Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 25 October 2012

makan-makan di mcdota

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Mcdota?apa tu?tatau ehh?Mcdota ni sepupu kpd mcdonald's. Ehh sendiri tanya sendiri jwb?bodoh ni! kehkehkeh.....masih lg kisah jumaat lps, lepas puas mandi manda@titi hayun n shopping kat tg dawai, mlm tu terus dinner kat mcdota ni. Kedah ada mcdota, negeri ko ado?huahuahua....dush dush kasi penumbuk 2bijik!

Lama kot aku tak masuk mcdota ni, rasanya last mai sini masa sblm peknen kat aqil. Huh dah 4thn lbh tu....ada sbb pasai apa aku dah lama tak mkn kat mcdota ni, tp takyah la chegita kat sini nanti tadak sapa lak yg nak p mcdota lg. Tp sbbkan teringin sgt nak mkn mee hailam dia yg mabeles tu, ajak jugak en.khai singgah.


lokasi dia kat pekan sp, area jam besaq tu. Kat deretan kedai betoi2 belakang nasi kandar pelita.


byk jugak menu dia hat best2, harga pun murah


ada jugak ayam goreng ala2 kfc, blh tahan jugak sedap


aqil bz pilih menu


lagak gaya mcm la pandai baca


muka boring ni....10kali tanya mana eskrim dia tak sampai2 lg?


budak 2 ketoi pulun eskrim ni sampai tak pandang makanan lain dah


ayaq pilihan mem besaq jus nenas+susu.....pak encik minum jus tembikai


mee hailam....dulu sedap gila tp now dah kurang menyengat


kalu dah nama en.khai dia mana reti order makanan lain selain nasi goreng kampung





p/s: aku dah ada kat kg now, kpd semua yg nak blk kg tu berhati2 di jalan raya....SALAM AIDILADHA utk semua




Wednesday, 24 October 2012

Pasembor idaman

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara





pasembor special+perut+limpa rm4.50@market yan




Tuesday, 23 October 2012

mandi manda@titi hayun,yan

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Asal jumaat ja mula la gelabah tatau nak p mana. Ikutkan en.khai tak blh cuti la ni sbb tgh kalut tp dia kesian kat ank bini asyik terperuk ja kat umh, so jumaat baru ni dia turun site sat ja. Pi atoq2 keja pastu blk. Lps jumaat dia ajak p mandi kat titi hayun. Jom layan gambaq.....


 aku kemain beria bawak baju salin....sekali, pak cik ni tak bg aku mandi! sentap tau....


seronok la budak 2 ketoi ni kalau bawak mandi ayaq terjun....sampai muka dah biru pun tamau naik lg


kemain lg seronok ye en.khai.....aku gak yg kempunan tak blh mandi








3 hero kesayangan mama....



blk tu mcm biasa singgah tanjung dawai....stok ikan bilis n kopok2 kat umh dah hbs


mcm2 jenis kopok ada....dah mcm kat kelate n ganu dah aku rasa




sotong madu peberet aqil


pastu ada mcm2 jenis asam....sekali tgok, ada asam katok! perghhh gila lama tak mkn asam katok....




SEKIAN cite weekend kami....









Monday, 22 October 2012

salah faham

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



**Kisah benar antara A dan B, mahasiswa di salah 1 universiti di utara tanah air**

tempat kejadian : cafe kolej proton
masa : 10 pagi

Tamatnya kelas calculus 2 pg tu, A dan B bergegas ke cafe kolej proton dgn menaiki moto milik A. Perut kedua2nya sudah berkeroncong sbb tak sarapan lg. Suasana di cafe waktu tu masih lg lengang. Kelihatan pekerja-pekerja cafe sedang menyusun atur makanan.

A dan B amik pinggan, cedok nasi dan pilih lauk. Byk2 cafe dlm kampus, cafe kolej proton ni la antara cafe yg plg sedap dan murah makanannya. A memerhatikan gelagat sahabat baiknya, B. B dgn selamba menyorokkan sebijik telo goreng di bawah timbunan nasi, lalu megambil seketul ayam goreng diletakkan sebelah nasi. xtvt menyorok lauk ni mungkin dah biasa bg student yg lambat dpt pinjaman PTPT, mungkin.....

