Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 18 April 2013

Bila Abg Umaq Masuk Dapoq

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Hoiii apa ni sejak dua menjak ni kemain melampau lg tahap kemalasan kak ton nak update blog. Asal buka ja blog, baru nak taip ja terus close blk. Byk ceghita nak gebang kat sini tp mood nak berceghita tu yelek! 

Bila tah time aku tak sihat ritu, en.khai dgn rela hati mengofferkan diri nak masuk dapoq buat nasi goreng. Gila bangga kak ton wei, 6thn dah kawin baru ni pestime en.khai a.k.a abg umaq buat nasi goreng. Sblm ni kak ton besa jugak mkn ayaq tangan abag umaq tp takat megi je la dia mampu buat pun.



 sian en.khai tak pasai2 kena jd abg umaq pulak. Ehh haruslah kan, bini kak ton laki kena jd abg umaq la. Harap2 tadak sapa yg bernanah mata tgok abg umaq kak ton seksi kemain kat dapoq. Amboii bang umaq, perut dah sama saiz kak ton dah ni. Baguih, tu tandanya kak ton pandai jaga...hakhakhak.



Tarrrraa....siap dah nasi goreng abg umaq. Nama menu ni, nasi goreng 1 jam pasainya abg umaq masuk dapoq koi 9 tp koi 10 baru siap masak. Amboii buat nasi goreng je kot, kalu kak ton suh buat siakap 3 rasa tah2 3 hari baru siap kot? Kak ton rasa semulut, sedap....bau dia kemain wangi lg,gabungan bawang putih+cili padi, pandai laki kak ton masak. Tp abg umaq berkali2 kata tak sedap, dok puji kak tok masak sedap lg....elehhh mcm kak ton tatau trik dia tu, saja tamau mengaku dia boleh masak takut nanti2 kak ton suh dia masak lg....motif sgt!











Wednesday, 10 April 2013

Ikan Bakar Kuala Perlis

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Lama ceghita ni tersimpan dlm draft. Byk benda nak ceghita tp mood langsung tak mari. 2-3hari ni keadaan kesihatan tak begitu memuaskan, asyik terjelepok lena ja. Lemah sungguh rasa badan, dgn meloya, muntah, pening semua ada. Tp toksah la dok speku2, aku baru lps ABC ja, tadak maknanya nak peknen. 

Lepas blk dr jalan2 dannok tu mmg plan dr umh lg nak melantak ikan bakaq kat kola perlis. Tp merata kami memusing cari kedai lama yg penah aku mkn masa study kat uum dulu, tak jumpa pulak kedai dia tang mana. Kol kak long tak dapat, terus watsapp fiza tanya lokasi kedai tu. Nak dijadikan rezeki, fiza ajak mkn kat komalaut....dia nak belanja. Kecik tapak tangan, 1 kola perlis kak ton tadahkan, hakhakhak. Ehh kemain lg kwn2 aku panggil aku kak ton lani, comeiiiii kan kak ton? Puihhhh!



Dataran ikan bakaq yg baru, yg lama dah tadak.



Mak hencik dgn pak hencik yg bermurah hati nak belanja....makasih daun keladi, pasni sila la belanja lg, haha.



si hadiff haikal yg boleh tahan "peluru" mcm abg aqil n aqif.



Mangsa2 yg dirakuskan pd hari kejadian....meh kak ton perkenalkan satu2....



Mcm biasa, kailan ikan masin n siakap 3 rasa



Sotong goreng tepung, temenung bakaq n sup ayam



Tukang belanja mkn tak tera mana pun, malu lak kak ton nak pulun lbh2. Sudahnya byk makanan yg tak hbs, kak ton suh tukang belanja amik bwk blk.



kak ton dgn cikgu fiza emilia, antara kwn rapat kak ton masa uum dulu. Kami sama2 masuk maktab pd tahun yg sama tp tadak rezeki kak ton nak jd cikgu mcm fiza.










Wednesday, 3 April 2013

Jalan-Jalan Danok,Thailand

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Lama nau rasa tak p jln2 hujung minggu. Kalau tak silap, dr bulan 12 thn lps en.khai tak penah cuti langsung wlpun hari jumaat....keja 7hari seminggu. Dasat sungguh, laki sapa tatau rajin sgt ni....kehkehkeh. Jumaat baru ni tiba2 dia rasa kesian kat anak bini, cuti sekolah tp tak bwk ank p jln2. Lalu diajaknya kami bercuti ke luaq negara....luaq negara habaq hg, padahai p siam ja pun....wakaka.

