Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 23 November 2012

sedihhhh.....


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



uwaaaaaaaaaa sedihnya.....nak cengita hari ke-2 di CH tp tak boleh masuk gambaq, exceed limit katanya. Herannya aku baru je lg kot berblog, tak sampai sthn pun lg tp xkan dah exceed limit? Org lain yg berkurun ada blog selamba ja blh letak gambaq byk2? Acaner  ni?? Aku lak jenis tak gheti nak berceghita kalu tadak gambaq....ayooooo.....harus la blog ni terperam n lama2 terkubur mcm tu ja. Aku ni dah la buta it, bab2 blog ni bkn pandai sgt...Sapa2 yg tau cara penyelesaian dia mcmana, please help me!!







Monday, 19 November 2012

birthday vacation@cameron highland

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Ceghita minggu lepas hari ni baru berkesempatan nak gebang2 kat sini. Sempena besday aku last week, en.khai merancang percutian singkat ke CH. Sebenaqnya CH tu plan last minit, plan asalnya nak ke hatyai. Dah sepakat dgn kupu2 en.khai 2-3org nak holiday kat sana, dah siap sedia buat bolder pass semua tp ada masalah di belakang tabir. Plg kecewa aku dgn en.khai la sbb dah berbulan2 plan nak ke sana. Mungkin ada hikmahnya, pasni insyaallah ada rezeki akn sampai gak kat sana.

Dah tak jadi p hatyai, en.khai ajak p langkawi sbb dia dah amik cuti 2hari....lgpun dah lama sgt tak p langkawi nu. Aku lak tak bopa nak setuju sbb kan cuti skul dah start. Rasa malas nak berebut2 feri dgn org ramai, mana nak kepung ank2 lg, nak usung beg baju beg susu lg...blk nti nak usung brg2 yg beli kat sana lak. Arghhhh tak kuasa la, len kali la p time bkn cuti skul. Pikiaq punya pikiaq sampai naik pening lak, nak bercuti pun leh tension....hebat tak?hebat tak? Last2 sepakat la nak naik CH wlpun setahun tah bopa kali dok p sana, asal besday ja CH....asal p CH ja mesti sambut besday.

Lps solat jumaat gerak la kami sekeluarga ke sana tp byk sungguh tempat nak singgah, last2 sampai ipoh kul 8.30mlm. Mmg plan nak tidoq kat ipoh, tak kan la mlm2 nak naik CH kan....gerun kot. Kami bermlm di umh wan, bespren en.khai dr zmn kanak2 lg. Sabtu esoknya pas bekpes, kami gerak ke CH. Sampai2 ja terus cari hotel, cuti2 mcm ni harap maklom la harga hotel mcmana kan....lepak2 dlm bilik pas zohor baru kuaq jln2 tp hari 1st tak ke mana sgt, cuma p pasar yg juai sayoq n pasar mlm ja selebihnya dok terperap dlm bilik sbb hujan.



otw ke ipoh singgah kat bagan amik durian crepe yg aku order dr member fb. Gila punya teringin nak mkn DC ni, nak tau rasa dia mcmana sbb kan la ni tgh demam DC. Aku order 2 set (1 set 5biji rm10), 1 set buat bekai mkn dlm keta 1 lg bwk p umh wan sbg buah tangan. Sedap mmg sedap la DC ni, kulit dia lembut ja tp tu la tak puas mkn sbb krim dia byk sgt, tak padan dgn isi durian. Tak rasa sgt pun durian, sbb krim dia berlebih2 aku rasa. Kena buat sendiri jugak la nampak gayanya, boleh boh isi durian byk2 kan....baru puas mkn. Resepi dah lama amik tp asyik terperam sbb xdak kerajinan lg nak buat.


Bermlm ni homestay chepor, ipoh. Si ank dara berambut kerinting tu afrina, ank dara wan. Sama umoq dgn aqil, beza sbln je (aqil bln 10, afrina bln 9). Afrina ni sgt2 mesra dgn org, mlm tu siap tidoq sebilik dgn kami lg....dah tak heran dah dgn mak ayah dia. Aku ni lg la suka, dah lama dok mengidam ank pompuan berambut kerinting ni....jumpa dia terus buat ank angkat! haha....


Kemain lg berpeluk2 bagai, ni kalau jabatan agama islam tgok ni maunya kena tangkap basah ni, muahaha. Afrina ni mmg suka sungguh bergambaq, mcm2 gaya lak tu dia pandai possing.


lepak2 kat bilik hotel sementara tunggu hujan berenti


pantang nampak aku bersiap, kalut suh mekapkan dia sama. Dah nama pun anak dara kan, wajib la minat mekap2 ni.


