Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Monday, 27 May 2013

Donut gebu dan lembut

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Dah lama kak ton dok cari resepi donut yg best tp selalu yg dpt tu asik la x memuaskan hati bila buat. Baru2 ni masa kat kg, jiran mak bg donut. Donut dia humakkkaiii sedap banget deh, bila terlampau sedap mmg akn keluaq sleng indon. Bila gigit donut tu, kulit luaqnya ranggup tp isi dlm tu lahaiiiii lembutnya la...lps mkn donut tu laju2 kak ton p umh jiran tu bwk pen n kertas.

Sharing is caring, jom tgok resepi dia....simple n mudah tp dijamin puas hati.


Bahan-bahan:
3 biji ubi kentang (anggaran sebesar telo ayam) - direbus n diblend
1 sudu kecil yis - dibancuh dgn 1/2 cawan air
3 sudu besar marjerin
3 sudu besar susu tepung
secubit garam
1 1/2 cawan tepung gandum (cap sauh je, brand lain dikhuatiri tak lembut)


Cara-cara:
- campurkan kesemua bahan n digaul sebati
- uli hingga adunan tak melekat di tangan
- bulat2kan sebesar cekodok n biarkan dia mengembang 2x ganda (dlm anggaran sejam)
- bila dah mengembang, buat lubang di tengah n terus goreng dlm minyak yg panas menggunakan api slow.




donut gebu ataupun ank burung kak ton sebut kue taya beskat



SELAMAT MENCUBA









Thursday, 23 May 2013

Apam Gula Hangus

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Lama nuu kak ton tak share resepi kat sini. Hari ni nak share resepi apam gula hangus atau kak ton sebut apam malaysia ( 1 malaysia pun boleh) sbbnya dua tiga menjak ni angin nepal dah mai, so kak ton jadi ghajin tak ketahuan punca. Ghajin sungguh masuk dapoq lani, cuma nak update blog ja yg masih segan lg. Jom kita intai resepi.....


Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  •  
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air, kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter, kisarkan lbh kurang 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 



 kak ton kukus dlm acuan seri ayu supaya apam2 ni kelihatan comel seperti kak ton....tgok apam kak ton, comelllll kan?wakaka....ehh tp serius, best apam ni sbb lembutnya lahaiiiii...




 SELAMAT MENCUBA






Tuesday, 21 May 2013

Cerita Basi Sebasi-basinya.....

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Hamboiiii sejak2 jadi kak ton ni kemain melampau lg malas nak menulih blog. Dekat sbln dah tadak entry baru, seblm ni semangat ja dok cerita ceretet taikmatapenuhpoket hari2 kat sini. Tatau la angin penyegan ni mai dr mana....nak kata bz dak jugak, ada ja aku dok kelebek laptop ni hari2 buka pesbuk. Tp nak buka blog ja tak bopa nak semangat dah, baca blog org pun dah jarang2 lani.

Tudiaa aihh lama tak merapu jadi tak reti pulak mcmana nak karang ayat. Sblm kak ton merapu lg laju jom layan gambaq sambil kak ton cerita serba sikit sekitar majlis persandingan 2 rakan blogger kak ton 2bulan yg lepas. Gila punya lama baru nak gebang, tah2 pengantin pun dah mengandom.




majlis resepsi geng ikan kerapu shu shinju atau nama barunya cik embun dgn fairuz di penghujung mac. Depa ni nikah bulan 1 ritu cuma majlis persandingan di buat masa cuti skul hujung bln 3. Majlis dilangsungkan kat dewan tapak eksp seb jaya. Aku jadi org bujang ritu, p kenduri sorg diri sbb en.khai keja, dah laki tadak tobat la aku nak bwk ank2....satgi pakai dok lawan ligan ank ja dlm dewan.



tudiaa kak ton tak menyempat2 nak amik gambaq pengantin. Tersedak pengantin tgh layan mkn beradab.



sbbkan kak ton solo, nida a.k.a kak melah pun solo jugak ritu maka kami berjanji p sekali. Lawa kan busana pengantin merah ang ang ni, tak selalu jumpa pengantin berani pakai baju kala menyerlah mcm ni. Sekali sekala tgok mmg cun. Tp lawa la sbb pengantin dua2 pun cerah kulit, buatnya kalu aku n en.khai yg pakai mcm ni??malas nak jwb....



