Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Tuesday, 24 September 2013

Mandi Manda Di Jade View

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara



En.khai ni jenis org yg kuat keja, nak2 lagi bila pojek dah nak sampai due date, boleh tgok dia punya bz tu mengalahkan menteri sbb takut pojek delay kang nti kena denda ribu riban pulak. Seingat aku dr hujung thn lps sejak2 kami pindah blk dr kl, bila dia dah start buat hosp swasta ni mmg dia tak penah cuti sepanjang minggu. Keja 7hari seminggu. Sbb tu la kami dah jarang p jln2 lani, nak blk kg pun kdg2 aku blk sendiri. Nak tunggu dia cuti pakai tak jumpa la mak aku kat kg nu. Bila ada cuti umum baru la boleh bernapas sikit.

Cuti hari malaysia 16/9 baru ni awai2 aku dah book dia....ko mampu nak book laki sendiri?muahaha....mmg plan lama dah nak p lepak2 kat umh ju sambil mandi pool. Kwn2 lain dah byk kali sampai, aku ja yg tak berkesempatan lg nak p. Ju ajak lunch kat umh dia, dia buat nasi ayam yg sedap tahap gaban! Ehh tp sebelum lunch kat umh ju, aku p bekpes dulu kat umh shu. Kemain....bekpes di bagan, lunch di penang!kehkehkeh.




Tq cik embon menjemput kak ton sekeluarga bekpes kat umh baru....aqif kata "segaknya umh acu!" iolls gayat la uolls mkn kat ting 10 ni, ekekeke.


 Geng2 jelitasawan berendam....2jam kami dok berkuak lentang dlm kolam, hbs kecut apa yg ada.


 Mak buyong yg hujung sekali tu pun tamau kalah....gud, gud berendam lama2 nanti mudah nak bersalin, hihi.


 Ala2 posing nak masuk majalah mangga, hewhewhew.






Ko mampu menyicah garam belacan dlm kolam??kitaorang mampuuuuuuu



Disebabkan keterujaan kali pertama masuk umh ju dan jugak kegedikan ketidaksabaran nak terjun kolam, makanya lupa hbs nak amik gambaq2 menu yg ju hidangkan. Selain dari nasi ayam, ju jugak jamu ketupat+rendang, puding koktail dan roti goreng. Lps naik mandi, semua pakat kebuloq....balun lg makan sampai hbs licin atas meja tuan umh. Harap2 tuan umh tak serik nak jemput kami mai lg, haha.









Monday, 23 September 2013

Zoo Taiping&Burger Bakar Abg Burn

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Dah dekat sebulan baru hegeh2 nak ceghita. Biaq lambat asalkan ada jugak benda nak dikenang, ye dak? Hari merdeka ritu plan awainya en.khai nak ajak p danok mkn daging bakaq. Tp disebabkan border pass kami semua dah expired, nak renew tak boleh so kena buat lain, en.khai pulak tak free nak lari p imigresen. Sudahnya aku ajak p zoo taiping ja, lama sgt dah janji dgn budak2 ni nak bwk depa p tgok menatang.

Lagipun kerap sgt masuk danok sampaikan ada org dok menghanjeng kata laki aku mampu bwk p melancong kat siam ja. Ala, siam pun siam la jauh jugak laki aku bwk mkn angin. Dari hg tu langsung tak penah p mana, plg jauh pun laki dok bwk pusing kepala batas n longwan ja....lg kesian!upsss jgn sentap pulak kalu ada yg terasa, gamaknya kecik2 dulu sunat tak hbs kot memanjang ja nak sentap.

Last minit punya plan, aku ajak jugak geng2 ikan kerapu join. Yg lain2 semua ada hal memasing, yg free cuma kak tijah a.k.a ju dgn cik embon a.k.a shu ja. Prung pang prung pang bincang, kami sepakat nak berkelah kat tmn tasek n berkumpul kat RNR juru. Tp atas sbb2 yg tak dpt dielakkan, shu tak jadi nak join.

Kul 12 gerak dr juru, sampai kat tmn tasek ngam2 waktu lunch. Hampaq tikaq, mkn laju2 sbb semua dah kelupoq lapaq! Elok sudah mkn, hujan pulak turun. Lepak2 kat cafe dlm zoo dulu sementara tunggu hujan benti. Mujoq tak lama. Pukul 5 lbh rasanya gerak blk dr zoo. Singgah bandar perda sbb dah janji dgn shu nak mkn burger abg burn sama2.

Jom layan gambaq....gambaq adalah byk, diharap tadak yg muntah pink.



menu2 di hari kejadian: aku buat sambal ikan bilis, daging masak kicap, teloq dadar, sambal belacan+ulam timun n goreng ikan gelama masin. Ju pulak bwk nasi, sayoq campoq dgn ayam goreng.

















lps mkn lepak2 taman tasek bergambaq sambil tgok org memancing.


