Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 2 January 2013

Kuala Lumpur aku datang!


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Penghujung disember 2012  kami sekeluarga termasuk mak n husin ke kl menghadiri kenduri kawin kazen aku, shahril. Bukan kami ja yg p tp majoriti 1 kg jugak la yg turut serta, maklom la dlm kg tu semua pun sedara mara jugak. Pi blk hari ja sbb tu mak blh join sekali, kalu p tidoq sana sian mak tak leh ikut sbb susah nak tinggai tok. Masa bwk mak p kenduri ni tok tinggai kat abg aku n bon, adik aku. Depa la yg tlg jaga, bg mandi n bg makan.

Kami bertolak kol 7pg n sampai kl dlm koi 12 mcm tu. Majlis dibuat di taman tasek titiwangsa. Masa dok kl dulu tak penah jejak pun taman tasek titiwangsa ni, asyik2 dok tala taman tasek shah alam ja. Pas kenyang mkn n lepak2 sembang, kami gerak ke jln tar lak. Tunggu lg, shopping la! Dah gian sgt lama tak shopping kat jln tar n sogo, en.khai kata rindu gila kat kl. Sama la mcm aku pun, rasa mcm nak ajak dia pindah dok sana blk.....tp en.khai malas layan sbb nti aku jugak yg meroyan ajak blk sp semula! Masa dok sana dulu mmg tiap2 minggu kami laki bini keja berjalan ja, byk tempat2 best kat kl....tak sama mcm kedah ni, asyik2 tg dawai, tak pun pantai merdeka....tu je la pun. Plg jauh leh p n best sikit kat penang nu hah sebelah pulau. Boring kot asyik dok ulang tempat yg sama ja tiap minggu.


best dpt bwk mak jln2....bukan senang mak nak p mana2, ni pun sbb kenduri. Kalu saja2 nak bwk mak mkn angin mmg tobat la dia nak ikut, sayang sgt nak tinggai mak mertua dia kat umh nu....


maksu n my kazen, timah. Sbbkan kami tetamu jauh, kami diberi penghormatan mkn bersama pengantin dlm dewan.


asal berjln jauh ja mesti kami laki bini tensen sbb ank2 suka buat perangai, tidoq tak cukup dok bebai2....tak tgok lg mama hgpa bebai lagu mana!


masa ni tgh lapaq gila, nak mkn tak boleh lg kena tunggu pengantin....pengantin lak masa ni baru dok mekap, mak aiiii mmg lapaq kebuloq la menunggu.


aku sorang ja baju yg ikut tema, pink+pepel...asal kenduri ja kena ikut tema, dah ikut tema kena la beli baju baru....botak en.khai!haha


mmg sengaja duduk semeja dgn sepupu sepapat sbb senang nak melahap mkn, tak yah nak kaber2 malu dah! muahahaha.....


ketibaan pengantin....alamak, tak nampak muka. Aqif penat tunggu pengantin sampai terlena, nasi pun tak mkn


pelamin lawa, pengantin gorjes, baju cun melecun


nahhh terang benderang pulak dah!


pengantin bergambaq bersama kumpulan apa tah yg menyanyi sepanjang majlis berlangsung....gila sedap sora budak2 ni


pengantin berangkat nak p bersantap


SELAMAT PENGANTIN BARU ARILL DAN ANNA










1 comment:

Siti Shuhadah said...

ala... tak nampak pengantin pon...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...