Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 28 September 2012

mencari rezeki di changloon

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Hari isnin baru ni masa en.khai blk lunch dia ada bgtau nak p changloon ptg tu umh nasa amik sebut harga. Kan hari ahad sblm tu nasa n k.long ada mai umh aku, nasa nak suh en.khai renovate ofis. So ptg tu dlm koi 5.30 kami bertolak ke changloon. Perjalanan ditemani dgn hujan renyai2. Sampi umh k.long koi 7, k.long lak time tu baru blk keja. Rasa serba salah lak, mcm mengganggu je org penat2 blk keja tp kami bkn saja2 nak p, dah ada keja kan....

Pas manghrib en.khai n nasa keluaq jumpa bos nasa nak bincang pasai projek renovate tu la. Tinggai la aku, k.long n ank2. K.long sempat lg tu gorengkan karipap n kopok lekor. Sambil2 kami bergosip kat dapoq, ank2 tgh rancak main kat hall. Dlm kol 9 mcm tu baru en.khai n nasa blk, awai tu dah janji nak kuaq mkn sama2 tp depa dua dah mkn dgn bos nasa masa kuaq p berbincang tu.....hampeh!



kak yang jd mandor jaga adik2 sbb umi n aunty ina sibuk bergosip


hbs 1 umh tunggang langgang....fengsan tgok!


suami2 sekalian kena ngasuh ank sbb bini2 dah lapaq tahap dewa


tima kasih kpd tukang belanja
pas siap projek nti tunggu en.khai belanja ikan bakaq kat kola perlih lak ye


k.long order siakap 3 rasa, tomyam campoq, kailan ikan masin, udang celup tepung n teloq dadar


percaya dak semua2 ni aku n k.long ja yg bantai perabih
 en.khai n nasa dah kenyang mkn sblm tu
ank2 mkn la 3-4mulut selebihnya mak2 yg tlg perabih
omakkkk aiiii patut la tembun, hakhakhak



pstttttt.....saat entry ni dipublish aku tgh bersuka ria atas bukit bendera sila jeles, al-maklom laki cheq kan cuti jumaat (tu pun kalu tak hujan). Blk dr bukit bendera en.khai terus hantaq aku blk kg, aku bermalam kat sana insyaallah sampai isnin ni. Blk nak tlg apa yg patut, ahad ni nak buat kenduri arwah sekaligus majlis pertunangan adik aku. Kompom ai bz maklom la org terpenting dlm majlis!hakhakhaktuiiii




Thursday, 27 September 2012

cheesy wedges ala2 KFC

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Selasa baru ni aku ada order cheese powder n acuan roti jala kat kwn fb. Selasa bank in duit, rabu dah sampai. So smlm gigih p econsave cari ubi kentang hat saiz giant tu nak buat wedges. Blk econsave singgah umah mak ani, lepak2 sembang2 sampai kat umh dah koi 12. Kira apa koi 12, aku tetap gigih masuk dapoq buat wedges utk bekpes pg ni. Excited okeh pestime buat wlpun resepi pakai hentam saja. Jom tgok.....


hat ni nama dia campuran suka hati
aku boh serbuk kari daging 3sudu, serbuk kunyit sikit, tepung jagung 2sudu, tepung goreng kfc yg adabi tu 2sudu, garam sikit


ubi kentang saiz giant 5biji
rebus separuh masak, buang kulit n potong 8


gaul ubi dlm campuran tepung tadi


ni cheese powder yg aku beli on9
rm10 utk 200gm, bancuh dgn ayaq suam


 lepas goreng....masa ni hidung aku dah kembang kempih dah bangga, huahuahua


akhirnya.....sebijik sejibon rasa sama mcm cheesy wedges kfc punya!





Wednesday, 26 September 2012

tetamu dari changloon

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Sejak en.khai jaga site baru kat laguna merbuk ni, dia dah start cuti jumaat. So, masa utk jln2 pun dah bertukaq la dr hari ahad ke jumaat. Hari ahad kena dok umh ja tak leh p mana. Ahad baru ni kwn baik aku masa uum dulu, k.long@k.has bgtau nak mai umh sbb raya ritu masa aku buat open house dia tak sempat nak mai sbb blk kg nasa kat johor. K.long n nasa ni kwn 1 course dgn aku masa uum dulu.

