Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 22 October 2012

salah faham

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



**Kisah benar antara A dan B, mahasiswa di salah 1 universiti di utara tanah air**

tempat kejadian : cafe kolej proton
masa : 10 pagi

Tamatnya kelas calculus 2 pg tu, A dan B bergegas ke cafe kolej proton dgn menaiki moto milik A. Perut kedua2nya sudah berkeroncong sbb tak sarapan lg. Suasana di cafe waktu tu masih lg lengang. Kelihatan pekerja-pekerja cafe sedang menyusun atur makanan.

A dan B amik pinggan, cedok nasi dan pilih lauk. Byk2 cafe dlm kampus, cafe kolej proton ni la antara cafe yg plg sedap dan murah makanannya. A memerhatikan gelagat sahabat baiknya, B. B dgn selamba menyorokkan sebijik telo goreng di bawah timbunan nasi, lalu megambil seketul ayam goreng diletakkan sebelah nasi. xtvt menyorok lauk ni mungkin dah biasa bg student yg lambat dpt pinjaman PTPT, mungkin.....

Setelah memilih lauk masing2, A dan B beratur utk membayar harga makanan. Sampai ja B di meja cashier, K.ita (pemilik cafe) menegur.....

K.ita : Hai.....menyorok ke?
**MENYOROK dlm bahasa kedah bermaksud SARAPAN

B(berasal dr perak) dgn muka yg pucat perlahan2 menjawab......

B : ehhhh....tak kak....tak....saya tak menyorok! Ni ada hah telo bawah nasi ni.....(sambil kuis2 nasi tunjuk telo goreng)

A di belakang dah ketawa berdekah2!

kah...kah...kah...tak pasal2 rahsia dah terbongkar!





No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...