Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Thursday, 29 August 2013

Cerita Open House Raya 2013

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Seperti yg dirancangkan, pd hari sabtu 17/8 bersamaan 10 syawal berlangsungnya majlis rumah terbuka sekaligus meraikan majlis ulangtahun kelahiran anak2. Besday adik 16/5, besday abg 14/10 (14 syawal), maka utk menjimatkan kos marilah buat majlis serentak, sekali dgn open house....penjimatan berganda! muahaha....Alhamdulillah, sejak berkahwin 7kali raya dah kami dok buat open house tiap2 thn, harap2 thn dpn kalau dipanjangkan umoq, disihatkan tubuh badan boleh la buat lg.

Khamis tu awai2 pg aku dah blk kg amik mak. Pastu p kuala muda, penaga beli ikan. Kat sini la org dok bisik2 utk dptkan harga murah. Aku tak bisik pun tp aku kenyit mata kat abg yg juai ikan tu, dpt harga murah jugak, kah kah kah. Ikan kembong sekilo dia bg rm3 ja, aku beli 7kg dgn harga rm18, wahhh diskaun lg....tak sia2 dok kenyit mata! Kalu kat pasar mlm sekilo rm9 woii!


org lain bisik2 kat atas pasar tu, aku siap p ngorat abg ikan kat bwh bot nuuu....kemain melampau! kalu nak p kena p tgahri ye baru ikan naik, jgn pulak pg2 buta p tunggu dah, depa dok dlm laut lg time tu.



Sampai umh ptg khamis tu terus buat aiskrim siap2. Menu wajib tiap2 thn ni. Menu open house semuanya aku masak sendiri, so kena pandai bahagikan masa. Kalu dak, mmg kelam kelibut la jwbnya. Aiskrim dua kali buat, dpt la 100+ bekas. Siap aiskrim, pekesah pulak bab kuah laksa. So mlm tu tidoq lena la sbb aiskrim n kuah laksa dah setel. Sapa yg tatau, kuah laksa ni lg byk hari lg sedap. Lg dok perangat lg la terangkat rasa dia sbb tu kalu kuah aku suka buat awai2.


Nalaaa...penuh peti ais aihhh!! Ni pun sekelip mata ja hbs, tuan umh pun tak sempat nak rasa. Aiskrim ni buat utk budak2 ja tp mak pak budak pun sama naik ja mkn, haha. Buat 2 perisa, oreo dgn perisa campuran stoberi+coklat+vanila.



Jumaat pg2 lg aku n en.khai ke econsave beli barang2 nak masak. Aku suka beli sayoq kat econsave sbb sayoq dia fresh n murah2. Destinasi seterusnya ke pasar sg layaq beli kaki lembu n daging. Sampai rumah terus buat keja sampai la ke mlm hari baru setel. Tu pun tak setel semua, mlm tu hanya mampu siapkan kuah mee, nasi impit n rendang ayam ja, yg lain2 sambung pulak esok paginya. 

Sabtu tu koi 4.30 aku dah bangun. Tidoq tak lena oiii dok pikiaq byk lg keja tak siap. Pagi tu buat sagu gula melaka, sambal ikan bilis, kuah lontong, rebus mee n ketupat. Ketupat tu mmg buat awai, dekat2 nak raya ritu pastu frozenkan. Amboii mentang2 la tokey kuih frozen, semua benda pun aku nak frozenkan, kahhhhh! Mujoq intan n adik aku sampai awai, intan la yg tlg potong2 sayoq nak mkn dgn laksa n mee. Ngam2 siap masak n susun meja semua, koi 12.30 tetamu dah sampai. Terkejut den, jemputan start koi 2 patutnya....kelam kabut p siap2kan diri, time tetamu sampai tu tuan umh dok pakai baju kelawaq lg, kuang kuang kuang.



Menu-menu:laksa, mee rebus gear box, lontong, ketupat+rendang ayam, sagu gula melaka n eskrim. Ni mmg menu wajib tiap2 thn ye, mmg tak penah berubah pun.



sagu trepik lite namanya....ramai jugak yg ingat ni wajik@pulut kacau.



Kek besday anak2 burung.....kek pilihan si adik, dia kan peminat no 1 sin chan.



Ayaq mmg tiap2 thn beli ayaq ni, senang tak yah nak bancuh2 dah, tuan umh bzzzzzz



Potong kek...amboii si aqil meliuk lentik sgt aihh.



Tetamu plg awai sampai. Mujoq la sedara, tadak la malu sgt tuan umh sambut dgn baju kelawaq.



Mak ndak zana n family antara yg terawai jugak....untung sapa mai awai ni leh gak bergambaq sbb tak ramai org lg so tuan umah tak la bz sgt....sempat lg dok pegang kamera.



Tq zana n kak ida sudi dtg. Rasanya ni 1st time zana mai open house aku, selama 7kali aku buat open house, thn ni baru kena time dia n awie free.



Geng mkn kuat, adik n kazen aku. Org lain mkn dlm mangkuk putih tu tp depa 2 mkn dlm pinggan. 4 ketoi tulang gear boq depa hadap sekali lalu ja.



Jiran tetangga.















Mud a.k.a cikgu rumaizah pun baru 1st time mai open house aku. Sebelum2 ni asyik x free ja.



Cik embon n farid kamil...sian cik embon tak sempat nak mkn eskrim n kek besday.






Tq abg umaq tlg basuhkan periuk belanga n kemas umh mlm tu. Lps tetamu blk mmg bini dia pengsan terus. Kalau mcm ni punya ghajin thn dpn boleh buat lg, muahaha. Thn ni tak amik maid sbb agen yg ada mcm lahabau. Org nak bisnes depa pun nak bisnes tp bila org kol nak amik maid tak reti2 pulak nak jwb phone. Bukan sekali dua mcm ni tp selalu sgt, start sblm posa ritu lg aku dok kol tp tak dpt2, sampai naik meluat dah nak amik. Mujoq asben i ghajin orgnya, haha.



Sbbkan ghajin, kita up lg gambaq dia.




Buat besday anak tp mak juga dpt hadiah. Tq tecer widad hadiahkan telekung cantik ni.




Ni antara sebahagian gambaq2 di hari tu. Tak larat la nak boh semua gambaq. Alhamdulillah, majlis berjalan lancaq seperti yg dirancang. Walaupun penat tp sgt2 puas hati bila ramai yg puji semua menu sedap. Auwww kembang kempis hidung ai tau! Tima kasih pd semua yg sudi hadir...Best dpt jumpa blk kwn2 sek dulu yg dah lama tak jumpa. Insyallah murah rezeki panjang umoq, thn depan aku buat lg.






3 comments:

Siti Shuhadah said...

laksa sedap uolsss... lontong jugak..tq kak ton..tahun depan jemput lg na...

TecerWidad said...

Sama2. Memang sedap2 belaka. Tahun depan jemputlah lagiiii. Hihi

tenku butang said...

Follower no. 75

Done follow sini.. do follow me back yea yunk.. salam kenal.. hope kita leh follow memfollow yea.. salam blogger..l heeee...

http://tengkubutang.blogspot.com/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...