Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 16 July 2013

Resepi Butter Prawn

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Salam 7 ramadhan utk semua. Tudiaaa, dah seminggu posa hari ni baru nak wish. Mood berblog masih ke laut, ni update pun sbb nak kongsi resepi butter prawn, ada yg minta. Aku buat butter prawn ni 2 hari lps utk juadah berbuka. Jom cekidaut resepi.








Bahan-bahan :
udang - ikut suka byk mana
2 sudu butter
3 biji kuning telur(lagi byk lg best)
sedikit daun kari@daun limau purut
sedikit cili padi
serbuk kunyit
garam
putih telur
tepung goreng kfc
minyak utk menggoreng

Cara-cara:
- Lumur garam kunyit kat udang, gaul dlm putih telur dan gelekkan dlm tepung goreng kfc, goreng sehingga masak. Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari@daun limau purut & cili padi.Gaul seketika sebelom diangkat. Bila dah masak, ketepikan. (kalu nak goreng boh garam kunyit saja pun boleh)
 -Dengan menggunakan minyak yg sama, masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas. Sementara tu, kacau2 kuning telur bagi rata.
- Matikan api bila minyak betoi2 panas. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garpu...tuang perlahan2 telur dlm jarak yg tinggi (supaya dpt struktur teloq kirai halus2) sambil tgn kanan mengacau (dgn garpu) dlm bentuk pusingan (kacau cepat2). Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dan tapis utk membuang minyak berlebihan.
**lebihan teloq putih aku buat benda yg sama jugak, sayang nak buang*



 SELAMAT MENCUBA





 

Friday, 5 July 2013

BBQ Bersama BFF

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Ni kali ke-2 aku berBBQ bersama my BFF zana kat bawah penang bridge. Last minit punya plan ni, mula2 tu ingat nak shopping baju raya kat QB mall pastu nak singgah umh zana kat bukit jambul. Sekali....mcm2 pulak halangan masa otw nak ke penang tu, sudahnya tak jadi pun nak shopping baju raya. Sampai umh zana pun dah maghrib, tepon aku lak bateri kong....no fon dia lak tak ingat, alamat umh lg la aku tatau sbb zana dah janji sampai nanti dia nak turun amik kat bawah. Sekali.....bateri mati, mcmana nak kol habaq kat dia kami dah sampai? Aku dok bajet mmg xdak rezeki la nak jumpa dia wlpun dah sampai bawah kondo dia, dok terbayang2 ayam yg aku perap ada dlm keta tu....uwaaaaaaaaa!

Pastu try buka sim kad aku masuk dlm fon en.khai. Sekali masuk miskol dr zana n awie, laju2 aku kol depa bgtau kami kat bawah. Awie turun nak jemput, sekali.....en.khai dgn ank2 burung pulak hilang!! Arghhhh letih dah aku, mcm2 ujian nak sampai umh zana ni. Sudahnya aku naik umh dia, suh awie cari en.khai n ank2. Lama jugak proses jejak kasih tu, bila dah jumpa kami suh awie n en.khai tunggu kat bawah ja, aku n zana turun bwk brg2 sbb kak ida (kak zana) dah otw p tempat BBQ.





mcm2 menu ada mlm tu, punya melantak sampai perut sengkak! Aku bawak ayam n sosej utk BBQ, lompat tikam utk dessert dan jugak deriyan amik kat kg masa otw nak p penang tu. Kak ida bawak kuih muih, bihun goreng n kopok, mak buyong zana lak mcm2 dia bawak. Ada roti jala, kari ayam, nasi, daging masak kicap, sambal sotong n sayoq campoq.





pemandangan kat sini waktu mlm mmg walaweh cantik! ramai jugak yg berBBQ mlm tu





anak2 burung makan bihun sampai 2 pinggan! mmg peberet depa la bihun goreng


pak ndak awie yg rajin n gigih nyalakan api nak BBQ....urusan bakaq membakaq mmg awie la yg handle semua, tq pak ndak!






 mak buyong dgn anak2 buah








Best sgt bila sesekali berkelah n dpt bersantai mcm ni. Mlm tu sampai umh dekat2 koi 1 pagi. Kami konvoi dgn zana n awie sbb depa terus blk kg kat jitra mlm tu. Lepas raya ni plan nak berkelah n BBQ lg kat pantai pulak.










