Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 23 May 2013

Apam Gula Hangus

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Lama nuu kak ton tak share resepi kat sini. Hari ni nak share resepi apam gula hangus atau kak ton sebut apam malaysia ( 1 malaysia pun boleh) sbbnya dua tiga menjak ni angin nepal dah mai, so kak ton jadi ghajin tak ketahuan punca. Ghajin sungguh masuk dapoq lani, cuma nak update blog ja yg masih segan lg. Jom kita intai resepi.....


Bahan-bahan
  • 1 cawan gula pasir*
  • 1 cawan air panas*(*jadikan gula hangus)

  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 2 sudu besar marjerin/butter
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 sudu teh soda bikarbonat.
  • 1 1/2 cawan tepung gandum.
  •  
Cara-cara
  1. Gula dihanguskan kemudian dicampurkan dengan air, kemudian sejukkan
  2. Didalam blender masukkan telur, susu, minyak dan marjerin/butter, kisarkan lbh kurang 3 minit
  3. Masukkan gula yang telah disejukkan tadi bersama-sama soda bikarbonat dan dikisarkan lagi.
  4. Akhir sekali masukkan tepung dan dikisar lagi sehingga sebati.
  5. Kukus adunan tadi di dalam loyang yang telah disapu dengan minyak masak selama 45 minit.
  6. Boleh juga menggunakan acuan mangkuk plastik...kukus dlm 15 minit.
  7. Sekiranya adunan nampak cair bolehlah ditambah sedikit tepung agar apam tadi tidak mendap dan basah dibahagian bawahnya. 



 kak ton kukus dlm acuan seri ayu supaya apam2 ni kelihatan comel seperti kak ton....tgok apam kak ton, comelllll kan?wakaka....ehh tp serius, best apam ni sbb lembutnya lahaiiiii...




 SELAMAT MENCUBA






1 comment:

nylezz said...

sedap nyee.. hantaq mai sini sket.. hehehe
lama xmakan apam gula hangus nie..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...