Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 25 June 2012

jom turun laut cari kepah

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Kisah mencari kepah beberapa minggu yg lepas. Nora kwn aku la punya idea ni, dia dok ceghita sedara dia p cari kepah dpt belambak2. Mak aku lak tak leh dengaq pasai kepah, mmg peberet dia la pehtu jenuh dok berzikir kat telinga aku ni hari2 ajak p cari. Makanya pd hari ahad tu kami pun p la, ajak nora sekali maklom la aku kan patah kaki tadak keta, en.kai kat kl time tu.

Kami p kat pantai kuala muda, penaga.....p pun dah lewat ptg, koi 6 sampai sana.....sampai2 ja ayoyoyo terkejut habaq hang! org punya la ramai, mcm ada pesta lak. Sbbkan p pun dah lewat, byk mana sgt la kami boleh dpt kan....koi 7 dah kena beransur blk dah, tak sopan lak kat2 maghrib dok kat pantai lg dah la masjid dpn pantai tu ja.



tudiaaa org....ramai gila! org2 cina pun sakan dok mencari, kepah tu peberet depa kot nooo.....


seronok habis mak ptg tu, puas dpt cari kepah sendiri.....best wei, selak2 pasiaq jumpa 4-5 ketoi kepah. Tu mak siap bwk jaring kipas angin habuan nak tapis pasiaq.


budak 2 ketoi mmg tak ingat dunia pulun dok main pasiaq ptg tu. Mula2 aku jaga depa kat atas, konon2 tamau bg depa turun laut tp 5min ja mampu bertahan....sudahnya dgn aku2 sekali pun terjun


budak kecik ni sampai lumoq pasiaq 1 muka, alih2 pas 2-3hari naik kudis buta kat kaki. Doc kata sbb main pasiaq, nahhhhh amikk! menyesal kemudian tada berguna lg kata karam singh walia


pose istimewa abang aqil di tgh2 laut


mcm tak pecaya lak kami mampu berjalan sampai ke tgh laut, mmg jauh wei dr dasar pantai. Ehh dasar ke pesisir? Masa dok tgh ralit cari kepah tu mmg tak perasan pun ayaq koi naik, seb baik dah nak senja time tu mmg dah nak berangkat blk pun. Bila kalih2 belakang, ya ampun ayaq dah semakin byk. Laju2 jln takut ditenggelami ayaq.


cantik sgt pemandangan waktu ni, time ni dah koi 7.....nampak tak org ramai kat tgh2 laut tu? hah kat situ la kami duduk melepok cari kepah. Bila tgok gambaq ni haishhh rasa gerun lak tgok ayaq pasang mcm tu


last sblm naik, kasi can budak2 ni mandi.....baju merah tu anak nora





hasil tangkapan kutipan....hambikk kauu sampai putus tangkai timba sbb tak dpt menampung keberatan kupah yg kami dpt



hasil tangkapan nelayan n awak2nya sgt lumayan ptg tu, 3 hari mkn tak jumpa benda lain dah....hari ni masak kepah, sok kepah, lusa pun kepah! pastu mak aku terus senyap tak berani lg sebut pasai kepah, dah mabuk kepah katanya.....hehe. Seb baik masa mencari rezeki di laut ptg tu tak jumpa dgn lanun, keh keh keh.....ok tak lawak pun!






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...