Sbbkan dia habaq lambat n tak kompom betoi2 nak mai makanya kali ni tadak la karipap pusing. Al-maklom karipap pusing kan menu wajib kalu tetamu mai umh. Aku nak buat eskrim tp k.long tak bg sbb ank2 dia tgh batuk, takut makin melarat pulak nanti. Sudahnya menu hari tu tak meriah mana pun, aku cuma buat laksa, lontong n buboq kacang ja sbg pencuci mulut. Nak buat sagu gula melaka mcm boring pulak, asal org mai umh tu ja la dessert aku. K.long mai dgn mak ayah dia n adik dia sekeluarga.



menu di hari kejadian


sila2....jemput makan


penuh umh dgn kanak2 riang


my bff k.long n sufi....k.long ni lect kat UNIMAP


aidil si hantu laksa.....adik ipaq k.long


nasa n k.long
dulu masa study aku menyampah kat nasa ni
asal tgok muka ja mesti nak kutuk, haha
tak sangka la ni dia jd kwn baik laki aku gak
nasa lani dah jd penulis skrip
byk drama dia yg best2 penah kuaq kat tv


nasrin@kak yang, anak sulong k.long
hg majuk apa k.yang oii bwk diri mkn kat bwh nu?


si bulat syifa, ank ke-2


bubuh jugak la sekeping gambaq ank tuan umh




Aku dgn k.long ni baik tak baik sampaikan mcm ada magnet antara kami. Masa aku bersalin kat aqil, k.long peknen kat syifa. Masa k.long bersalinkan syifa aku peknen kat aqif. Masa aku bersalin aqif lak dia ngandung kat sufi, haha mcm pas batton lak.


Kan dah kata setiap tetamu yg mai umh kita membawak rezeki. Dlm dok sembang2 tu nasa baru tau yg en.khai ada lesen kontraktor, so nasa bgatau en.khai yg bos dia tgh cari org nak renovate ofis. Isnin esoknya kami pulak ke rumah k.long n nasa di changloon amik sebut harga utk kerja2 renovate ofis tu. Yg tu nti aku cite di lain episod.







Tuesday, 25 September 2012

rendang asam udang


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Rasa mcm lama sgt tak share resepi kat sini. Aku kan tgh ada penyakit lani, penyakit "M"....M nak masuk dapoq, dah jarang2 masak. Kalu masak pun yg simple2 ja. Antara resepi yg aku selalu masak kalu mai time baloq liaq tu ialah rendang asam udang. Tatau pasai apa panggil rendang asam, dah mak aku ajaq mcm tu aku pun panggil mcm tu gak la. Kalu kat tempat len rasanya org panggil masak asam kot. Resepi yg simple, senang n cepat....sesuai dgn aku yg penyigan ni, hehe.





bhn2:
udang (kalu saiz besaq lg best)
bwg besaq (potong bulat)
ubi kentang
kicap
ayaq asam jawa
garam n gula secukup rasa
sedikit minyak masak


cara2:
- rebus ubi kentang. Letak kuyit sikit dlm ayaq rebusan
- bila ubi dah lembut masukkan ayaq asam jawa
- masukkan udang
- masukkan kicap
- masukkan gula n garam secukup rasa
- masukkan bawang yg dihiris. Kalu nak pedas leh potong cili padi masuk sekali
- last sekali masukkan minyak masak lbh kurang 2sudu



Simple kan? aku kan pemalaih, mana mau try resepi hat susah2....masak mcm ni senang, dlm 15minit dah leh mkn....