Setelah memilih lauk masing2, A dan B beratur utk membayar harga makanan. Sampai ja B di meja cashier, K.ita (pemilik cafe) menegur.....

K.ita : Hai.....menyorok ke?
**MENYOROK dlm bahasa kedah bermaksud SARAPAN

B(berasal dr perak) dgn muka yg pucat perlahan2 menjawab......

B : ehhhh....tak kak....tak....saya tak menyorok! Ni ada hah telo bawah nasi ni.....(sambil kuis2 nasi tunjuk telo goreng)

A di belakang dah ketawa berdekah2!

kah...kah...kah...tak pasal2 rahsia dah terbongkar!





Friday, 19 October 2012

Burger Boy

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Rambu-ramba hari jumaat diteruskan mlm tu untuk xtvt tgok wayang. Aku, bon, intan n  my kazen topet keluaq pas maghrib tp sblm tu gigih la mak ni tidoq kan ank dulu. Kalu tak tidoqkan aqif dulu, mau dia kelupoq nak ikut sekali. Gigih siang tu aku tak bg dia tidoq siang, so pas maghrib mmg dia dah pengsan. Adik kecik lg nak bwk, abang takpa la dah cerdik.....lgpun aku tak larat nak kepung dua-dua, dah la pak depa tadak! Husin pun nak ikut jugak tp mak tak bg bwk sbb takut dia tak selesa ka hapa....ye la dia mana besa pun tgok wayang, satgi gelap2 n bising dia tak berani lak.

Bon n topet nak tgok hantu kapcai, aku n intan ikut ja mana pun janji leh lepas gian nak tgok wayang kan....mula2 p pacific mall tp nan hado la hantu kapcai, so pederas lak p sunway carnival. Tp tadak gak hantu kapcai, pastu teringin nak tgok cite BAIT ada 3D tp impian tak tercapai gak sbb cite tu kategori 18PL, dah aku bwak aqil celah mana la leh masuk kan....pastu dan2 rasa menyesal bwk ank! hahaha.....mau tamau dah sampai situ terpaksa gak la layan cite aku terima nikahnya, dah tu ja cite yg ada pun....cite omputih semua kategori bkn utk tuntunan umum (U), budak2 tak leh masuk. Rasa menyesal bayaq rm36, aku asyik meguap ja dlm panggung tp seronok tgok gelagat aqil, kemain lg melayan tgok wayang....sekotak pop corn dia belasah sorg okeh! Org gelak dia pun gelak gak wlpun aku tau dia bkn paham pun apa yg dia gelak, haha....baik ja aqil dlm panggung sbb awai2 aku dah pesan, kalu dia buat perangai aku tamau bawak dia mai tgok wayang lg dah.

Hbs tgok wayang dekat2 koi 12mlm, mmg dah plan lps tgok wayang nak p mkn burger boy kat penanti. 1st time mkn burger ni, selalu dok tgok kwn2 ja post dlm fb. Sapa2 yg dok dekat tu aku sarankan p la try, mmg burger dia lain dr yg lain. Burger bakar kat kl nu pun kalah okeh! 1st mkn burger ada ikan bilis dlm tu.....dan harga dia blh dikategorikan murah sgt kalu nak dibandingkan dgn burger bakar. Kedai dia kalu mlm minggu mmg meja full la, masa kami sampai tu ada 1 je meja kosong....seb baik lg. Layanan n servis pun memuaskan. Koi 1 lbh baru gerak blk tp singgah seb jaya dulu, ke kfc drive thru sbb husin pesan nak mkn kfc. Sampai umh dekat2 koi 2pg, ni kalu en.khai tau ni jenuh aku nak menjawab......bini dia sakan merayap keluaq pg2 buta, dah la tinggai ank kat umh!