3 sekawan di dpn hotel equatorial








Hari pertama masa p pasar yg juai sayoq2 ni jln lengang ja, org tak ramai pun. Nasib baik kami singgah siap2 beli buah n sayoq2 sbb hari ke-2 tu langsung tak leh berenti sbb hujan n parking penuh.


best ja jln mcm ni, blh ulang alik sampai 3-4kali sbb org tak ramai. Mgkin sabtu tu ramai yg tak naik CH lg. Plg best kat sini mesti la cendawan goreng, krup krap ja rapuh 1 bekas rm2.50. Stoberi celup coklat pun sedap jugak tp budak2 2 ketoi jilat coklat ja stoberi depa buang. Secucuk rm2.00 ada 3biji stoberi.


sbb jln tadak org jom la bergambaq brg sekeping dua


lps puas pusing pasar sayoq tu singgah pulak kat pasar mlm berincang, beli siap2 mknan utk dinner sbb malas dah nak keluaq mlm tu sbb cuaca tak best (hujan). Koi 6.30 budak2 dah pengsan, mmg line clear sungguh....kehkehkeh! Tu je la kisah hari pertama di CH, tak best pun sbb hujan.....byk agenda tergendala. Kisah dia hari kedua, bersambung lg lepas ni......






Monday, 12 November 2012

hadiah dari yang tersayang


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Hadiah besday dah dpt dr jumaat lps wlpun besday yg sebenaq adalah pada jumaat baru ni. Tak surprise tau en.khai ni, nak beli hadiah besday kat bini tp ajak bini p beli sekali. Sebenaqnya tak harap pun en.khai belikan hadiah sempena besday aku sbb baru2 ni pun dia dah hbs beribu utk aku (setelkan isu pelaburan yg menggong tu). Cukuplah sekadar dia ingat dan ucap selamat, tu pun aku dah cukup hepi. Tp en.khai kata, dah wajib tiap2 thn dia bg hadiah wlpun tak mahai mana. 

Dia tanya aku nak apa.....pikiaq punya pikiaq aku minta jam je la sbbnya jam lama dah pecah, budak 2 ketoi punya keja. So pencarian jam bermula di CS. Byk kot kedai jam atas CS nu, mcm2 pilihan ada....dr harga ratus2 ke ribu2. Yg harga ribu2 tu aku pandang sipi2 je la, nak pandang lama2 rasa tak  gamak pulak!hakhakhak......



Pusing2.....pilih2....last2 yg ni jadi pilihan hati. Harga berpatutan la dgn org yg pakai ni, wlpun hanya jam murah tp setakat ni inilah jam yg plg mahai aku penah ada. En.khai suh amik jam bonia, bila aku tgok harga....mak aihhh tak sampai hati nak amik, kesian kat laki sendiri.....ye la dia sorg je yg keja, aku ni suri rumah je pun. Mcm tak patut pulak nak pakai jam mahai2. Dah la tak reti jaga brg sendiri, kang jumpa kat budak2 ni hbs lak depa buat keja.



Hadiah besday dah selamat dirasmikan seminggu sblm besday sebenar. Tq buat suami tersayang meraikan besday binimu yg comel dan montel ini. Juga percutian singkat kita sekeluarga ke Cameron Highlands. Lap u juta2 lemon.....heeeeeeee







Friday, 9 November 2012

hari ini dlm sejarah

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara






Hari ni 9/11/12 genap usia aku 31thn....ohhh terasa tua di situ! Terima kasih Ya Allah masih membenarkan aku bernafas di muka bumi ini. Syukur alhamdulillah masih lg diberi kesempatan menyambut ulangtahun kelahiran sekali lg. Terima kasih kpd arwah ibu yg melahirkan aku, arwah ayah yg membesarkan aku, mak yg sanggup menumpangkan kasih sygnya kpdku, suami yg membahagiakan aku, ank2 yg sentiasa menghiburkanku.....dan kpd semua kwn2 yg menyinari hidupku. Terima kasih atas segala2nya.....




psssttt.....hadiah utk besday girl dah dpt dr last week lg, nti cheq ceghita naaa....dan mlm ni insyaallah aku dan keluarga kecilku akan bercuti ke tempat peberet kami utk sambut my besday.







kawin bawah pedang

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Ahad baru ni p kenduri sepupu en.khai kawin. Selalunya p kenduri kawin tak kuasanya aku nak snap2 gambaq bagai tp sbbkan kenduri ni mcm special sikit, aku rajinkan jugak bwk kuaq kamera. Lgpun kamera mmg sentiasa ada dlm handbag. Tu pun suh adik ipaq aku, zairi yg tlg tangkapkan....nak harapkan aku mmg dak la, cheq kan malu.....ahak ahak.....

