Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 1 March 2013

Malam Pesta Muda Mudi

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Ekekeke tajuk kemain lg ober kan! Bila dok kelebek pesbuk tertengok dlm album gambaq2 lama ni. Rasanya ada antara gambaq ni aku dah penah share kat sini masa mula2 berblog dulu. Tp nak share lg sbb aku suka kenangan2 dulu. Best ja rasa masa zaman muda2 dulu.


 kahkahkah aku sendiri nak tergelak tgok gambaq ni. Sila fokus kat perut aku, kecik2 lg perut dah buncit membawak sampai ke tua. Mulut tu tatau la dok sumbat apa. Beza kan aku dgn abg aku, dia kurus melidi ja dr dulu sampai lani. Dr dulu lg semua org kata aku kakak dia adik, cissss! Muka pasrah ja abg aku tatau la pasai apa, time ni tak silap umoq aku dlm 5thn, abg 7thn. Arwah ibu ada lg masa ni.



 hah ni baru nampak muka aku comel sikit. Yg belakang tu tok aku, segak jelita lg dia masa ni tp lani dah tak larat, dok terlentang tidoq ja kat umh. Masa ni tak ingat aku bopa thn, dlm 4thn mcm tu kot. Dulu kecik2 aku dgn abg byk hbskan masa dgn tok, p mana pun mesti dia usung kami sbb dia jakun tadak cucu lg time tu, haha.



Gila buruk muka aku time ni dgn gigi qongaknya. Ni kalu Aqil n Aqif tgok gambaq ni mau aku kena gelak bertubi2 ni. Malu kat depa ja, depa sampai lani gigi dok putih cantik lg padahal dlm gambaq ni umoq aku sama umoq aqil lani, 5thn. Tp gigi dah hbs luruh semua. Aku kecik2 dulu mmg suka kwn dgn budak laki sbb tu aku tak suka pakai baju. Tok kata tabiat aku tak suka pakai baju tu melarat sampai aku darjah 1. Mujoq lg tak melarat sampai sek menengah ka apa....haha



 Ni gambaq kat umh mak lang masa kenduri k.zu thn 1992, masa ni aku darjah 4. Ingat lg dulu2 ayah suka bwk aku buat "rambut karan" tiap kali nak raya. Dah jadi acara wajib dah. Sampai lani cina salon tu kenai aku sbb mmg dr kecik lg aku dok p kedai dia buat rambut. Ni semua keja ayah, konon2 nak bg anak dara dia segak bergaya di hari raya. Sbbkan ghambut karan ni la kat sek kwn2 ejek aku "anak bosnia". Ejekan tu melarat sampai ke sek menengah wlpun masa tu ghambut dah lurus n aku dah pakai tudung. Aku mmg rapat dgn ayah mybe sbb aku satu2nya ank pompuan dia. Bila tgok gambaq ni rasa rindu membuak2 kat ayah. Huhu....sedihnya tatau nak ceghita lagu mana. Al-Fatihah utk arwah ayah.



 Ni pulak gambaq masa form 5 dgn pengetua sek masa tu, Pn.Haminah nama dia kalu tak silap. Gambaq ni masa jamuan perpisahan. Mata aku bengkak bkn sbb teriak ye, tp kena ketumbit time tu. Aku start aktif kat sek lps hbs PMR, jd pengawas, bendahari kelas, setiausaha persatuan....bla bla bla....start ting 4 aku mula ghajin belajaq, sampai ke form 5 selalu ja dpt no 1 dlm kelas. Mujoq juga sedaq nak belajaq, kalu sikap penyegan belajaq masa PMR tu membawak ke SPM mmg tak merasa la aku nak dpt gred 1.



gambaq masa form 6 malaih nak boh kat sini, satgi terpampang pulak gambaq org2 yg aku meluat, hewhewhew. Terus ke gambaq masa UUM. Ni masa mula2 masuk UUM, gambaq kad matriks. Comel lg masa ni, hidung mancung ja....cuba tgok gambaq lani, bukan hidung ja yg kembang.....segala2 hbs kembang semua. Sombong ja kan muka kad matriks aku ni n mmg ghamai yg kata aku sombong kat kelas dulu...kelas ghamai wei beratus2 org, tak kan aku nak ramah tamah dgn semua kot. Mana yg aku kenai aku tegoq la, tak kenai mmg segan sikit nak sembang ghabong.



  Masa ni kat KLIA mai bercuti dgn family aku kat Kola Lumpur. Thn bopa tak ingat tp time ni dah masuk u sbb dlm gambaq ni aku pegang uncang duit (ada logo uum). Dulu2 mmg trademark aku la uncang duit ni, ke hu ke hilir mmg bwk benda alah tu.



 Dr KLIA terus ke port dikson. Uncang duit tetap bersama. Kuruih ja aku time ni, ada sbb pasai apa aku kurus time uum dulu....satgi aku ceghita.



 gambaq ni masa dinner kolej TNB kat hotel sentosa, aloq star. Sebelah kanan, rumet aku k.sya n sebelah kiri tu gee, jiran sebelah bilik. Dlm gambaq ni jerawat batu penuh muka sbb time ni aku tgh galak tahap melampau, kahhhh!



 ni thn 2002 kat tganu mai bercuti dgn family. Budak kecik dlm gambaq ni adam, anak paksu aku. Lani dia dah darjah 6 pun. Time ni tgh lepak2 kat dataran syahbandar kebetulan ada 2bijik bas UUM parking kat situ. Nampak mcm aku mai rombongan UUM lak. Perasan tak uncang merah dah bertukaq biru, tp tetap jugak bawak uncang!