juling mata tgok menu dia....mcm2 jenis burger ada, burger biasa dan jugak yg luaq biasa. Yg luaq biasanya, ada burger arnab, rusa n burung unta. Lokasi kedai pun senang sgt nak cari, berdepan dgn balai polis n sek ren penanti.


wajah2 yg lapaq


bersama kekasih gelap, hakhakhaktuiii! ehh topet ni kazen aku kot....tp dulu masa baru2 kawin dgn en.khai ada sorg pompuan ni kol en.khai buat fitnah kata aku n topet ni bercinta! haha gila punya pompuan, aku ni dr kecik lg mmg rapat dgn topet, dah anggap dia mcm adik sendiri pun....dia pun selamba ja mkn tidoq kat umh aku, rajin tlg bwk arwah ayah p dialisis dulu.....nak bercinta pebendanya oiiii, agak2 la!


kami order yg ni, burger king special utk 4org mkn. Beza burger king biasa n special sbb ada tambahan 4kpg cheese+4eggs+mushroom selain dr daging burger la kan....harga rm27. Burger ni besaq pinggan, hampir2 nak penuh 1 talam, kalu burger bakar kat kl size ni harga dia mau rm40-50 ni


ni bahagian dlm burger. Mmg setiap burger didatangkan bersama kentang goreng ye


yg dlm pinggan tu lps dipotong 4 bahagian, besaq kan? mmg mengah nak hbskan.....ehh lupa nak habaq, masa dia mai hantaq burger tu jgn lupa minta sos tambahan ye


ni lak mlm esoknya. Mai lg burger boy sbb aku ketagihan sudah! Kali ni ajak topet jd driver sbb bon dah keja mlm tu, bawak mak n husin.


mlm ke-2 tu nak try burger lain lak, so order burger komtar. Harga rm10 sebiji....Pun sedap sgt!



Thursday, 18 October 2012

makan-makan dgn family

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Aku ni jarang sgt la nak keluaq2 dgn family, bknnya apa....mak la susah nak tinggai tok sorg2 kat umh. Tok lumpuh, langsung tamau org lain jaga dia padahal mak tu cuma menantu dia ja sedangkan ank dia sendiri ada tp lepas tangan tamau lak suh jaga. Nak bwk mak keluaq mana2 mmg payah, sian kat mak asyik terperuk kat umh ja. Tp kadang2 aku paksa gak ajak mak keluaq, kadang2 aku kena gaduh dgn tok dulu kalu nak bwk mak keluaq.....hah sampai tera tu la!

Masa blk kg jumaat baru ni aku teringin sgt nak mkn hot plate kat care4 seberang jaya tp malas nak drive, so ajak la bon jd driver. Kebetulan mak n husin pun suka gak hot plate. Tak lupa ajak intan sekali. Mmg aku dah niat nak belanja semua mkn kat situ, tp bon bermurah hati lak nak bayaq semua. Ok la, siang tu bon belanja mlmnya aku lak belanja depa tgok wayang n mkn burger boy.



tima kasih tukang belanja
semoga makin murah rezeki nak kawin


1st time try samurai n zinger burger yg baru tu
dua-dua sedap tp aku plg suka samurai
hat ni mkn share-share


aku, mak n husin mkn hot plate
rasa puas sgt mkn....dah dekat 3thn kot tak mkn kat sini
dah byk tempat aku mkn hot plate, tp kat care4 seb jaya ni la plg sedap sekali



bon mkn mee goreng mamak, pun sedap sgt!
intan tak order apa, cuma rasa hat nu sikit hat ni sikit
takut baju pengantin tak muat katanya! hahaha


sekali sekala keluaq mcm ni mmg hepi sgt


intan n chik chin yg smart bergaya


seronok tgok mak ritu....senyum ja
kalu blh aku mmg nak bawak mak keluaq selalu mcm ni


muka klimaks puas dpt mkn hot plate


nalaaaa......hbs lincin!


mak kata dia mkn telan x lepaih sbb teringat tok kat umh
so beli bungkus utk tok
**nampak tangan kat belakang tu?tu la tok....dok terlentang atas pelantaq**


kemainnnnn tok layan samurai burger!