 selang seminggu lps majlis cik embun, berlangsung pulak majlis titin a.k.a kak bedah di dewan LPKK kepala batas. Hebat2 kenuri lani, semua pakai buat kat dewan ja. Kenuri ni pun en.khai tak ikut jugak sbb keja, ateeee dah kenuri hari ahad mmg la dia tak leh nak ikut sbb dia cuti jumaat ja tp sapa pulak nak buat kenuri hari jumaat kan dah org len semua pakat keja....tp best jugak dia tadak, lupa diri sat bini dia pulun gelak tak hengat bila jumpa geng2 ikan kerapu ni.



 pengantin dgn busana putih+pink....alololo omel2 dah la kala peberet kak ton



 yezzzaaa....semua hepi n buat gila atas pelamin, mujoq ja pelamin tak runtuh



 kak ton dgn pengantin seminggu masa ni, cik embun



 abg khai tadak, dgn adik khai pun jadik. Bersama khaira a.k.a kak senah. Kemain klasik kan nama geng2 kak ton ni.












sori kak bedah, kak ton cilok gambaq ni kat pesbuk kak bedah. Baju kunin ni masa kenuri umh pengantin laki, pun lawa gila baju ni.




Nak ucap selamat pengantin baru pun mcm dah terlambat sgt kan?apa2 pun kak ton harap cik embun n kak bedah sentiasa dibawah payung kebahagiaan.....semoga suami2 kalian sentiasa membahagiakan kalian, semoga sentiasa sabaq, kuat n tabah mengharungi dugaan2 berumahtangga. Dan semoga sentiasa menjadi isteri yg mithali....












Friday, 17 May 2013

Selamat Ulangtahun Sayang.......

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Hari ni 16mei genap sudah 3 thn usia ank bongsu kesayangan MUHAMMAD AQIF RAYYAN....ehhh bongsu ker?hehe....dah 3 thn aku tak peknen, serius rindu gila nak peknen lg wlpun bermcm dugaan aku tiap kali peknen tp manisnya saat mengusung perut tu, hanya org yg besa lalui ja yg tau mcmana bestnya. Besaq mana pun dugaan, bila keluaq seketoq budak kecik....hilang lenyap sudah segala susah payah time peknen dulu tu. Semoga Tuhan murahkan rezeki aku utk mengandung lg lps ni.

Dah byk kali aku ceghita kisah2 sedih aku time peknen n bersalinkan aqif dulu....mcmana aku bertapa kat hosp berbulan2, mcmana si kecik tu lahir dgn berat 1.6kg....saat2 penderitaan dia kat NICU....semuanya ada dlm entry2 lama, malas nak ulang2 blk nti aku jd sebak, huhu. Apa pun aku besyukur sgt aqif membesaq dgn sihat dan sempurna skrg ni.

Aqif di usia 3thn ni.....mcm2 perangai dia dok ada. Kdg2 sgt menguji kesabaran, kdg2 sungguh mencuit hati. Dah petah berkata2, akai mmg jenuh. Kdg2 aku gelak terbahak2 tgok teletah dia tp kerap jugak aku menjerit geram bila mai sheik dia. Sbbkan dah 3thn pun dia tadak adik lg, so dia tersgt2 la manja. Jenih tak boleh kena marah, satgi hbs lengan aku lebam kena cubit. Kesukaan dia lani, kacau mama berwechat. Suka sibuk nak wechat jugak dgn kwn2 mama, ayat dia yg plg pemes dlm wechat....."hai kwn2 kak ton, saya anak kak ton"....haha.



 budak tak cukup bulan....kecik cenonet lahaiii
























 ahad baru2 ni keluaq dgn FIL celebrate besday aqif sekali dgn besday tokwan n uncle dia. Oh ya, hepi besday jugak buat abah yg genap usia 58thn kemarin. Wahh besday selang sehari ja dgn cucu. Patut la aqif rapat n syg kemain dgn tokwan, berkongsi besday selang sehari ropanya.



 potong kek sama2 dgn tok wan, uncle malu nak interprem. Aqil mula2 tu kalut jugak nak potong sekali tp terbantut lps kena jeling dgn kak ton, haha.






Hepi besday my sin chan....semoga anak mama diberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan usia, dilindungi dan diberkati. Semoga membesar menjadi anak yg soleh dan beriman, berjaya dunia akhirat. Terima kasih Allah krn meminjamkan ank ini kpdku, kau limpahkanlah kesabaran kpdku utk mendidiknya dgn sempurna....semoga aku dpt menjadi ibu yg terbaik buatnya.


*patutnya entry ni dipublish kemarin tp tah mcmana aku silap setting*





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...