Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 21 March 2013

JJCM~Makanan-makanan sedap di utara

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Saja nak berkongsi makanan2 best kat utara yg aku penah n selalu mkn. Kalau aku kata makanan tu best, hgpa2 sila la percaya sbb aku adalah pencinta makanan (tgok badan la mcmana). Kalau aku kata sedap, maknanya mmg 150% la sedap.....tudiaa lbh dr 100% tu, mmg sedap tak sangga la kiranya tu, haha.

Jom la kita teruskan rancangan Jalan2 Cari Makan kita ni dgn melayoq gambaq2 makanan hat sedap2 ittew.....



 satey gergasi....suka hati aku ja bg nama sbb tatau nama satey ni. Tp kat gerai ni ada tulis satey kajang tp tobat la langsung tak sama mcm satey kajang. Satey ni berpuluh2 kali ganda lbh sedap n merupakan satey plg sedap aku penah mkn. Tudiaaa promote tak hagak2, pakcik satey kalu baca ni sila bg satey pree kat cheq buang 10 cucuk noooo.



 lokasi kat sg lalang@sg petani gerai tepi jln ja. Kalu dr aloq staq gerai dia sebelah kiri, dkt2 dgn wescourt n masjid. Kalau nampak org dok bakaq satey tepi jln ada keta hilux tu, hah betoi la situ gerai dia. Yg juai tu pakcik dua laki bini. Selalu kalau kami beli mmg tak penah lbh dr 15 cucuk sbb satey dia nalaaa punya besaq habaq hg! Kdg2 15 cucuk tu membawak sampai bekpes esok paginya. Secucuk 7 kupang@70 sen tp sgt2 la berbaloi dgn saiz gabai dia. Kuah pun sedap, cuma yg tak bestnya satey dia suka hangit n kena layan diri kalau beli. Sapa yg beli kena bungkus satey n kuah sendiri. Tp sedap punya pasai, tak jadi hal punya!



 cheese nan....mana2 kedai nasi kandaq pun ada tp aku plg suka n plg sedap kat tekak jin adalah cheese nan kat Nasi Kandar Nasymir lagenda height. Roti nan dia walla2 punya lembut tp aku tak suka yg set tandoori tu sbb ayam dia kering, i dont like. Selalu kalau mkn cheese nan wajib minta kuah kari ikan n ayam masak hitam....terangkat!!



 yezza......aku mmg hantu mee udang. Ni mee udang kat pantai merdeka, gerai Kak Chik yg ada juai ABC gunung jerai tu. Selalu kalau ketagih mee udang mmg kedai ni la aku tala selain dr mee udang pulau sayak. Kesedapan dia kalau nak dibandingkan dgn mee udang mak jah ataupun mee udang mak teh kuala sepetang tu, mmg hat ni menang tanpa bertanding la jwbnya. Sepinggan rm8.



 mee hailam@mcdota. Mcdota ni restoran makanan segera kat sp ni, rasanya tempat lain mmg tadak kot restoran ni.....tatau la tak penah dengaq pun kalau2 tempat len ada. Kalau masuk mcdota, mmg aku tak order benda lain dah selain mee hailam dia. Tp rasanya dulu lg best n sedap mee hailam ni, lani mcm kureng sikit....mgkin dah tukaq tukang masak kot! Harga....sori tak ingat bopa.



 selain dr mee udang, mee rebus jugak merupakan kegilaan aku. Setakat ni, tak penah lg la aku jumpa mee rebus sedap mcm mee rebus mak long ni. Jgn salah sangka, maksud aku mee rebus yg beli la....kalau homemade sure la sedap lg mee rebus yg aku buat, nak jugakkkkkkkkkkk tu! Kahhhhh. Lokasi dia kat paya keladi, kepala batas. Harga murah ja, rm3.50.




 hah mee udang lg.....ni mee udang pulau sayak, kedai yusof. Kalau sapa besa p pulau sayak mesti tau kat sana byk kedai mee udang tp sedap tak sedap blm tentu lg. Kalau hat yusof ni aku berani jamin mmg sedap, dr zaman bujang lg arwah ayah selalu bwk mai mkn kedai ni. Sepinggan rm7 kalau mee udang besa, kalau special hgpa p tanya tuan kedai sendiri....aku lupa.



 popia basah yg sumpah sedap gila!! Sapa mkn kata tak sedap, sahih lidah dia hilang deria rasa. Dia punya inti sedap, dia punya sos pun sedap. Selalu kalau beli aku minta dia tuang sos byk2, pedaih2 manis.....oiiii sedap sungguh! Sebijik 0.50 berbaloi dgn saiz dia yg besaq. Ohhh lokasi.....kat traffic light pekan kepala batas. Popia goreng dia pun sedap tp aku suka lg popia basah ni.