Mmg seronok sungguh la keluaq ramai2 mcm ni....mkn2, sembang2, gelak2. Kebetulan mlm tu bon tak keja (bon keja kat utusan@kosmo seb jaya) makin panjang lg la langkah aku, ajak dia p tgok wayang lak. Aku ajak mak join jugak tp jgn harap la mak mau, nak tinggai tok mlm2 kan....itu je la kisah mkn2 aku n family, jumaat ni kalu en.khai tak leh cuti gak wajib aku pederas blk kg lg! huahuahua.....










Wednesday, 17 October 2012

2 malam tanpa suami


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Ceghita jumaat lepas. Patutnya jumaat en.khai cuti tp sbbkan skrg ni dia bz sgt, tgh ligan due date projek takut delay makanya jumaat pun dia turun site gak. Sbbkan hari tu gaji dia dibayaq dabel n dia dah janji gaji tu nak tambah dlm elaun bulanan aku, so aku tak jadi nak sentap. Terpaksa rela lepaskan dia p keja, wahhhh kemain lg ayat!

Makanya duduk la terperuk kami 3 beranak kat umh. Selalunya jumaat mmg tak penah lekat kat umh, asal en.khai cuti ja mesti nak kuaq jln2. Pastu budak2 mgamuk ajak aku kuaq, sori la aku nak bwk kalu pak depa tadak. Tak kuasa aku nak kepung depa nanti. Pastu tergerak hati nak blk kg jumpa mak, dah la minggu lepas tak blk patut la rasa rindu sgt. Kol en.khai minta izin pastu berpuluh2 kali aku pesan kat budak2 jgn dok gaduh dlm keta, kang aku tinggai ja tgh jln. Sbbkan takut, budak 2 ketoi ni baik ja dlm keta.....abg dok belakang, adik kat depan dgn aku.

Sampai kat kg dah tghari. Lps jumaat aku ajak adik aku, bon p mkn hot plate kat carefour seberang jaya. Mak, husin n intan(tunang bon) ikut sekali. Rasanya dah 3thn kot aku tak jejak kaki kat care4. Nostalgia betoi kalu mai care4, situ la detik2 perkenalan aku n en.khai (kisah aku dan dia). Ceghita mkn2 nti dlm episod lain ye. 

Mulanya tak plan pun nak tidoq umh mak, ingat nak blk ptg tu gak. Lagipun tak bawak baju. Tp mak pujuk suh tidoq smlm, mak kata sunyi. Terus aku tak sampai hati, kol en.khai habaq nak tidoq umh mak. Mlm tu aku ajak bon, intan n kazen aku, topet tgok wayang. Aku bawak aqil ja, aqif tinggai kat mak. Pas tengok wayang singgah mkn kat boy burger, penanti. Sampai umh dah dekat koi 2mlm, hamboiii mmg bujang sungguh life ko kan mcm tadak laki n ank!huahuahua

Sabtu lak dah janji nak jumpa dgn kawan2 sekolah bakti dulu, nora n along. Jumpa kat umh along. Sembang2, mkn2, gosip2 pastu blk. Otw blk aku singgah cabut gigi kat tasek gelugoq, punya takut toksah ceghita la. Fobia aku dok teringat masa cabut gigi kat kl dulu tp seb baik cabut gigi kali ni tak sakit. Tp pas hbs ubat kebas merasa la kan sakit dia mcmana, so tak jadi blk lg ptg tu. Mak pun tak bg aku blk, risau aku bwk keta dgn dok tahan sakit gigi. Makanya tidoq la lg smlm kat kg, ahad ptg baru la aku sampai kat umh, rindu gila kat en.khai....ahakhakhak! Sampai2 en.khai siap bukakan pagaq lg, tak sabaq menanti ank bini blk.



 bersama along (baju pepel) n nora
along buat bihun singapore ptg tu, sedappp!


menu plg best masa kat kg. Mak buat kerabu tauge+kerang, tatau la bopa kali aku pulun meratah


ni masa aku blk dr tgok wayang, tgok aqif tidoq sambil duduk. Mak habaq dia tamau tidoq nak tunggu aku blk.
lahaiiii siannya adik....nti kita ajak abah p tgok wayang sekali ye


xtvt wajib aqil kalu blk kg, berkelah dgn kwn2 kat surau....bkn berkelah ja, main pun kat situ....sungguh beriman budak2 ni tempat bermain pun kat surau, haha. Sian ank aku, xdak kwn lelaki yg sebaya, terpaksa main masak2 dgn kwn2 pompuan! Belasah je la nak, janji abg hepi kan....