3 sekawan....irfan, abg aqil n aqif.



irfan takut2 nak bergambaq kat sini. hihi.




kemain melentik2 aqil atas boya ni sampaikan org lain nak bergambaq pun tadak can!




Atas tadi org utan pelsu, hat ni baru betoi2. Kemain gendut lg tetek org utan ni, kehkehkeh.




boya tembaga


Letih berjln oii pusing 1 zoo tp best leh kelebek menatang puas2, kalu naik train tak puas nak tgok. Time ni aqif dah pancit, mujoq ada abah yg gagah perkasa sudi nak dukong.


Alololo cutenya beruang ni tgh lena.




Larat ka irfan oiii nak angkat abg aqil tu??


Hepi sungguh tgok budak2 ni masa kat zoo...sampai belengaih2 la muka punya meloncat.


Hat kiri muka pancit teruk dah tu, letih berjalan 1 zoo, hat kanan boleh gheyeh lg sbb dia jln sekerat ja, lebihnya abah dukong.


Masing2 tak puas hati sbb tak leh tgok gajah dekat2, kandang gajah tgh renovate.



Penat memusing kat zoo, nilah obat dia. Burger daging apa tah namanya, utk abg umaq.



Meatball abg burn yg menjadi igauan. Yg ni kompom la utk mem besaq.



Menu baru di abg burn, burger ayam al-lazat utk ank2 burung aku.






Shu n feruz...sian depa tunggu kami lama, sori uolss jln jammed masa blk dr zoo tu.




Mmg best la dpt jln2 n mkn2 dgn kwn2. Letih tp seronok. Nanti kalu ghajin aku cite lak kisah kami mandi manda kat jade view, umh ju. Lps ni masing2 dah plan nak bercuti kat cameron hinghland time raya haji, harap2 tadak halangan la. Bulan 11 pulak nak buat besday party kat umh aku sempena besday aku n shu, tua2 pun nak berparty bagai....kasi can la!





Friday, 20 September 2013

Puding Trifle Sedap

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Salam jumaat utk semua. Sempena jumaat yg mulia ni, aku meghajinkan diri nak berkongsi 1 resepi dessert yg walaweh tersangat la sedap gila babeng. Sapa yg makan sure punya akan jatuh cinta. Tq cik embon a.k.a shu shinju bg ai rasa puding sedap ni n jutaan tima kasih sbb tunjuk ajaq ku siput sifu. Sayang cik embon sebanyak 2 hengget, kehkehkeh.


Mari kita cekidaud resepi puding trifle ni.
Bahan2:
1 bantal kek gulung
4sudu besar tepung kastad
1tin susu cair
1tin air (aku campurkan air buah dgn air biasa)
7sudu besar gula
1tin buah koktail
1 kotak serbuk jelly



 Lapisan 1: potong kek gulung n padatkan segenap ruang dlm bekas, jangan bg ada lubang langsung, kang meleleh pulak kastad nanti dah tak cantik pulak lapisannya. Pehtu amik air buah dlm tin tu renjis2kan sikit kek ni, jgn sampai basah lencun pulak ye. Aku guna kek marble beli kat fairy, mmg sedap sungguh kek ni.



 Lapisan 2: Bancuh tepung kastad+susu cair+1tin air ke dlm mangkuk. Kacau hingga lincin (hilang semua ketul2) n tapiskan dlm periuk. Masukkan gula, masak atas api hingga pekat dan memikat. (sentiasa kacau ye). Dah pekat kang, tuang je atas susunan kek tadi.



 lapisan 3: Masukkan buah koktail dlm tin. Yg ni aku guna tin besaq, lg byk buah lg sedap wei. Buah fresh pun boleh letak, ikut suka hati la nak campak buah apa pun, rambutan ka durian ka langsat manggis pun boleh....ikut suka, tadak sapa pun nak marah.



Lapisan 4: Masak serbuk jelly ni ikut arahan belakang kotak. Ada mcm2 perisa jelly ni, aku plg suka perisa raspberry. Dah setel, tuang ja atas buah tadi. Siap la puding triflenya, mudah bukan?



 Puding trifleku yg pertama.



Ni tah kali ke berapa buat, buat masa besday mak baru ni. Buat 3 adunan, sekali jeling ja lincin.



Puding ni sedap makan sejuk2. Lagi lama dlm peti ais lg best. Skrg ni, puding trifle ni dah jd puding kegemaran aku. Bahan2 mmg sentiasa ada kat umh ni, sapa2 yg nak mai umh mmg aku jamu ni je nti sbg pencuci mulut. Sapa tak cuba mmg rugi, aku tatau mcmana nak terjemahkan rasa sedap puding ni, kena buat sendiri baru tau kesedapan dia mcmana.....so, selamat mencuba!










Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...