Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Friday, 20 September 2013

Puding Trifle Sedap

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Salam jumaat utk semua. Sempena jumaat yg mulia ni, aku meghajinkan diri nak berkongsi 1 resepi dessert yg walaweh tersangat la sedap gila babeng. Sapa yg makan sure punya akan jatuh cinta. Tq cik embon a.k.a shu shinju bg ai rasa puding sedap ni n jutaan tima kasih sbb tunjuk ajaq ku siput sifu. Sayang cik embon sebanyak 2 hengget, kehkehkeh.


Mari kita cekidaud resepi puding trifle ni.
Bahan2:
1 bantal kek gulung
4sudu besar tepung kastad
1tin susu cair
1tin air (aku campurkan air buah dgn air biasa)
7sudu besar gula
1tin buah koktail
1 kotak serbuk jelly



 Lapisan 1: potong kek gulung n padatkan segenap ruang dlm bekas, jangan bg ada lubang langsung, kang meleleh pulak kastad nanti dah tak cantik pulak lapisannya. Pehtu amik air buah dlm tin tu renjis2kan sikit kek ni, jgn sampai basah lencun pulak ye. Aku guna kek marble beli kat fairy, mmg sedap sungguh kek ni.



 Lapisan 2: Bancuh tepung kastad+susu cair+1tin air ke dlm mangkuk. Kacau hingga lincin (hilang semua ketul2) n tapiskan dlm periuk. Masukkan gula, masak atas api hingga pekat dan memikat. (sentiasa kacau ye). Dah pekat kang, tuang je atas susunan kek tadi.



 lapisan 3: Masukkan buah koktail dlm tin. Yg ni aku guna tin besaq, lg byk buah lg sedap wei. Buah fresh pun boleh letak, ikut suka hati la nak campak buah apa pun, rambutan ka durian ka langsat manggis pun boleh....ikut suka, tadak sapa pun nak marah.



Lapisan 4: Masak serbuk jelly ni ikut arahan belakang kotak. Ada mcm2 perisa jelly ni, aku plg suka perisa raspberry. Dah setel, tuang ja atas buah tadi. Siap la puding triflenya, mudah bukan?



 Puding trifleku yg pertama.



Ni tah kali ke berapa buat, buat masa besday mak baru ni. Buat 3 adunan, sekali jeling ja lincin.



Puding ni sedap makan sejuk2. Lagi lama dlm peti ais lg best. Skrg ni, puding trifle ni dah jd puding kegemaran aku. Bahan2 mmg sentiasa ada kat umh ni, sapa2 yg nak mai umh mmg aku jamu ni je nti sbg pencuci mulut. Sapa tak cuba mmg rugi, aku tatau mcmana nak terjemahkan rasa sedap puding ni, kena buat sendiri baru tau kesedapan dia mcmana.....so, selamat mencuba!










5 comments:

Siti Shuhadah said...

waaa..sedapnyeee..nanti nak rasa yang k.ton wat plak..

Lieya Von Jay said...

yummy!!

rostina76 said...

bestnye trifle ni. lama tak makan

Arinie Ghazali said...

Menarik! Sape yg suka coklat boleh cuba

hana humaira said...

Yeay!!! Sy bru je try...
Jelly tu sy tukar filling blueberry..
Jmput ziarah blog sy www.hanasihat.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...