Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 2 October 2013

Besday Mak

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


13 september lepas besday mak yg ke-57. Makin meningkat usia mak, aku jadi makin takut. Takut kehilangan mak, hanya mak tempat aku menumpang kasih sejak ayah dah tadak. Tuhan, kau panjangkanlah usia mak. Berilah aku kesempatan utk terus berbakti kepada mak. Terima kasih Ya Allah atas kurnian ini, kau kirimkan kami seorang ibu tiri yg sgt2 baik hati. Tak terbalas jasa kami adik beradik kepada dia. Maaf, kalu cerita pasai mak n arwah ayah aku mmg emo.

Sempena besday mak, aku ada buat sikit mkn2 kat kg. Semuanya aku sponsor n masak, besday girl mmg langsung tak masuk dapoq hari tu. Nama je besday mak tp menu2 semua ikut tekak aku, kehkehkeh. Insyaallah, ada rezeki n umoq panjang aku akan buat majlis ni tiap2 thn utk meraikan mak. Mak nampak hepi tp aku tau mak terharu n sebak bila ank2 meraikan dia. Sepanjang majlis, ayaq mata mak bergenang ja.


 Best bila blk kg sbb aku ada ramai bibik yg ringan tulang. Sbbkan byk keja nak buat, makanya terpaksa diadakan kerahan tenaga. Masing2 ada tugasan. Pg tu chah (kazen) n intan (tunang bon) aku tugaskan buat bebola roti. Bahan2 semua aku siapkan, depa tlg kepal2 ja. Tq bibik2 gojes!!



 Mlm sebelum tu dah siap2 buat kuah laksa. Best ooo mkn kuah laksa yg byk kali perangat.



 Puding trifle yg menjadi rebutan. Sekelip mata ja licin. Mlm tu terpaksa pulak p cari bahan2 n buat lg 3 bekas sbb bibik2 gojes tak sempat nak rasa.



 Sandwich telur yg jugak menjadi rebutan. 2 bungkus roti aku buat, tak sempat nak jeling dah hbs.



 Bihun goreng. Sengaja adakan menu ni sbb nak mkn dgn kuah laksa. Sapa2 yg tatau, mkn bihun goreng dgn kuah laksa adalah sorgaaaa. Kesedapan yg luar biasa. Tak caya try cuba test.



 Peberet aku si lontong. Sungguh aku suka sgt mkn lontong. Keturunan benggali tp tekak jawa, sungguh kecelaruan identiti, kah kah kah.



 Kuah lontongku yg pekat memikat yg menjadi sebutan ramai. Kalu buat kuah lontong, aku suka letak suun n fucuk byk2, sedap oittt!! Mkn pulak dgn sambai ikan bilis, nalaaaa aihh kesedapan berganda.



 Bebola roti n sosej goreng. Sosej tu intan sponsor sbb dia toke sosej, hehe.



 Jemput sedara n jiran2 terdekat ja.











 1 ni ja gambaq besday girl yg ada, tu pun tak clear. Puas hati sgt tgok mak seronok mcm ni.





Hepi besday mak. Semoga mak terus sihat n kuat utk menumpangkan kasih sygmu pd kami 4 beradik. Semoga Tuhan pelihara n lindungi mak sepanjang masa. Semoga mak dimurahkan rezeki dan dipanjangkan usia. Terima kasih yg tak terhingga sbb mak sudi menjaga kami dr kami kecik sampai la skrg ni, menjaga arwah ayah yg 7thn sakit dan menjaga tok dgn seikhlas hati. Kami semua syg mak!!!








3 comments:

Siti Shuhadah said...

hepi besday makcik!!! :)

Engku Muzahadin said...

Bnyknya makanan. Like sgt bla anak2 raikan mak mcm ni. Hargai mrk sementara ada kan? Happy Birtday Makcik ;)

Raihanah said...

ina....
mmg bihun dgn laksa atau kuah laksa saja..
mak sya pun camtu..klau p pasar mlm ka kedai ka..nak tapau laksa, kena set dgn mee goreng atau bihun goreng..hihi



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...