Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 21 August 2013

Mukadimah Raya 2013

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Fuhhh!!berhabuk dan bersawang hbs aihh blog ni...lama bebenor x berhapdet, tatau la hilang mana semangat nak berblog ni. Ni pun gagahkan jugak menulis sepatah dua buat kenang2an dia hari tua. Dah nak masuk 2 minggu raya baru terhegeh2 nak cite pasai raya, tp ok lg la dr cite puasa langsung tadak!

Thn ni giliaq beraya di kampung aku, ehh bukan tiap2 thn pun beraya di permatang indah ka?kehkehkeh.....untung kawin dekat2 ni, kalu kena giliaq umh en.khai lps solat raya dah pederas blk kg aku tp kalu kena giliaq belah aku, mlm raya kedua baru blk umh family en.khai.

4hari sblm raya aku dah blk kg. Kemain ober kan, mentang2 la kg dekat. Tp sblm blk dah siap2 tlg mak ani (mak mertua) balut 3kg ketupat. Isnin mlm lps buka posa terus blk kg, selasanya tlg mak pulak balut 4kg ketupat....fengsan!! Saja balut awai2 simpan dlm esbox sbb rabunya sure kelam kabut nak sembelih ayam, nak buat rendang, nak rebus tulang gear box, nak buat persiapan kuah mee lg utk juadah pg raya.



 tema tahun ni berjubah 4 beranak. Warna hijau lumut pilihan en.khai. Kemain aku berangan nak pakai kaler merah ang2 tp dibantah sekerasnya oleh suami terchenta, katanya merah kaler umno...amboiii baju raya pun nak dipolitikkan, sampai hati!! Maka terpaksa la sang bini terima pilihan suami dgn redhoooo.



 kawan  aku kata kaler ni tak sesuai dgn watak family aku, katanya family aku ceria bila pakai kaler ni nampak tenggelam....ewahhh!! Suami kesayangan saya tidak sesuai pakai kaler2 ceria ye, harap maklom.



 isnin pagi dah siap2 tlg mak mertua balut 3kg ketupat. Baru lah menantu hantu boleh blk beraya di kg halaman dgn jiwa yg tenteram.



 Selasa esoknya sambung pulak balut 4kg ketupat di umh mak.....2kg utk open house umh aku n 2kg utk umh mak.



Lps siap ketupat, terus rebus tulang gear box utk dimasukkan ke dlm kuah mee. Inilah rahsia kuah mee aku sedap,ecehhh perasan pulak! Rebus kat luaq umh ja save gas, kuikuikui.



Seperti thn2 sblmnya, mak berjaya mengorbankan 2 ekoq ayam kesayangan beliau utk menjamu ank menantu dan cucu di hari raya. Bab proses ayam mmg aku amik tender tiap2 thn, best woii cabut bulu ayam....boleh merajuk kalu mak yg buat!muahaha....




Cukup cukup sudah...cukup sampai di sini saja....kalau ghajin esok aku sambung lg, kalau segan mybe minggu dpn, bulan dpn atau thn dpn...wallahualam...











No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...