Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 19 February 2013

kenduri kahwin di kampung

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Sabtu 9/2/2013 baru ni berlangsungnya majlis perkahwinan sepupu aku di kg. Bukan la sepupu betoi pun tp dua tiga pupu kot. Tp kami rapat sbb semua dlm kg tu pun sedara jugak. Lgpun si pengantin ni adik susuan usin, masa arwah mak meninggal dulu usin minum susu makcik, mak pengantin.

Aku blk kg hari khamis en.khai hantaq tp jumaat tu dia blk sp sbb keja lg, bwk aqif blk sekali sbb mlmnya ada dinner kat aloq staq. Saja bwk aqif nak collect duit angpau, keh keh keh. Start khamis mlm tu lg aku dah melepak di umh pengantin, tlg pack kek dlm kotak pastu tlg pakaikan inai kat pengantin sbb jumaat dia nak akad nikah. Dekat2 koi 2pg baru aku n mak blk umh, ala sebelah umh ja pun....langkah 4-5 tapak sampai la, hehe.

Jumaat pg2 lg umh pengantin dah ramai, time tu la nak bungkus cokelat, teloq, kuih muih, pasang pelamin....pelamin buat sendiri ja simple2, siap bilik tidoq, gotong royong masak utk mkn tgahri n mkn ptg lps majlis akad nikah. Mlmnya pulak ada tahlil n kami kaum2 pompuan ni pakat kupas buah nangka nak buat kerabu perut esoknya. Hbs kupas nangka, potong perut lembu lak. Pun tgh mlm jugak aku n mak blk umh. Sabtu pg kenduri tu pulak ramai2 pakat siapkan bhn2 buat kerabu, mee goreng n serawa pisang. Mcm ni la kalu kenduri kat kg, semua buat secara gotong royong. Tp aku suka mcm ni, sambil buat keja sampai menyembang. Hikhikhik.


Pompuan ober mengalahkan pengantin. Jumaat pg panggil org mai lukis inai. Ekceli pengantin tak beria sgt pun nak lukis2 tangan ni tp aku la pulun dok menghasut suh lukis gak dgn harapan aku leh tumpang sekaki dan akhirnya niat aku tercapai gak, kahhhhh!


Majlis akad nikah berlangsung lps asaq. Dgn sekali lafaz, sahlah zuria bergelar isteri kpd akmal. Pengantin laki mai jauh nun dr tanah merah, kelantan. Depa ni bercinta dah lama, sblm zuria sambung study kat new zealand lg. Dua2 engineer. Zuria ni kat kg ada nama glemer, org panggil dia cek gayah glemer sungguh nama....cek cek gayah mkn sirih mulut merah!haha....jgn marah nooo cek gayah.


Di hari kenduri. Sebelah aku ni la mak andam yg mekapkan pengantin dan pompuan ober di sebelah dia. Tak penah-penah aku pakai celak kat mata, mak andam ni la punya keja sampai nampak muka aku pelik lak bercelak. Mak andam ni kak ipaq kpd pengantin.



cek gayah omel2. Kecik molek ja pengantin ni. Kulit dia mak aihhh punya la putih sampai nampak urat hijau kat tangan. Putih tp tak gebu sbb dia kurus kering, hehe. Ingat lg dulu masa baby, cek gayah ni punya la gemok gedempol usin lak kurus kering masa tu tp lani terbalik lak. Usin yg gemuk cek gayah lak kurus kering. hihihi.


tema biru pink, i like! Asal ada pink ja mmg aku suka.





SELAMAT PENGANTIN BARU ZURIA N AKMAL....SEMOGA KEKAL BAHAGIA HINGGA KE SYURGA.









3 comments:

-cinta soFiaSafiya- said...

sosweet......kenuri cara kampung ni best...jimat banyakk....

Siti Shuhadah said...

selamat pengantin baru..

wahhh..cantik inai kak..

lieyalatif said...

cantik sgt pengantin kak...suke baju die...lawooo sgt!! pik biru lagi hah....

sonok kan kak kenduri kat kg nie..ade lagi budaya gotong royong...tolong itu ini...yg best sambil wat keje ade makan2 heheheeh

kak, pandai ko yea kak!! nak pakai inai punye pasal haahahaha...lawak je bace...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...