 pasembor yan yg kesedapannya mmg tak dpt ditandingi oleh mana2 pasembor pun di dunia ini. Haha, amacam ayat, gerun tak? Hanya blh didapati di market Yan n Guar Cempedak saja. Tp Kat market guaq tu tak sebest yg market yan punya. Special pasai pasembor ni opkos la sbb kuah dia sedap, lg satu dia punya bhn2 tu meriah sungguh....ada perut lembu, limpa, hati semua. Ada isi ikan jugak tp selalu aku tak amik yg tu. Sebungkus rm5, sila menyesal sapa2 yg dok luaq dr negeri kedah. Hoho.




selain dr mee rebus n mee udang, aku jugak adalah peminat setia char ko teow. Dulu ni aku peminat no 1 CKT teluk molek sampai bertemu jodoh dgn en.khai pun kat kedai CKT tu la. Tp sygnya kedai tu dah tadak lani, susah dah aku nak jumpa CKT sesedap yg teluk molek punya. Tp CKT sanchin kat bakar arang@sp (dekat kilang sanchin n Gmart) ni boleh la habuan nak lepas kempunan. Kiranya ni CKT no 2 tersedap penah aku mkn slps CKT teluk molek. Harga sgt murah, biasa punya baru rm2.50, special atau extra rm3.00 n special extra baru rm3.50. Mmg tak jumpa la harga mcm ni kat tempat lain. Sila menyesal sekali lg sbb tak dok di kedah....hahaha.



bakso ketiga tersedap penah di makan. Selain dr bakso tmn sejati n bakso sebelah yuan hat, bakso permatang berangan ni pun dlm kategori bakso sedap jugak. Sepinggan rm4.00. Kedai dlm kg ja, dpn umh org.




Sekian saja episod JJCM kita kali ni.....hingga bersua lg dlm episod akan dtg dgn gambaq2 makanan yg lbh kebabom.....babai.









Wednesday, 20 March 2013

Salji Dalam Rumah

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Kejadian thn lps....almari tv belakang tu baru ja jejak umh aku tak sampai sbln tp dah dinodai dgn debuan2 bedak putih (ada ke bedak kaler len?). Tatau sapa yg mulakan dulu sbb time ni aku tgh sibuk masak kat dapoq tp yg nyata budak 2 ketoi ni mmg sepakat kalu bab2 nak menjahanamkan harta benda. Hbs sebotoi bedak tu depa tuang, bukan takat lemari....sekali dgn tv bermandikan bedak. Ataih lantai dgn badan depa toksah tanya la....gambaq dah membuktikan segala2nya. Menangeh aku tgok, bukan sbb sayangkan bedak tp sebak dan pilu pikiaqkan mcmana la aku nak lap debu2 putih tu. 3-4 kali jugak la puas sapu, lap n mop utk pulihkan keadaan spt sedia kala. Tudiaaa ayat! Kahhhhh....

Tp yg bestnya....depa 2 ni langsung tak reti takut wlpun dah buat salah. Bila tgok muka aku terkejut, digelaknya aku.....ohhh sungguh terasa diri ini dibuli oleh ank sendiri. Si abg siap suh aku amik gambaq boh dlm pesbuk lg, tu yg sempat lg dok buat peace bagai....hamboiii!





Kejadian yg sama berulang lg 2-3minggu lepaih, masih di lokasi n tempat yg sama. Tp hat ni budak aqif punya keja sbb time ni abg tgh tidoq, letih blk sekolah. Berpeluh2 aku nak kemas sbb tetamu otw nak mai umh time ni. Satgi tak pasai2 tetamu bermandikan salji putih ni pulak. Bukan senang nak clearkan bedak ni sbb 1 botoi penuh budak bertuah tu tuang. Aku dah simpan tempat yg selamat dah botoi bedak tu tp nama pun ank bertuah kan....di amiknya bangku n panjat lalu direnjis2 dipilis bedak satu umh! Lani mmg menyampah dah nak beli bedak, pakai la hgpa dua beradik bedak sejuk sudah!









Monday, 18 March 2013

Menu Hari Ni....


Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Hoiii gila tatau nak update apa dah lani....sbb tadak ceghita apa pun nak gebang2, lani jarang dah kuaq jln2 sbb laki cheq teramat la sibuk nak menyiapkan Amanjaya Specialist Hospital dia tu, katanya takut nti ramai yg tak sempat nak beranak kat situ....hampeh! Ehhh laki cheq bukan doktot naaa....dia cuma buruh kasaq ja. Kena cpt2 siapkan projek hospital tu takut delay nti kena denda.