Monday, 24 September 2012

satu malam di merdeka beach resort

Bismillah kata bermula
assalamualaikum pembuka bicara


Dah byk kali dok dengaq aqil merungut lama tak tidoq hotel. Last bln 5 ritu masa sambut besday aqif kat melaka. Dah alang2 besday aqil 14 syawal baru ni, terdetik nak p bercuti. Tp en.khai lak kena jaga site baru kat laguna merbuk, so dia agak kebizian n susah nak cuti. Pastu adik ipaq aku, zairy ajak celebrate besday mak ani. Dia ajak buat bbq kat mana2. Mula la kepala hotak aku ligat dok pikiaq, kalu p bermalam kat mana2 pun best ni tp kena cari tempat dekat2 je la sbb masalah en.khai nak cuti tu. Dlm hati teringin nak p langkawi tp langkawi mana best kalu p takat tidoq smlm dua, takut tak dan nak shopping nti.....muahaha.

Kat kedah ni mana je la tempat yg best pun, pastu teringat resort kat pantai merdeka. Try kol nak buking bilik utk hari sabtu 15/9 tu sbb ahad tu kan hari malaysia 16/9, en.khai cuti so blh la lepak lama2 sikit. Tp hari sabtu bilik penuh lah pulak!. Yg lain2 semua kata tak yah bermalam la, kita p bbq kat pantai pastu blk. Nehi-nehi....aku tak setuju. Sbbnya kat kedah cuaca tak menentu la ni, ptg2 suka hujan. Buatnya tgh syok2 bbq hujan turun, celah mana la nak berlindung kan? So terpaksa gak la buking bilik  hari ahad 16/9 tu wlpun hari isnin semua pakat keja. Sudahnya, subuh2 syapie la kami chek out isnin tu. Bilik disponser oleh suamiku terchenta manakala bhn2 bbq zairy yg sponser.


chalet jasmin bilik 101, sea view
kami check in lambat sbb keluaq dr umh dah lewat
sbb aku pulun dok tgok cite keluarga 99 yg salleh yaacob berlakon tu
one n two, two n three, three n one, one n two....i love u....hehe, best!


hall yg agak luas
selesa la utk kami 2 family@ 9org


bilik pertama utk aku n family


bilik kedua utk mak n abah
yg bujang2 sila tidoq luaq, hehe


lps check in bdk2 dah gelabah ajak terjun pool


ada 3bijik swimming pool yg besaq gedabak


aqif seronok main gelongsoq ni
tp aqil penakut, langsung tak naik
cakap je pandai tp penakut
alasan dia "nanti abg pening"
padahal takut ayaq masuk dlm hidung, haha


tak bg depa mandi lama pun sbb depa tgh batuk n selsema
pas mandi bwk ronda2 pantai
kena la pau belon sorg sebijik
tu pun dok gaduh suh beli wau la hapa la
tp kami dua buat2 tak dengaq, haha


puas meronda kat pantai blk bergolek2 kat bilik
tunggu maghrib n isyak dulu pastu baru keluaq utk bbq


budak 2 ketoi yg bz sungguh mlm tu
kalut sama naik nak bakaq ayam



buat sosej n ayam ja
mcm besa kalu bab2 bbq ni aku la yg kena sedia rencah semua


 pekerja2 yg ghajin n gigih
en.khai n adiknya yg ke3, zairy
nak pasang bara api tu dekat sejam, bakaq ayam 15minit ja....haha


 pompuan gedik bersama somi terchenta, hakhakhaktuiii
muka berkilat penangan dr tabita, haha


 bonda mertua bersama menantu hantunya


 3 ekoq ayam dikorbankan mlm tu


 happy family....tp tak cukup lg sorg


 ni baru separuh
lg separuh dah masuk perut masa tgh dok bakaq tu
sambil bakaq sambil meratah


 mak ani n die, adik ke2 en.khai


 mkn dlm pondok sebelah chalet kami
mak ani bwk bihun goreng n nasi
aku bwk sandwich


 kenyang mkn, lepak2 dlm bilik....sembang2
tak sedaq mlm tu tidoq koi bopa, koi 2 kalu tak silap


 dpn bilik, 7am
cantik siot pemandangan time ni


 masa ni jam 8 am
dah bersiap2 nak blk


 babai jasmin 101
kami pasti akan merinduimu.....