Border pass mmg lama dah buat sejak2 plan nak p hatyai ritu lg, tak buat pasport pun sbb dok kedah ja kan...pakai border pass sudah. Mulanya plan nak p hatyai jugak wlpun berani2 takut nak p sendiri tadak geng, tpnya tak plan pun nak tidoq sana...nak p blk hari ja konon2. Tapiiiiiiiiiiiiiii....elok sampai kat aloq staq baru en.khai teringat tak bawak geran keta! Takkan nak patah blk amik kot....boleh ja nak patah blk pun, tp patah blk terus la pakai dok diam2 kat umh je la pastu.

Singgah changloon tanya pasai teksi nak ke hatyai, rm80 sehala tp dia p tinggai kita kat sana nanti pandai2 sendiri la nak ronda2 hatyai n cari teksi blk sini. Hoiii baik tak payah, dah la tempat tak besa p. En.khai kata tunggu cuti sek bln 5 nanti dia ajak kazen dia mai sama2, senang sikit sbb depa dah besa sampai hatyai. Ok, akan ku tuntut janjimu ittew sayam. Sudahnya ke dannok saja la kami hari tu, tinggai keta kat kompleks bebas cukai bukit kayu hitam (sbb tak bwk geran keta tak boleh masuk dgn keta ke dannok) pastu sewa teksi masuk sana. Rm10 utk perjalanan yg sgt2 dekat....kentut pun x sempat hbs lg dah sampai, tak berbaloi. Kalau tau baik jln kaki ja.



 Menyampah tiap kali nak snap pic en.khai, dia cukup benggang kalu tgok aku pegang fon@kamera nak tangkap gambaq dia. Pastu buat2 la pegang hidung la, buang taik mata la....punya tamau org amik gambaq dia, cuba tgok bini kat sebelah tu.....selamba derk ja perasan segak tiap kali bergambaq, panggggggg!



 pukoi 3 lbh baru sampai sini, tgh panaih lit-lit masa ni...cubaan snap pic dr dlm teksi.



 sampai2 pekan danok, terkam kfc dulu sbb ank2 burung nak mkn eskrim. Tp sygnya eskrim hbs time ni.



 tp jumpa benda alah ni....percaya dak, aku tak penah jumpa lg tart teloq ni kat mana2 kfc di sp@penang. Lama dah dok cari sbb nak tau rasa dia lagu mana, apa lg terus menggedik beli. Kesian....baru 1st time rasa, tp mmg sedap gila....nanti kalu mengidam mcmana?kena mai beli kat danok la kan??kuikuikui....alasannnnnnnn.



 pastu jumpa eskrim juai tepi jln....eskrim siam pun siam la janji dpt mkn eskrim, 2bath satu cawan.



 pelik ja eskrim kat danok ni...ada letak pulut, buah jambu n roti. Tatau la rasa apa sbb aku tak gamak pulak nak rasa, tgok pun tak lalu. Tp hbs lincin ank2 burung aku balun.



 lepak tepi jln ja sambil layan budak2 hbskan eskrim....lepak ala2 pelancong luaq, kahhhhhh.


 kwn aku kata dah ropa model siam aku bergambaq mcm ni....kojaqqq lettew!



 Danok ni pekan dia kecik ja, mcm pekan koboi ja. Brg2 pun lbh kurang mcm yg ada kat padang besaq n wang kelian tp lbh kpd kain baju, buah2 n brg mainan...periuk belanga tak nampak pulak ada juai. Yg best, urusan juai beli boleh lg kalau nak guna duit malaysia....senang keja, kami tak tukaq duit sana pun.









 Pak hencik yg kepenatan mengepung ank bini yg tiba2 sawan bila nampak brg2 shopping. Tu dok cekak pinggang tu nak warning aku la tuh jgn lupa diri time membeli....tadak maknanya okeh, bini dia buat2 tak paham ja....haha kuang asam punya bini.



 Sepanjang jln byk gila org juai puluit hayam ni. Nampak sungguh menyelerakan tp sygnya....aku tak lalu nak mkn.



 Blk tak sewa teksi pun, jln kaki sudah. Ala dekat sgt, lps pada imegresen dpn tu terus jumpa kompleks bukit kayu hitam tempat kami parking keta. Melenggang ja en.khai dgn ank2, aku kat belakang kemain lg kena angkut brg2 shopping.



Imegresen....kena cop border kat sini.





Tu je la pun cerita jl2n kami ke obersea(obersea la sgtttt,ober ja yg lbh)....puiiiii!











Tuesday, 2 April 2013

UUM Aku Datang.....Lagi

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Lama sgt rasanya tak jejak UUM. Dulu sblm dok kl rajin jugak menyinggah sana kalu p perlis. Lps pindah blk sini dok mai perlis pun tak penah singgah. Kebetulan jumaat baru ni en.khai bwk jln2 ke Danok (nanti cite lain episod) sbbkan bertolak dr umah pun dah lewat n dia nak singgah solat jumaat, aku amik la kesempatan ajak dia singgah tempat mengaji dulu. Lepak2 kat sana sampai dia selesai solat.