Sbb tatau nak ceghita apa, kira aci la nooo aku tayang menu hari ni. Biaq la menu bodo2 pun janji blog ni tak bersawang.



 menu hari ni 18/3/13



 sayoq bayam+tomato....dlm umh ni aku sorg ja yg mkn sayoq. Ank2 n bapak dia mmg tak mkn. Awat tatau lani aku suka sgt mkn bayam, penah baca dlm majalah PA&MA dulu, kalu nak ank comel n putih rajin2 la mkn bayam.



 teloq bodo pun nak tayang jugak....pedulik! Boh cabai melaka+bawang byk2, perghhh wangi gila bau dia.



 ayam masak kicap....kononnya menu ni utk budak 2 ketoi tp tadak makna aihhh, nasi goreng gelap jugak yg depa mintak!



sambai ikan bilih peberet laki cheq. En.khai ni senang ja nak bela dia, buat sambai tumis hari2 pun takpa.






SEKIAN.










Friday, 8 March 2013

TABITA vs GAIA SKIN CARE

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



GAIA SKIN CARE puihhh!puihhh!puihhhh!
Maafkan aku meludah merata2.


Hati aku ni sakit+geram+meluap2 tatau nak ceghita lagu mana. Benda ni dah lama, bln lepas lg....ada sorg ni email aku bgtau yg gambaq aku dlm blog dicuri. Dia curi KAT SINI gambaq testimoni tabita. Bila buka page bedebah tu menyumpah2 aku tgok gambaq aku ada kat situ. Kemain lg dgn watermark bagai. Kuang ajaq sgt ni...dah la mencuri gambaq aku, menipu pulak org ghamai. Jgn kata penah guna produk dia, nama produk dia pun sumpah aku tak penah dengaq selama ni. Lg aku geram bila tgok ada jugak gambaq2 muka yg aku kenai dlm tu. Makna kata bukan aku sorg la mangsa testimoni palsu. 

 Nampak sgt produk tu ntah apa2, kalu produk bagus opkos la ada testimoni sendiri. Tadak la dok mencuri testimoni org merata. Kesian sapa yg beli, kena tipu hidup2. Aku tatau la bangsa jenis apa owner page tu, mencari rezeki dgn juai brg tp menipu org. Tak sedaq ka rezeki yg dia dpt tu tak berkat. Aku tak marah kalu dia guna gambaq aku kalu aku betoi2 guna produk dia wlpun bukan aku beli dgn dia....tp ni mmg sah2 aku tak penah guna pun.

 Aku jugak tak akan benggang mcm ni kalu dia nak pinjam gambaq aku kalu nak promote tabita tp masalahnya dia salah guna utk promote produk yg dia jual yg tadak kena mengena pun dgn tabita dgn tujuan nak lariskan jualan dia. Mmg salah la....bukan aku nak sebelahkan pihak yg juai tabita, biaq p la penjuai2 tabita tu bukan ada kena mengena dgn aku pun tp aku tak suka sbb si penjuai Gaia ni MENIPU. Tu ja.

Lepas memaki apa yg patut kat komen gambaq aku tu dgn amaran suh dia padam gambaq aku, lps tu aku try bukak blk page tu tp dah tak boleh. Aku ingat dia takut n terus tutup page tu. Ceghita tu hbs di situ ja, aku pun tadak masa dah nak try kelebek page tu blk.

Tup2 pg kemarin ada org msg aku kat pesbuk. Kak Anne nama dia. Kak anne ni kwn si owner page busuk tu. Mengikut ceghita dr k.anne ni, si bedebah tu penah suh k.anne msg aku kat pesbuk pesan jgn komen apa2 kat gambaq aku. Cewahhhhhhh byk segak muka hg, dah la hg curi gambaq aku....suka hati hg ja dok pesan2 bagai. Aku tak mencarut kat hg pun dah cukup bertuah! K.anne ceghita lg, lps kejadian tu gambaq aku makin bersepah dlm page kwn dia. Kuanggggggggg ajaqqqqqqqqqqqq!! Mmg tak serik pompuan tu.

Tp k.anne ni tadak la msg aku masa tu, kemarin ja baru dia buka ceghita. K.anne benggang sbb gambaq dia pun kena curi dgn kwn sendiri. Padahal k.anne ni ada produk sendiri n guna produk dia. Aku tak leh nak bayangkan tahap benggang k.anne kat kwn dia ni, aku tak pa la jugak guna produk yg aku beli tp k.anne ni punya la susah payah cantik2 dgn produk sendiri tup2 kwn dia senang lenang ja curi gambaq dia letak sbg testimoni Gaia Skin Care.

K.anne dah pesan suh kwn dia delete gambaq k.anne dlm page tu tp punya la ketegaq member tu, sampai lani gambaq k.anne masih ada di situ. So k.anne ajak aku buat sesuatu dgn kwn dia ni. Buat apa tatau lg, pg ni baru nak bincang.....kalu aku jd k.anne ni aku tak buang masa aihhh, aku p jumpa face to face bg penumbuk sedas dua. Hbs ceghita!





