Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 8 January 2013

dah 26 tahun!!

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Hari ni 8 januari 2013 genap la 26thn usia adinda tersayang, Mohd Shukor Hassan. Kehadiran insan istimewa ini membawa seribu makna dlm family aku. Bak kata arwah ayah, husin la yg membuka pintu rezeki dlm keluarga kami. Sejak husin menjengah dunia, keluarga kami semakin senang dan rezeki tak putus2 datang.

Betapa 26thn dulu sewaktu husin dlm kandungan, arwah ibu begitu "kuat" meneruskan hidupnya walaupun keadaan kesihatannya semakin merudum. Elok saja kami mendapat berita gembira bakal menerima adik baru, berita sedih pulak menjelma. Sepanjang kehamilan arwah ibu diuji dgn masalah kesihatan, ubat menjadi teman setia. Bila keadaan ibu semakin kritikal, keputusan dibuat utk keluarkan bayi dlm kandungan pd usia 7bln. Maka lahirlah penghuni syurga, anak down sindrom. 

Genap 48hari husin melihat dunia, ibu pergi buat selama-lamanya. Kalau abg sempat merasa kasih ibu selama 8thn, aku pulak 6thn tp husin cuma 48hari saja....kesian dia. Mujoq masa tu ada sorg jiran yg jugak sedara sdg berpantangkan ank ke-4nya, dpt la husin menumpang minum susu badan dia....alhamdulillah, ada rezeki husin. Tinggallah kami 3 beradik bersama arwah ayah. Masa husin lahir aku baru berusia 6thn, apa yg aku ingat masa tu dlm fikiran aku....husin la penyebab kematian ibu. Namun tiada sekelumit pun rasa benci pd husin, malah aku syg sgt kat dia krn dia la satu2nya adik yg aku ada masa tu.

Ketika husin berusia setahun, ayah kawin lain. Alhamdulillah, kami dpt mak tiri yg sgt2 baik sbg pengganti ibu. Kami (terutama sekali husin) ditatang bagaikan minyak yg penuh. Maka, membesar la kami.....abg, aku dan husin bersama adik baru(bon) dgn penuh kebahagiaan tanpa ada rasa kekurangan kasih sayang. Kami anak2 bertuah punya ayah yg baik hati dan mak yg penyayang. 

2thn lalu ayah pergi meghadap ilahi.....anak istimewa ini dah jadi anak yatim piatu. Dia hilang tempat bergantung. Hidup husin hanya ada ayah dan mak, jugak kami adik beradiknya. Husin tak mcm remaja lain, dia tiada kwn yg selalu dtg lepak2 sembang di rumah(melainkan kwnnya di sekolah), husin tak pernah kemana-mana tanpa ada org yg bawak, husin tak boleh beli makanan kegemarannya tanpa bantuan sesiapa. Hidup husin hanyalah bergantung kpd kami namun dia tak pernah menyusahkan sesiapa. Malah gelagatnya menjadi hiburan pd kami, kerajianannya menjadi sebutan semua. Husin sentiasa dlm ingatan....

Kami ahli keluarganya tak pernah sesekali akan menyisihkannya, malah amanat arwah ayah supaya menjaga husin sebaik mungkin, sentiasa kami pegang. Aku satu-satunya harapan arwah ayah utk menjaga kebajikan husin andai satu hari mak dah tiada. In sha Allah aku sedia menggalas tanggujawab tu....

Bersyukur ku punya adik sebaik husin. Adik yg mendengar kata, rajin sembahyang, ringan tulang membantu apa saja tanpa diminta. Tp jauh di sudut hati, kdg2 aku rasa terkilan dgn org sekeliling yg suka mengusik dan mengejek husin. Mereka suka tgok husin menangis dan mengamuk lalu megetawakan dia malah ada jiran yg pernah kata husin "gila" sbb suka mengamuk. Husin tak pernah kacau org dan dia takkan mengamuk kalau org tak kacau dia.....aku berdoa semoga jiran tu tiada keturuan down sindrom mcm husin supaya dia tak rasa apa yg kami rasa bila org usik ank tak berdosa ini.....


 si bujang yg byk duit....duit simpanan husin dah lebih 20ribu dlm bank


kakak sayanggggg chin!!


Ya Allah....ku bermohon padamu, kau panjangkanlah usia adik kesayanganku ini. Aku tak sanggup kehilangannya, tak dpt ku bayangkan hidup tanpanya. Kau ambillah aku sebelumnya supaya aku tak rasa kesedihan kehilangannya. Tiada perkataan yg mampu kuberikan utk menggambarkan betapa sygnya aku pd dia....Kau lindungilah dia, Kau peliharalah kesihatannya, Kau jauhkan dia dr perkara2 yg buruk....aminnn









2 comments:

-cinta soFiaSafiya- said...

sebak baca n3 nih... :(

jahat LAA MANUSIA tuh, dia ngejek ciptaan allah..huhuhuh

Mak Izz said...

sedih sy bc entry akak kali ni, x sangka ibu kandung akak pergi ms akak br umo 6thn. sedih...

alhamdulillah Allah gantikan dgn ibu tiri yg baik. semoga Chin sentiasa sihat dan happy. sy doakan gak kak ina sihat2 sll supaya dpt jaga Chin dgn baik.

Chin ahli syurga :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...