Kazen en.khai ni keja ATM berpangkat kapten. So mmg wajib la kawin bawah pedang. Best pulak tgok mcmana pengantin diaraikan.....jom layan gambaq


ketibaan pengantin tepat kul 1.30tgh....mmg tepat2 jam 1.30tgh, tadak lewat seminit pun....ATM kan, wajib la kena disiplin n tepati masa


pengantin yg diraikan....kapten Hasbullah n Syazwani (nurse)
kazen en.kai yg laki tu *tgok kulit pun tau kan** huahuahua......






lawa kek ni tp tak sedap....kek coklat moist, sedap lg kek yg aku buat **nak jugakkkk puji**


chenta hati hamba


ibu mertuaku nyonya mansur dan cucu2 kesayangannya


berlemaknya muka.......


dgn kazen en.khai, iram


mak njang n mak ani


iram, fizwan (asben) n zairi


menantu hantu bersama ibu mertua n ank2nya




Thursday, 8 November 2012

Risiko bersalin secara pembedahan

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Aku tatau nak mulakan cite ni mcmana tp tergerak hati nak kongsi cite sedih ni dgn semua. Baru2 ni aku p melawat seorg jiran yg sedang koma di ICU hosp penang. Dia koma sehari selepas bersalinkan ank sulungnya. Anak sulung selepas 20thn mereka berkahwin, aku pasti masa mula2 dia disahkan mengandung, kegembiraan dia dan suami mesti berganda. Bkn sethn dua dia diduga tadak anak, tp 20thn! Bg aku satu tempoh yg sgt lama......

Sepanjang mengandung, dia dikhabarkan tadak sebarang masalah kesihatan wlpun mengandung di usia 40an. Dan awal2 lg doc dah siap pesan yg dia bakal bersalin secara pembedahan memandangkan faktor usia dia yg mungkin berisiko utk bersalin secara normal. Sampai masa dan ketikanya (3 minggu lps) dia telah pun selamat melahirkan seorg puteri comel di salah sebuah hosp swasta di Bukit Mertajam. Sehari slps bersalin, dia tarik (kancing gigi) dan terus koma sehingga lah ke hari ni. Doc sahkan dia terkena jangkitan kuman semasa proses pembedahan dilakukan. Dan kuman tu dah merebak sampai ke otak sbb tu la dia tarik n terus koma.

Lbh malang lg, pihak hospital swasta tersebut tamau terima dia dlm keadaan mcm tu, terus dihantar ke hosp seb jaya tp HSJ tak terima sbb keadaan dia dah kritikal lalu dihantar terus ke HPP. Masa aku p melawat dia minggu lps, kepala dia dibotakkan.....doc dah belah kepala utk buang darah beku. Mukanya bengkak. Masa mula2 tgok tu aku langsung tak kenal muka dia sbb 100% muka dia berubah. Hari tu jugak doc tebuk leher dia utk masukkan oksigen (sama mcm kes arwah ayah dulu) dan apa yg aku tau kalu tebuk leher tu, andai kata lps ni dia sihat pun....dia akn kehilangan suara dia.

Sbg seorg ibu aku rasa kisah ni sgt2 menyentuh hati....dia blm berkesempatan nak susukan ank dia lg. Masih belum puas lg menatap wajah insan yg dia nantikan sejak 20thn lps....Ya Allah, besarnya ujianmu kpd dia dan suaminya.....Kau berilah kesembuahn segera kepadanya Ya Allah.....kasihani lah dia, kasihani la anknya....

Bila tgok keadaan dia, aku jadi takut nak bersalin lg....dan2 kisah lama (masa bersalinkan aqif) menjelma kembali. Aku tau aku jugak bakal berhadapan risiko yg sama sbb aku mmg dah tadak pilihan lain dah lps ni melainkan bersalin secara pembedahan jugak. Masa bersalin kat aqil dulu pun (bius separuh) doc ada bgtau risiko apa yg akan aku dpt kalu bersalin oprate tp plg berisiko tinggi masa bersalin kat aqif sbb aku kena bius penuh. Antara risiko yg plg senang dpt tu la.....jangkita kuman. Mungkin nasib aku baik, masa aku kena jangkitan kuman kat paru2 tu kuman tu tak merebak sampai ke otak. Mungkin ada hikmahnya jugak aku tak boleh bersalin kat hosp private, sbb aku yakin kalu kes aku ni di bawah hosp private.....mungkin depa tak kan jaga aku sebaik HSAH jaga. Nasib baik awai2 lg hosp private dah reject aku!