Ingat tutup mata mcm tu aku tak kenai la muka aku sendiri? Ada aku komen kat gambaq ni dlm page tu....pastu kwn2 aku pun ada yg komen jugak tp pastu terus gambaq ni tak leh bukak dah.









ni la gambaq k.anne tu....penat2 ja guna produk sendiri tiba2 jd testimoni produk lain





Ada byk lg gambaq testimoni2 lain n aku berani kerat jari, semua gambaq2 tu adalah gambaq curi! Cuma naseb baik je la kot tuan punya gambaq tatau gambaq depa dicuri.








Thursday, 7 March 2013

Aneka Kuih Muih

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Wahhh title dah mcm nama buku resepi, haha. Tak aci kan kalu dah tayang dessert kena la tayang cucoq a.k.a kuih muih pulak. Jom usha cucoq apa ada kat sini, mcm biasa resepi blh cari bawah lebel mcm2 resepi.




 kalu sapa selalu masuk blog ni mmg tak sah la kalu tak jumpa karipap pusing kat sini. aku dgn karipap pusing mmg tak boleh dipisahkan, kahhhhhh!



 best buat pizza homemade ni....topping ikut suka kita la nak boh apa



 pau daging.....guna lebihan inti karipap saja



 apam gula hangus



 murtabak mini.....jugak guna lebihan inti karipap. Nampak tak motif dia? tak baik membazir inti yg lbh tu **padahal malas nak buat inti lain**



 gadis ayu....ehhh silap, puteri ayu



 donut gebu segebu tuan dia



 apam pisang



 sardin rock n roll



 cucoq badak ubi



  kuih kapai terbang a.k.a kuih tiram



cucoq bawang



 popia goreng



 cucoq badak pisang....lg sedap dr cucoq badak ubi!



 pau bunga rose.....i like pink!



 samosa



kuih seri muka



sosej roll bercheese








Wednesday, 6 March 2013

Macam-Macam Dessert

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Saja nak menayang menu2 dessert yg penah aku buat supaya bila tgok gambaq2 ni semua akan buatkan aku jd rajin blk nak masuk dapoq.....sbb lani aku adalah pemalas lipaq nak masak. Setakat masak nasi n lauk pauk ja.....cucoq ka, pemanih mulut ka, mmg jarang sungguh nak buat lani. Sapa2 yg nak resepi boleh cari bawah label resepi.



 sagu gula melaka



 puding laici



 puding roti



 coklat



 puding bunga ros



 puding tembikai



 puding rich cocoa



puding karemel (tanpa teloq)









Tuesday, 5 March 2013

Main Angklung

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



Ada yg tatau ke pebendanya angklung ni? Meh sini nak tunjuk.....



 ni lah benda alah yg bernama angklung....diperbuat drpd buluh dan menghasilkan bunyi yg sgt best




 Aku pun sblm ni tatau apa kejadah la angklung ni. Jgn kata tgok, dengaq nama pun tak penah. Tp masa masuk UUM dulu, aku kena pilih nak masuk ko-k (ko-kurikulum) apa n sbb dah tadak pilihan lain terpaksa la pilih angklung ni. Sbb masa tu ko-k lain semua dah penuh, yg tinggal hanya ko-k yg tak glemer mcm gamelan n angklung ni ja. Aku masuk angklung ni pun sbb ikut kwn. Dah masuk baru la tau.....oooo rupanya angklung ni adalah sejenis alat muzik.

Angklung ni ada not2 dia sendiri. Sapa yg nak main kena la pandai baca not. Ingat lg, lagu pertama yg kumpulan aku main dulu lagu Celion Dion, My Heart Will Go On. Sambil main angklung sambil berangan feeling2 cite titanic. Perghh gila bangga masa tu, dr pegang buluh ja....goyang2 sikit terus boleh menghasilkan bunyi muzik lagu2 best. . Mmg sedap la alunan bunyi angklung ni, menjadikan muzik dia lg sedap dr kita dengaq org nyanyi lagu......mendayu2. Lepas tu lagu Siti Nurhaliza, Purnama Merindu. Pun best gila muzik dia.




 lbh kurang mcm ni la kami dlm kelas dulu....masing2 pegang angklung sendiri.


 hat ni mmg terra la leh main semua not sorg2 dia ja....kalu nak sampai tahap mcm org ni mmg kena cekap la, tangan tu kena cepat cari not, kena lak lagu hat muzik dia laju.....jenuh menggagau!





Sapa yg teringin nak tau bunyi angklung ni mcmana leh cari dlm youtube. Aku pun rindu nak dgaq bunyi angklung ni. Ok nak p dengaq lani.....bye!








Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...