Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 26 February 2013

Hari Terakhir di Kelantan

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Rasa malas nak hbskan ceghita cuti2 pantai timur ni sbb laptop pinky aku rosak baru2 ni. Terus tadak mood nak tulis blog. Blh ja nak hapdet guna fon tp mana stim nak mgarang ayat, kahhhhh! Si pinky dah pun selamat dirawat, melayang jugak duit sbb hard disk rosak. Hamboiii bulan ni saja duit laju mcm ayaq paip aihhh. Ada 1 lg benda yg aku beli yg gunakan duit yg agak byk, tiap2 bulan pulak tu kena beli....syg duit oiii tp utk kebaikan aku terpaksa relakan. Tp buat masa ni tak leh lg nak kongsi gapo dia benda tu....tunggu la nti bila dah bersedia akan ku kobarkan di sini. 

Sambung blk episod akhir cuti2 anibeseri kami. Hari rabu tu dah nak kena blk dah sbb khamis en.khai dah start keja. Aqil lak hari selasa lg dah start sek tp terpaksa la ponteng 2hari. Lps check out hotel terus ke kota bharu cari mkn, brunch sekali la sbb kuaq pun dah lewat. Hati meronta2 nak mkn kat yati ayam percik. Dulu besa mkn sekali kat sana masa aku kapel dgn budak kelantan dulu tu, dia la yg bwk p. Mujoq ada papago, tadak la kami sesat barat cari kedai mkn tu.

Lps perut dah sengkak, terus ke pasar siti khadijah. Kat sini beli baju utk budak 2 ketoi, kain telekung n kain batik utk mak n mak ani.  Utk aku mmg tak beli apa dah sbb mlm sblm tu aku dah shopping kain baju utk diri sendiri sampai lupa ingatan kat bazar wakaf cek yeh. Plannya lps ke pasar siti khadijah nak ke Pantai Cahaya Bulan, nak p pekena menatang celup tepung. Tp sbbkan perut masih lg kenyang n tgok jam dah koi 3ptg time tu, terus en.khai ajak blk sbb takut sampai lewat. Aku mmg tak berani nak lalu kat hutan grik tu kalu tgh2 mlm. Maka kali ni mmg tak jejak langsung la kat PCB, tak kisah pun sbb PCB bukan best pun....kahhhh!

Layan gambaq la.....semput dah cheq nak ceghita byk2.



kat bilik hotel tgh siap2 nak check out. Budak kecik ni lani tgh gila nak buat ghambut "zain hakimi". Ekceli dia bukan tau pun ghambut zain hakimi tu pedia tp dia suh aku sikat bg jd ghambut otomen. Mama dia yg lbh2 perasan mcm ghambut zain hakimi, haha....ampunkan hamba penunggu gua.



 akhirnya.....setelah sekian lama, kaki aku jejak lg kat sini. Masuk kedai ni dan2 teringat ceghita lama....hohoho



 aku sampai tepat2 koi 12tghari tp lauk byk yg tak masak lg. Melangut dekat 1/2jam jugak la tunggu nasi n lauk masak. Apa ni....tulis kat situ buka koi 12? Dah la pekerja semua muka ketat, seb baik la kami dah lapaq tahap cipan, malaih nak p cari kedai lain dah....mau tamau gagah jugak la SABAQ mgadap muka2 ketat ittew.



 order nasi putih 3 pinggan utk bapak n anak2. Aku mkn nasi kerabu, nyum nyum hilang sudah kempunan. Lauk amik ayam percik (seketoi besaq), gulai kawah, bergedil n ikan percik (sekoq). Bg aku ok la lauk2 dia, sedap jugak tp en.khai tak bopa suka sbb dia kata kuah percik tu manih. Semua yg kami mkn sekali dgn ayaq, rm32. Murah ka mahai?



 kurang kick sbb nasi putih....mengkalau nasi biru ni, lg stim time mkn. Apa ni dr tadi asik dok sebut stim ja



 pasar siti khadijah.....aku perasan tak ghamai org kali ni. Selalu kalu mai time cuti mcm ni mmg berasak la kat dlm ni



 lps shopping apa yg patut kat dlm ni kami pun meneruskan perjalanan pulang. Mmg tadak la nak singgah rantau panjang ka, pengkalan kuboq ka....cari bala semua tu, satgi tak pasai2 sambung shopping lg. Poket dah kempis, udah2 la tu....moh le kita blk.



 tudung recycle ye, 2hari pakai tudung yg sama sbb malas nak iron tudung len. Masa blk ni singgah sat kat jeli sbb nak jumpa kekasih kwn lama.



 masa sampai kat tanah merah ni baru teringat kopok lekor tak beli lg. Masa kat tganu ritu sempat beli kopok kering ja. So singgah sini sat beli kopoklekor  n kopok kering kelantan pulak. Byk jugak beli, utk kami utk mak n mak ani. Kopok lekor dia tadak la sesedap kopok lekor tganu tp blh la dr tadak.



 ni la mekda bff  aku masa uum dulu. Dulu aku n mekda selalu p mana bersama2. Penah dulu masa cuti sem mekda mai duduk kat umh aku di kg, kami sama2 keja kat kilang sony, cari duit poket.



 mekda bwk mkn roti tempayan kat pekan jeli. Kwn aku ni baru pindah dr kota bharu ke jeli sbb ikut asben dia keja kat sana.



 kalu turun kelantan mmg wajib aku cari mekda ni n k.sya (ex-rumet)



 perhatikan aqil dgn aksi gegeh dia, hehe


en.khai n mekda mkn roti tempayan, aqil mkn nasi ayam, aku lak order ayam bakaq utk ratah. Mkn sama2 mekda, dia cuit ayam aku....aku curi roti dia. Teringat lak masa study dulu, selalu mcm tu la kami....berkongsi2 mkn, maklom la masa tu kan zmn kesusahan. Hihi.



Lps jumpa mekda tu, masuk2 keta ja terus budak ni pengsan.




hat ni pun sama.....letih lettew!




hasil 4D3N bercuti.....2hari aku mendobi.




Mcm tak best je kan cuti2 kami. Tak kemana sgt pun sbb cuaca tak cun lgpun dah selalu sgt p pantai timur.  Byk tempat dah penah lawat sblm ni. Cuti ni lbh kpd nak rehat2kan minda ja. Tp kami laki bini mmg suka tganu n kelantan, lg2 tganu sbb suka sgt pantai dia tp takut tgok ombak. Masa otw blk tu masa kat hutan grik terserempak pulak dgn gajah. Sekoq ja, dok tunggu tepi jln nak lintas. Menggedik budak2 dlm keta seronok nampak gajah. Aqil siap tanya "mama, pasni nampak tiger pulak ka?" haha......byk la hg punya tiger, ingat zoo ka? Lps pada hutan grik tu kami stop sat singgah mkn n solat, sampai umh dekat2 koi 12. Esoknya aqil tak p sekolah pun sbb "liat" nak mangkit, aku pun sian tgok dia sure letih punya. Sekian saja la ceghita cuti2 kami. Hingga berjumpa lg di lain siaran.....daaaaaaa!








1 comment:

Makbed Journal said...

hensemnyeee budak lelaki di atas itu. heheheheh~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...