Sbb tu kita jgn memandang rendah dgn hosp gomen. Aku ada 2 pengalaman bersalin kat hosp gomen, dua2 kandungan bermasalah dan aku dijaga bagaikan menatang minyak yg penuh oleh pakar, doc2 n misi2. Kes special mcm aku mmg dipantau 24jam, berbulan2 aku kena tahan wad....semuanya utk kebaikan aku n bb. Kalu kat private blm tentu aku dpt layanan mcm tu, nak layan mcmana kan...belum apa2 lg dah tolak, tanak bertanggungjawab!

Dan lg satu....jgn la pandang hina sgt dgn org yg bersalin czer ni. Tadak sapa pun yg mintak bersalin czer, kalu blh semua nak bersalin normal tp bkn semua bernasib baik dpt bersalin secara semulajadi. Ada sorg kwn aku dulu penah kata, hidup aku tak sempurna sbg seorg wanita sbb tak dpt merasa mcmana sakit bersalin normal. Bg aku bersalin normal ka czer ka sama ja, masing2 ada rasa sakit tersendiri. Wlpun ramai yg anggap bersalin czer tu "tak sakit" tp depa tatau risiko2 yg terpaksa ditanggung slps bersalin tu....tak boleh angkat brg berat, sakit pinggang dan byk lg....nak tau sakit tak sakit, try la amik pisau robek2kan perut sendiri sehingga 7 lapisan perut. Sedangkan jari terkena pisau pun dah gelabah sakit, ni kan pulak perut yg dilapah!

Apa2 pun bkn mudah nak jadi sorg ibu, besar pengorbanan seorg ibu sbb tu la syurga letaknya di bawah telapak kaki ibu.









Wednesday, 7 November 2012

Mengamit memori di pantai robina

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Jumaat baru ni plan baik punya nak naik gunung jerai. Sebut pasai gunung jerai ni aku agak menyampah jugak, rasanya dah 3-4kali kot kami nak naik tp asyik la tadak jodoh rezeki. Asal nak naik je jalan ditutup, penah sekali dah naik separuh jln tiba2 kena turun blk sbb jln tutup kat atas nu. Raya haji baru ni kwn aku dr kl blk kg n p naik gunung jerai, hoiii rasa tercabar ni....dia yg jauh senang2 ja dpt naik, aku yg dkt ni rasa mcm dianak tirikan pulak, wakaka. Cpt2 ajak en.khai naik jumaat tu, ye la kalu asyik bertangguh ja takut jln ditutup lg nti!

Elok en.khai p solat jumaat n aku tgh bersiap2, dpt kol dr abg aku. Dia bgtau ada sedara kat kg meninggal. So plan ke gunung jerai ditunda lg, bergegas lak blk kg ziarah jenazah. Lps tu en.khai ajak lepak2 kat pantai robina a.k.a teluk molek. Menggedik la bini dia, lama kot tak p pantai robina. Dulu2 tempat tu la kami dating tiap2 minggu, lpas blk tgok wayang kat perangin mall wajib singgah pantai robina pekena char ko teow peberet aku. Tempat tu jugak la menjadi detik2 permulaan kami kenal satu ketika dulu (klik sini). 

Tp sayangkan pantai robina lani dah tak mcm dulu. Dah tak ramai org, dah tak byk org berniaga. Kedai char ko teow tu pun dah lama tadak. Kalu kedai tu masih ada wajib aku ajak en.khai p tiap2 minggu. Setakat ni tadak lg char ko teow yg blh lawan kesedapan char ko teow kedai abg tu. Ingat lg dulu, aku selalu lepak dgn kwn2 sambil mkn kat kedai tu. Pastu beli lak bungkus mkn dlm keta sbb malu nak mkn sampai 2 pinggan kat kedai takut org tgok aku mkn kuat!haha....



asal aku pegang kamera ja, budak 2 ketoi mesti berlakon peluk2 mcm ni pastu aqil pesan "mama, nti masuk dlm pesbuk tau"....hamboiii hg perli ke apa ni abg oii?


 kwn baik yg jugak musuh rapat


otomen vs raksasa


 cantik pemandangan penang di seberang sana....nampak sayup2 ja bangunan komtar


 kata nak mengamit memori....harus la ada 2 insan bercinta, hakhaktuiiii!
**abaikan muka en.khai yg tadak perasaan tu**


blk tu singgah CS, en.khai ajak cari hadiah....hadiah apa?ehem...ehem nti ai cite okeh.