Tuesday, 16 October 2012

koteow kerang yg tadak kerang

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara




koteow kerang boh udang
*udang belen hat bisik2 ritu*





Monday, 15 October 2012

sosej roll bercheese

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Bila tah masa ronda2 kat "umh" mak bed terpandang dia buat sosej roll dgn cheese ni. Tp sebelum tu dah penah tgok kat blog lain, rasanya blog kak filla kot buat benda yg sama. Nampak mcm senang n sedap. So dgn sisa2 kerajinan yg ada aku pun try la buat.....dan seperti yg dijangka, mmg mudah dan sedap! kat sini aku sharekan resepi dr mak bed, tadak la sama sebijik mcm mak bed buat tp lbh kurang je la.....minta halal ye mak bed. Sapa2 yg nak try leh la ikut cara aku atau cara mak bed, ikut yg mana senang bg hgpa la nooo...



Bahan-bahan:
Beberapa keping sosej - dipotong 3 pastu rebus sekejap
Beberapa keping roti - dicanai nipis dan dipotong dua (buang kulit tepi)
Keju cheesedale - potong 2
tepung gandum yg dibancuh bersama air - utk jadikan gam
sebijik telur
 letak roti, letak cheese n letak sosej
kendian gulung n gamkan dihujung
guna gam uhu bancuhan tepung gandum tu ye utk gam

 
  dah selesai gulung semua, pecahkan telur dalam bancuhan tepung gandum tadi
kocak2 sampai sebati
kendian celupkan sosej roll n gorengkan dlm minyak yg panas
kalu nak celup telo saja pun blh tp kang nanti kulit roti tu jd berminyak sgt
sbb tu kena campur dlm bancuhan tepung, bila goreng jd tak berminyak
 
 
 

 masa nak hidang tu potong la dua bg nampak cheese yg menggoda tu
sedap dicicah dgn sos
mkn 2 ketoi terus kenyang
 
 
 

Friday, 12 October 2012

ketam masak black papper

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara





Ketam yg beli kat kota kuala muda tu ada belen lg, so en.khai suh masak black papper. Dia dok terbayang kesedapan ketam black papper yg kami mkn kat johor n bagan lalang dulu. Maka menggigih la bini dia mencari resepi tp mcm besa last2 bini dia buat resepi pandai2 sendiri sbbnya resepi yg jumpa tu byk lak guna bahan2. Aku kan suka masak yg simple2 ja malas sebenarnya. Rasa dia tak menghampakan, ada la rasa sipi2 mcm yg kami penah mkn dulu cumanya tak pedaih bedegung mcm yg kat bagan lalang tu. Aku syak yg tu depa boh cili padi kot, tu yg mkn sampai berasap telinga. Yg aku buat ni tak pedaih sgt, ok la ank2 blh tumpang mkn....


bahan-bahan:
ketam 2 ekor dibelah 2
sebiji bawang besar
3 ulas bawang putih
2sb lada hitam
-kisar kesemua bahan
sos tiram
kicap
sos cili
daun bawang
bawang besar yg dibelah 12
**kalu nak pedas berapi leh masuk sedikit cili padi**


cara-cara:
- tumiskan bahan2 kisar sampai naik bau
- masukkan sos tiram, kicap n sos cili (agak2 la byk mana)
- masukkan ketam
- perisakan dgn gula n garam
- masak hingga ketam lembut n kuah agak kering
- taburkan dgn hiriran bawang n daun bawang





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...