang pertama yg mabeles

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Patutnya awai2 pg tadi lg aku dah up n3 tp line tenet hari ni sgt la "mulia", nak upload gambaq pun berejam...dgn pesbuk pun buat hal, naik meluat dah nengok meluat pun layan gak. Patutnya nak chegita pasai len tp dok tunggu gambaq lambat sgt nak loading takpa la kita chegita pasai main masak2 lg.

Kisah ayam panggang pertama aku yg menjadi, harus la aku membanggakan diri....wakaka**pang sedaih**. ayam panggang pun nak bangga  ehh harus la aku bangga tau sbb seumoq hidup tak penah lg aku buat ayam panggang, kesian sgt kan? Lg bertambah bangga sbb resepi adalah resepi sendiri yg dihentam saja la labu. Mula2 nak buat tu aku try la gugel resepi kat tenit tp byk pulak bahan2 yg tadak kat umh sbb tu la aku pakai main campak ja apa yg ada.


 bahan perapan: sebiji bwg besaq, 4 ulas bwg putih, sbtg serai, halia sikit tak ukoq lak bopa inci diblend bersama 2 sudu cabai blender (cabai kering yg mmg aku blend siap2 simpan dlm esbok) pehtu tambah sikit kicap, sos tiram n sos cili. Gula n garam jgn lupa lak, secukup rasa la ye. Patutnya kena perap la 2-3jam kan baru rasa dia meresap elok dlm ayam tp aku kan bangsa tak sabaq, lumoq2 bahan perapan terus p bakaq. So ayam dia tak berasa la sgt tp kali ke-2 buat aku peram 3jam, mmg berasa semua.


 nak buat ayam grill ni pun sbb konon2nya nak merasmikan kuali grill yg aku beli kat ikea ritu la. Tp best la guna kuali ni tak melekat, senang ja nak basuh. Aku beli ritu time ikea buat promosi, harga dia rm 69 ja.


 yummy yummy....meleleh kuah dia habaq hang! Sbbkan kat umh tadak madu, aku renjis2 sikit mentega masa tgh bakaq tu. Kalu boh madu lg berkilat ayam grill ni


 tadaaaaa dah siap! Bila dah masak mcm ni, bau dia mak aihhh menusuk ke lubang hidung


ok perfect! Isi dlm dia masak sempurna wlpun isi tebai.
sedap meratah mcm tu ja, cicah sos....



En.khai makan terus puji sedap. Ingat senang ka laki aku nak puji2 masakan bini dia? Selalu kena tanya dulu "sedap dak bang" baru dia mengaku sedap tp kali ni aku tak dan buka mulut tanya lg dia awai2 dah habaq sedap. Bini dia toksah kata apa la, kembang tersipu2 seronok laki puji, haha....percubaan pertama minggu lps dah jadi percubaan yg ke-2,ke-3 n ke-4 dah pun, selang sehari dia request nak mkn ayam panggang. Kesian kuali grill tu, tak habih2 kena buat keja!hik hik hik....









Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...