Tuesday, 6 November 2012

ayam penyet


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Isnin lepas aku blk kg setelkan kes pelaburan yg aku masuk bln 12 thn lps. Huh, tak pasai2 lebur duit aku 7k mcm tu ja. Kalu aku buat bayaq hutang PTPTipu pun dah luak byk hutang aku! Tp org kata sesal dulu pendapatan sesal kemudian tak berguna lg....betoi la, nak sesal pun dah tak guna....benda dah jadi kan? Sumpah sampai mati aku akan ingat benda ni n jadikan teladan.....lps ni mmg tobat dah nak masuk apa2 pelaburan pun!

Blk bwk aqil ja, aqif tinggai kat mak ani sbb aku kan nak berurusan dgn bank, kompom lama punya. Kalu bwk dia mmg tak jadi keja la, lgpun dia tak sihat ritu dok muntah2. Blk umh mak dulu amik bon minta tlg temankan. Aku tak berani kot nak p sorg2 bwk duit byk2 ni. P koi 9 koi 12 lbh baru setel semuanya, perghhh punya la lama gila!

Lps tu blk amik mak n husin terus gerak ke hosp penang melawat jiran yg tgh koma lps bersalin ank sulung. Mmg sgt2 menyayat hati tgok keadaan dia, yg tu nti aku cite kat entry lain. Keluaq dr hosp plannya nak ke amanah raya, ada 1-2 hal lg yg blm setel tp blh pulak bon tersesat jln! Hoiii jln penang je kot, tu pun blh sesat ka? hamboi2 kata kat org, aku ni lg teruk....jln nak p hosp pun tatau padahal dok p selalu, hehe. Dah la sesat, jln pulak jem....melilau kat situ dekat 2jam kot last2 tak jadi p amanah raya sbb aku nak blk awai, susah hati tinggai aqif lama2. Sblm blk wajib la singgah isi tangki perut dulu, dr pg tak mkn apa kot. Alang2 dah lama teringin, singgah la mkn ayam penyet kat jusco perda. Kat sp nan hado la 1 pun kedai ayam penyet.


rm18,856.29 kalu dpt ni mmg kaya tp malangnya bkn aku dpt tp aku lak yg kena keluaqkan duit bayaq kat bank!



rasa seronok sgt sekali sekala dpt belanja family mkn2. Kalu ada arwah ayah mesti lg seronok sbb arwah mmg kaki mkn, segenap pelusuk dia tau mana tempat mkn yg best.


tabiat bon dr kecik membawak ke tua....gigit kuku!


pompuan mengandung yg teringin nak mkn ayam penyet


mula2 amik 4 set (sorg 1 set) tp sbb semuanya lapaq tahap kebuloq aku tambah lg 2 set


ayoyoyo tup tap tup tap tgok gambaq ayam ni, awat la hg sedap sgt ayam penyet hoiii!!




Monday, 5 November 2012

kemaruk main bowling

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Raya haji ke-2 hari tu lps blk dr umh nyut@marina kat lubuk merbau kami sekeluarga ke CS dgn niat nak tgok wayang tp xdak chegita best. Sebelah pawagam kat CS ni ada pusat bowling, Aqil bkn blh tgok bowling menggedik ajak masuk. Sbb mak bapak dia mithali kita ikutkan jugak kehendak ank....puas berbowling, kena pau lak main game sebelah pusat bowling tu. 


Lps tu kami menerima jemputan ke umh p.ngah en.khai utk menjamu selera mkn daging bakaq. Raya korban kan, besa la mabuk daging berminggu2. Masa dok sembang2 tu, bob kazen en.khai ajak main bowling lg esoknya kat park evenue tmn sejati. Mcm yg dijanjikan, lps maghrib jumpa kat sana.




budak 2 ketoi mmg suka sgt kalau blh masuk bowling


wahhhh laki sapa ni bergaya sungguh main....lagak mcm pro sgt dah tu, muahaha


bob mai ramai mlm tu, bwk ank bini sekali dgn ank2 buah dia....semua main, aku sorg ja yg tak main sbb......


pulun dok gomoi budak montel sorg ni....muka kerek gila!



aqil mmg suka layan bb girl....siap suh aku bwk blk sumaiyyah lg


dr kiri: aqif, aqil, aniq, afiq, aisya



geng A4.....4 org ni kalu berjumpa, mak aiiiii blh runtuh bangunan park evenue!


bob ghajin melayan budak2....sorg2 dia ajak baling bola bowling


en.khai pun sama.....


tudung pepel ela wife bob


wlpun sibuk dgn kerjaya sbg pemain bowling profesional, tugas sbg bapak mithali tidak diabaikan......kahhhhh!







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...