 Uitttt muda jelitanya aku masa ni, kahkahkah. Gambaq kat umh family angkat di melaka. Mmg kuruih aku time ni, 1st time pakai kebaya....hohoho. Hah ceghita mcmana aku blh kuruih masa UUM dulu.....masa buat medical chekup kat klinik UUM masa mula2 masuk sana dulu, hasil dr checkup tu doc bgtau protein dlm urin aku tinggi, kencing kotoq bla bla bla n kalu biaq blh melarat p ke buah pinggang (ada aku stori pasai ni dulu tp malas nak cari link tepek sini). Start dr situ la aku jd takut, aku tak mkn nasi, tak mkn benda2 yg ada protein tinggi. Kesan dia, berat aku turun bykkkkkkkk sgt hampir2 20kg aku rasa. Cuba lani suh aku diet mcm tu tak mkn nasi, mau kelupuq sawan kot....haha



ni la kwn sesetan aku masa kat hostel dulu. 1 blog kolej TNB tu rasa2nya meluat dgn kami dua, haha. Aku mmg tak leh jumpa dgn milia ni, makin menjadi2 perangai setan aku kalu dok dgn dia. Aku tak berani buat jahat sorg2 tp kalu ada dia....mmg naik tanduk la aku. Milia ni org padang besaq,sora dia kuat tak padan dgn badan haluih. Perangai2 setan kami penah jugak aku ceghita dlm blog ni, sapa nak baca pandai2 la cari sendiri.



Kat melaka dgn amy, budak sabah. Time ni fakulti aku buat program apa tah p melawat kolej yayasan melaka.



dgn mekda kat bukit cerakah, kl (perhatikan uncang merah di tangan). Time ni aku suka hasut mekda jd setan mcm aku jugak, huahuahua. Kami p kl berdua ja naik bas meronda sampai ke tanjung malim, gila punya berani masa tu.



tgok gambaq ni....teringinnya aku nak kuruih mcm ni tp bila thn la blh dpt badan mcm ni blk. Harapan hanya tinggai harapannnnnnnn.....



tak boleh blahh gambaq ni. Muka aku nampak suci ja, muka mcm budak baik....padahal suka sgt pedajal org, wakaka.



Nahhh 4 tanduk setan kat kepala milia, belakang dia tu anak setan. huahuahua. Dulu2 bilik aku n k.sya selalu jd port jiran2 lepak....sini la tempat kami bergosip, tgok cd, makan ghamai2. Berani depa tamau mai bilik aku, aku p gegaq pintu bilik sekoq2.



masa cuti sem 2 ada kursus MUET. Ni la muka2 yg tak leh blk time cuti. Masa ni kami 4org mmg rapat, k.long (sebelah aku) n zana (tudung putih) mmg 1 course dgn aku k.ngah (duduk) ja budak akaun. Time ni pun kami gila2 jugak, maklom la boring kena p kursus time cuti.



auuwwww muka cari market ni, kehkehkeh. Masa ni sem 1@2 (berdasarkan gambaq bilik). Ohhhh rindunya kat bilik ni, bilik ni bilik pertama yg aku dok setelah bertahun2 dok bwh celah ketiak mak ayah. Bilik ni la jd saksi aku dok teriak mlm2 masa mula2 masuk UUM dulu, nyaris2 nak berenti mengaji dulu sbb tak besa dok jauh dgn family.




gambaq masa konvo thn 2005. Sedih ja tiap kali tgok gambaq konvo aku, tadak pun muka mak ayah kat sini sdgkan aku nak dptkan ijazah ni utk depa. Masa ni aku pun berbelah hati sama ada nak p konvo atau dak sbb ayah tgh sakit teruk kat ICU masa ni. Seb baik ada chenta hati masa tu (en.khai) yg rajin bg kata semangat. Dia, abg, bon, husin n family paksu ja yg ada masa aku konvo.



Gambaq raya thn 2005 kat perak. Time ni badan aku dah gemuk blk sbb tgh bahagia dok kat umh asik la keja mkn ja. Gemuk....gemuk....dan terus gemuk sampai lani. Dlm gambaq ni nak renyeh lbh2 pun tak berani takut mata terpejam, pipi tembam sgt.




Adoiiii la serius rindu kenangan2 lama....zaman muda mudi yg tak mungkin akan berulang kembali. Betapa manisnya kenangan2 itu.......








3 comments:

-cinta soFiaSafiya- said...

baca ENTRYni..sambei dengaq lagu kat bloq nida......adeoiiiiiiiiiii

mengamit memori...rs mcm nak belari pantas dapatkan balik sume kenangan tuh :(

aini hazrina said...

part bawak uncang tu teringat memori lama...memang zaman tu pemes dengan benda alah tu...
berlambak-lambak beli lain-lain kaler sebab nak match dengan baju yang di pakai time tu....hehehehe

Mimy Hamid said...

ina aku nak cakap ko cantik..ok dah hihih..tulus ikhlas dari ku bye

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...