Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 17 October 2012

2 malam tanpa suami


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Ceghita jumaat lepas. Patutnya jumaat en.khai cuti tp sbbkan skrg ni dia bz sgt, tgh ligan due date projek takut delay makanya jumaat pun dia turun site gak. Sbbkan hari tu gaji dia dibayaq dabel n dia dah janji gaji tu nak tambah dlm elaun bulanan aku, so aku tak jadi nak sentap. Terpaksa rela lepaskan dia p keja, wahhhh kemain lg ayat!

Makanya duduk la terperuk kami 3 beranak kat umh. Selalunya jumaat mmg tak penah lekat kat umh, asal en.khai cuti ja mesti nak kuaq jln2. Pastu budak2 mgamuk ajak aku kuaq, sori la aku nak bwk kalu pak depa tadak. Tak kuasa aku nak kepung depa nanti. Pastu tergerak hati nak blk kg jumpa mak, dah la minggu lepas tak blk patut la rasa rindu sgt. Kol en.khai minta izin pastu berpuluh2 kali aku pesan kat budak2 jgn dok gaduh dlm keta, kang aku tinggai ja tgh jln. Sbbkan takut, budak 2 ketoi ni baik ja dlm keta.....abg dok belakang, adik kat depan dgn aku.

Sampai kat kg dah tghari. Lps jumaat aku ajak adik aku, bon p mkn hot plate kat carefour seberang jaya. Mak, husin n intan(tunang bon) ikut sekali. Rasanya dah 3thn kot aku tak jejak kaki kat care4. Nostalgia betoi kalu mai care4, situ la detik2 perkenalan aku n en.khai (kisah aku dan dia). Ceghita mkn2 nti dlm episod lain ye. 

Mulanya tak plan pun nak tidoq umh mak, ingat nak blk ptg tu gak. Lagipun tak bawak baju. Tp mak pujuk suh tidoq smlm, mak kata sunyi. Terus aku tak sampai hati, kol en.khai habaq nak tidoq umh mak. Mlm tu aku ajak bon, intan n kazen aku, topet tgok wayang. Aku bawak aqil ja, aqif tinggai kat mak. Pas tengok wayang singgah mkn kat boy burger, penanti. Sampai umh dah dekat koi 2mlm, hamboiii mmg bujang sungguh life ko kan mcm tadak laki n ank!huahuahua

Sabtu lak dah janji nak jumpa dgn kawan2 sekolah bakti dulu, nora n along. Jumpa kat umh along. Sembang2, mkn2, gosip2 pastu blk. Otw blk aku singgah cabut gigi kat tasek gelugoq, punya takut toksah ceghita la. Fobia aku dok teringat masa cabut gigi kat kl dulu tp seb baik cabut gigi kali ni tak sakit. Tp pas hbs ubat kebas merasa la kan sakit dia mcmana, so tak jadi blk lg ptg tu. Mak pun tak bg aku blk, risau aku bwk keta dgn dok tahan sakit gigi. Makanya tidoq la lg smlm kat kg, ahad ptg baru la aku sampai kat umh, rindu gila kat en.khai....ahakhakhak! Sampai2 en.khai siap bukakan pagaq lg, tak sabaq menanti ank bini blk.



 bersama along (baju pepel) n nora
along buat bihun singapore ptg tu, sedappp!


menu plg best masa kat kg. Mak buat kerabu tauge+kerang, tatau la bopa kali aku pulun meratah


ni masa aku blk dr tgok wayang, tgok aqif tidoq sambil duduk. Mak habaq dia tamau tidoq nak tunggu aku blk.
lahaiiii siannya adik....nti kita ajak abah p tgok wayang sekali ye


xtvt wajib aqil kalu blk kg, berkelah dgn kwn2 kat surau....bkn berkelah ja, main pun kat situ....sungguh beriman budak2 ni tempat bermain pun kat surau, haha. Sian ank aku, xdak kwn lelaki yg sebaya, terpaksa main masak2 dgn kwn2 pompuan! Belasah je la nak, janji abg hepi kan....





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...