Ada 2thn kot aku tak masuk UUM. Byk sgt dah yg berubah....penuh dgn bangunan2 baru. Kolej semua pun dah lawa2, boh cat baru. DKG (dewan kuliah gugusan) pun dah tukaq jd DPP (tatau maksud apa). Paling sayu, fakulti aku dulu pun (fakulti sains kuantitatif) dah ada bangunan sendiri. Dulu masa zaman aku study, kena kongsi bangunan dgn fakulti lain.




Stop mkn kat cafe kolej Proton. Huhu, nostalgia sungguh cafe ni. Aku ni nama ja dok kolej TNB tp hari2 menapak mkn kat cafe kolej len. Masa pindah dok luaq dulu pun (bukit kachi) time mkn tetap jugak cari cafe kolej proton. Sbb cafe dia mmg terbaik, sedap n plg penting sgt2 murah. Apa yg plg mengejutkan, setelah lbh 8thn aku tinggai UUM...tokey cafe masih lg org yg sama.






Rindu sgt kat kolej TNB ni. 2thn aku menetap di sini, byk kenangan suka duka aku kutip kat sini. Teringat kenangan main mercun masa bulan posa, teringat time kena ligan dgn pakcik UK, teringat kisah2 percintaan dulu....adoiii sebak pulak rasa. Mana nak boleh ulang dah semua kenangan2 tuh, hanya terpahat kukuh di ingatan ja.....jugak di hati.








antara fakulti2 baru...






UUM tunggu....nanti aku dtg lagi!!










Monday, 1 April 2013

Kisah Tetamu Datang....

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Khamis yg lalu rumah aku riuh rendah dgn kehadiran tetamu. Lama sgt rasanya tetamu tak bertandang. Lama jugak aku tak buat mkn2 jamu kwn2. Mood penyigan masih berleluasa. Tp sbbkan org nak dtg umh, tak kan pulak aku tak bg nak mai kan....tak baik oooo dok cipta alasan laki tak suka org mai umah padahai takut org tau keadaan umh sebenaqnya lagu mana....ehhh melalut dan terpesong pulak ceghita aku....opssss maaf kalu ada yg terasa, kalu nak terasa jugak sila amik sorg sikit, hewhewhew.

Alkisahnya makcik jiran lama dulu merangkap mak angkat aku nak bwk ank dia, k.linda mai umh sempena k.linda blk cuti skul ni. K.linda ni dok mutiara damansara, dulu masa dok kl dia ghajin la mai umh aku pun rajin dok p umh dia ajaq buat eskrim la, karipap pusing la pastu ajak dia p shopping kat ikea sbb umh dia dgn ikea tu jln kaki pun sampai tp penat la sikit kalu nak jln.

Tatau nak masak apa, kebetulan aqif dok berzikir nak mkn laksa....alang2 aku buat laksa je la. Pastu masak nasi n lauk simple2 ja.



Tetamu tgh pulun balun laksa. Aku tabik spring toing toing kat k.linda ni, drive blk dr kl dgn ank2 dia ja sbb laki dia tak leh cuti. Dah la ank2 dia 3 org hero semuanya baya ank2 aku ja....dr kl-sp bopa jam wei, aku yg dok blk sendiri ke kg yg sekangkang kera (tipuuu) tu pun puas menjerit2 dlm keta dgn budak2 ni. Mmg gigih la dia leh drive jauh2 dgn ank2 ja. Jiwa mmg betoi2 kental ni.



Nida (geng blogger) tetamu kedua yg sampai. Alang2 dia ada keja kat sp ni dia kata nak singgah solat kat umh aku. Kiranya ni tetamu terjah, last minit baru habaq nak mai. Kelam kabut aku masak  sampai melecoq tangan kena minyak panas. Ehhh aku ni mmg jenis tak blh buat keja kelam kabut, mesti ada benda yg tak kena nanti. Tgok tu, dlm berkain telekung baru sudah semayang pun dan lg nak bergambaq.





Menu simple ja utk dinner....ayam masak merah, kangkung goreng belacan, rendang asam udang n teloq bungkus. Tu ja yg sempat masak.





Lepas ni aku plan nak masak lauk2 kg pastu panggil kwn2 mai lunch kat umh. Buat pot luck pun best jugak. Tp kena tunggu roh rajin meresap dulu la....haiiii la roh rajin, hg terbang p mana ni cpt2 la blk!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...