Thursday, 4 July 2013

DAGING MASAK KICAP:Simple Tapi Sedap

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Amboii tajuk dah ghupa pantun 2 kerat dah, hehe. Kemarin ada up dlm pesbuk gambaq daging masak kicap yg kak ton buat pastu adik2 kerapu minta resepi. Alolo anje sgt tau adik2 kak ton ni. So, utk kak tijah n cik embon yg sgt sukakan daging.....nindia resepi utk hgpa.


 mcm biasa, wajib tayang gambaq sbg bukti. Ni gambaq lama, rasanya masa dok keyel dulu sbb letak dlm pinggan plastik....maklom la masa merantau dulu mana bwk pinggan kaca sebijik pun. 



ni gambaq kemarin



Resepi ni versi bonda kak ton, mmg sgt2 senang nak buat. Yg bestnya, tersangat la sedap. Ayaq tangan bonda kan, mesti la yg terbaik di dunia.....


Bahan2:
Daging lembu (hentam saja la bahagian apa pun. Nak lg sedap campoq dgn hati atau paru)
Ubi kentang (1@2 bijik)
Bawang besaq (1 labu)
Bawang putih (4-5 ulas)
Halia
Cili Padi
Air asam jawa
Gula n garam
Minyak (dlm 2 sudu)
Kicap


Cara2:
- Rebus daging bersama air, garam n kunyit sampai empuk. Kalau air kering boleh tambah air.
- Bila daging dah empuk, masukkan ubi, halia dan bawang putih.
- Masukkan kicap dan gula.
- Masukkan cili padi
- Masukkan air asam jawa
- Masukkan bawang besar dan minyak


SELAMAT MENCUBA






Wednesday, 3 July 2013

Aiskrim Horlick Crunch Versi Kak Ton

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Halooooooooo.....bertemu lg kita dlm sinar kasih khairina. Mood masih lg malas nak berblog tp atas permintaan, kak ton gagah lah jugak menulis sepatah dua....sepatah dua la sangatttttt!haha

Sembang banyak pun buang masa ja, kali ni kak ton nak share resepi eskrim horlick crunch ala2 mekdi punya, tadak la sama dan serupa tp sedap tu semestinya. Cewahhhhhhh.....

Resepi ni tak amik kat mana2 pun, just try n error. Bila mkn eskrim mekdi kak ton kunyah (ehh kunyah ke?) pelan2 sbb nak menghayati apa bahan yg ada dlm eskrim tu pastu blk try buat kat umah. Alhamdulillah percubaan pertama menjadi....jom intai resepi....


 ni masa 1st time buat....buat 1 adunan sbb ada tetamu nak mai umh, 1 adunan mmg boleh byk ye, penuh esbox....



ni kali kedua buat.....buat 1/2 adunan sbb nak mkn anak beranak ja, kang byk2 jenuh mabuk eskrim pulak




Bahan2:
1 tin susu pekat
1 tin susu cair
1 tin air masak (boleh lebihkan lg 1/2 tin kalau tamau eskrim manis sgt)
2sb ovalette
esen vanila
horlick (ikut suka nak letak byk mana, lg byk lg sedap)
nestum 3 in 1 (pun ikut suka nak letak byk mana) - kak ton letak 5 bungkus
cornflakes (ikut suka nak letak byk mana) - digoreng tanpa minyak dan diramas
*kalau nak buat 1/2 adunan just kurangkan bahan2 di atas 1/2 dr sukatan asal*


Cara2:
- masukkan susu pekat, susu cair, air masak, ovelette n esen vanila dlm bekas. Pastikan guna bekas besar ye sbb nanti adunan akan naik 2-3kali ganda.
- putar (guna mixer) sampai adunan gebu, pekat, likat dan memikat. Time putaq ni kena sabaq sikit la, sbb agak makan masa jugak nak tunggu adunan dr cair kepada likat. Guna speed plg laju sekali ye.
- masukkan horlick n nestum dan digaul rata
- last sekali masukkan cornflakes dan sejukkan.


Kalau nak try eskrim perisa lain boleh rujuk resepi DI SINI




SELAMAT MENCUBA







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...