 8am check out
ruginya rasa kena check out awai tp apakan daya
laki cheq keja.....



Best pulak bila bercuti ramai2 mcm ni....bercuti la sgt padahai pantai merdeka dgn umh aku lbh kurang 30minit ja pun, hehe. Tp tak puas la sbb sat sgt, dah la check in lewat, check out  pulak awai! Ada sesapa yg nak bercuti kat merdeka beach resort ni ka? Setahu aku harga bilik berbeza2, plg rendah rm100 kot smlm. Chalet yg kami dok ni harga rm250 sbb ada 2 bilik, sesuai utk family besaq. Bilik bersih dan selesa. Bab mkn kat sini tak yah risau sbb resort ni ada cafe, kalu tak mau mkn kat resort ni leh mkn kat medan selera berhampiran....ala yg ada abc gunung jerai n mee udang sedap tu. Pasni tunggu holiday bln 11 lak sempeda besday aku, hatdyai jom!





Monday, 17 September 2012

sambut besday mak

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Khamis 13 sept baru ni besday my mom, sempena besday dia aku blk kg. Plan nak buat sambutan kecil2an, saja nak gembirakan hati mak. Sampai2 ja kat kg, dah siap terhidang ketupat palas n rendang ayam. Mak ni mmg leh baca apa yg ada dlm kepala otak aku ni, aku mmg dok teringin nak mkn ketupat tp segan nak habaq kat mak. Kalu aku habaq sah2 la mak buat, sbb tu aku malas nak habaq.....takut menyusahkan dia. Tup2 bila mak tau aku nak blk khamis tu, dia dah siap2 buat mlm sebelum tu.

Sampai2 ja aku wish hepi besday kat dia, mak terkejut sbb dia tatau pun hari tu besday dia...hehe comel je mak. Mcm besa kalu aku blk sana selalu bawak mak p shopping brg2 dapoq kat long wan kepala batas, blk tu singgah kedai buah kat pongsu seribu nak beli timun betik. Masa dok pilih2 buah, tangan mak kena sengat dgn tebuan....sian mak. Mak melawak, dia kata apa ni besday dia dpt hadiah sengatan tebuan....hehe.

Tak masak special pun utk besday mak, aku cuma beli bakso n kek ja. Pastu panggil adik2 sepupu mai mkn sama2, bg nampak meriah sikit. Hadiah pun tak beli lg ni, tatau nak beli apa utk mak.....bila tanya mak nak apa dia kata takyah dok beli apa2. Aku nak bg henbeg mak bknnya jenis p jln2 bwk henbeg, nak beli baju dah selalu sgt dah hadiah baju, so sampai hari ni aku masih berhutang hadiah besday mak. Mak, aci dak kalu cheq bg cucu ja utk besday present mak? hihihi....



 hampir terloncat aku bila sampai2 ja mak bgtau dia buat ketupat
sedapnya ketupat mak, puas gila aku mkn ritu


 jus timun betik
sapa2 yg tak penah makan mmg rugi ya amat
sedappppppp sgt!


 kek besday utk mak
besday tok esoknya 14 sept, so tulis sekali nama tok
wlpun tok terlentang tak leh nak potong kek sama2 mak


 bakso sedap
beli kat tasek gelugoq


 makanan yg wajib aku beli kalu blk kg
 rangka ayam goreng
pedas n ranggup


 menu2 di hari kejadian


 besday girl malu tu aku nak tangkap gambaq
sbb tu buat2 baca majalah


 cik chin tukang mengasuh
mengasuh n berletiaq sama byk, hehe


 tiada apa yg membahagiakan aku selain tgok mak hepi mcm ni


mak malu2 nak potong kek



HEPI BESDAY YG KE 56 BUAT MAK.....semoga panjang umoq, dimurahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan sentiasa dilindungi. Besday mak 13 sept, besday tok 14 sept n besday mak ani (MIL) 16 sept. Hari ahad saja p tidoq kat merdeka beach resort sempena besday aqil 14 syawal ritu, alang2 sambut sekali besday mak ani  kat sana, yg tu nanti2 aku cehgita ye....






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...