Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 8 November 2012

Risiko bersalin secara pembedahan

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Aku tatau nak mulakan cite ni mcmana tp tergerak hati nak kongsi cite sedih ni dgn semua. Baru2 ni aku p melawat seorg jiran yg sedang koma di ICU hosp penang. Dia koma sehari selepas bersalinkan ank sulungnya. Anak sulung selepas 20thn mereka berkahwin, aku pasti masa mula2 dia disahkan mengandung, kegembiraan dia dan suami mesti berganda. Bkn sethn dua dia diduga tadak anak, tp 20thn! Bg aku satu tempoh yg sgt lama......

Sepanjang mengandung, dia dikhabarkan tadak sebarang masalah kesihatan wlpun mengandung di usia 40an. Dan awal2 lg doc dah siap pesan yg dia bakal bersalin secara pembedahan memandangkan faktor usia dia yg mungkin berisiko utk bersalin secara normal. Sampai masa dan ketikanya (3 minggu lps) dia telah pun selamat melahirkan seorg puteri comel di salah sebuah hosp swasta di Bukit Mertajam. Sehari slps bersalin, dia tarik (kancing gigi) dan terus koma sehingga lah ke hari ni. Doc sahkan dia terkena jangkitan kuman semasa proses pembedahan dilakukan. Dan kuman tu dah merebak sampai ke otak sbb tu la dia tarik n terus koma.

Lbh malang lg, pihak hospital swasta tersebut tamau terima dia dlm keadaan mcm tu, terus dihantar ke hosp seb jaya tp HSJ tak terima sbb keadaan dia dah kritikal lalu dihantar terus ke HPP. Masa aku p melawat dia minggu lps, kepala dia dibotakkan.....doc dah belah kepala utk buang darah beku. Mukanya bengkak. Masa mula2 tgok tu aku langsung tak kenal muka dia sbb 100% muka dia berubah. Hari tu jugak doc tebuk leher dia utk masukkan oksigen (sama mcm kes arwah ayah dulu) dan apa yg aku tau kalu tebuk leher tu, andai kata lps ni dia sihat pun....dia akn kehilangan suara dia.

Sbg seorg ibu aku rasa kisah ni sgt2 menyentuh hati....dia blm berkesempatan nak susukan ank dia lg. Masih belum puas lg menatap wajah insan yg dia nantikan sejak 20thn lps....Ya Allah, besarnya ujianmu kpd dia dan suaminya.....Kau berilah kesembuahn segera kepadanya Ya Allah.....kasihani lah dia, kasihani la anknya....

Bila tgok keadaan dia, aku jadi takut nak bersalin lg....dan2 kisah lama (masa bersalinkan aqif) menjelma kembali. Aku tau aku jugak bakal berhadapan risiko yg sama sbb aku mmg dah tadak pilihan lain dah lps ni melainkan bersalin secara pembedahan jugak. Masa bersalin kat aqil dulu pun (bius separuh) doc ada bgtau risiko apa yg akan aku dpt kalu bersalin oprate tp plg berisiko tinggi masa bersalin kat aqif sbb aku kena bius penuh. Antara risiko yg plg senang dpt tu la.....jangkita kuman. Mungkin nasib aku baik, masa aku kena jangkitan kuman kat paru2 tu kuman tu tak merebak sampai ke otak. Mungkin ada hikmahnya jugak aku tak boleh bersalin kat hosp private, sbb aku yakin kalu kes aku ni di bawah hosp private.....mungkin depa tak kan jaga aku sebaik HSAH jaga. Nasib baik awai2 lg hosp private dah reject aku!

Sbb tu kita jgn memandang rendah dgn hosp gomen. Aku ada 2 pengalaman bersalin kat hosp gomen, dua2 kandungan bermasalah dan aku dijaga bagaikan menatang minyak yg penuh oleh pakar, doc2 n misi2. Kes special mcm aku mmg dipantau 24jam, berbulan2 aku kena tahan wad....semuanya utk kebaikan aku n bb. Kalu kat private blm tentu aku dpt layanan mcm tu, nak layan mcmana kan...belum apa2 lg dah tolak, tanak bertanggungjawab!

Dan lg satu....jgn la pandang hina sgt dgn org yg bersalin czer ni. Tadak sapa pun yg mintak bersalin czer, kalu blh semua nak bersalin normal tp bkn semua bernasib baik dpt bersalin secara semulajadi. Ada sorg kwn aku dulu penah kata, hidup aku tak sempurna sbg seorg wanita sbb tak dpt merasa mcmana sakit bersalin normal. Bg aku bersalin normal ka czer ka sama ja, masing2 ada rasa sakit tersendiri. Wlpun ramai yg anggap bersalin czer tu "tak sakit" tp depa tatau risiko2 yg terpaksa ditanggung slps bersalin tu....tak boleh angkat brg berat, sakit pinggang dan byk lg....nak tau sakit tak sakit, try la amik pisau robek2kan perut sendiri sehingga 7 lapisan perut. Sedangkan jari terkena pisau pun dah gelabah sakit, ni kan pulak perut yg dilapah!

Apa2 pun bkn mudah nak jadi sorg ibu, besar pengorbanan seorg ibu sbb tu la syurga letaknya di bawah telapak kaki ibu.









3 comments:

Cik Puan Tqah said...

setuju..ade private jenis nk duet je.. hmm..hope jiran akak tu cepat sembuh.. dugaan Allah ni dtg dr pelbagai sumber kan..huhuhu

ZalinZalina said...

sedih lak baca kisah akak tu...mudah2an akak tu cepat sembuh dan dapat tengok anak dia...kak ina ni dua2 pun rasa...bersalin normal dan operet...memang dua2 pun sakit...kalau normal sakit masa nak meneran...kalau operet lak sakit lepas bedah dan kena jaga betul2....

Fatimah Bt Tony said...

Wah.. Perkongsian yang sangat menarik. Tq admin.. Tanda Bahaya Kehamilan. Pengetahuan yang sangat penting untuk ibu yang sedang hamil.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...