Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Lilypie Fourth Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie - Personal pictureLilypie Third Birthday tickers

Wednesday, 9 October 2013

Rendang Ayam Sedap!!

Bismillah kata bermula
Assalamualaikum pembuka bicara


Dah lama entry ni tersimpan dlm draft, lupa nak publish. Memandangkan tak lama lg dah nak raya haji, elok benaq la aku share resepi rendang ayam ni. Boleh jugak kalu nak buat guna daging, terpulang....

Sebelum2 ni mmg aku tak penah buat rendang, ni kiranya 1st time buat, punya la bangga tak sangga. Muahaha. Bg mak rasa, terus mak suh aku ja yg masak rendang time raya ritu. Biasa rendang mak jenih yg kering2 tu, i don't like! Tak stim nak cicah ketupat kalu rendang kering2 gutu. Aku suka rendang yg belengaih2 mcm ni, baru berpalut kalu cicah ketupat.

Jom intai resepi....





nyum...nyum...lg belengaih lg best



 dicicah pulak dgn ketupat jagung, oh maiiii!!



pun sedap kalu mkn dgn roti jala





Bahan-bahan:
ayam 8 ketul
geng 4 sekawan - bunga cengkih, kulit jayu manis, buah pelaga n bunga lawang
*bawang besar 3 biji
*bawang putih 6 ulas
*serai 4batang
*halia (besar ibu jari)
*lengkuas (besar ibu jari)
*cili padi 5-10 bijik (bergantung nak pedas mana)
-kisar semua bahan bertanda *
cili kering blend (2 senduk)
rempah kari daging (sebungkus kecil)
kerisik 2 sudu besar
santan 3cawan
gula dan garam secukup rasa
serai 2 batang *dititik*
daun limau purut (racik halus)
asam gelugur 1-2 keping
gula melaka (tamau boh pun takpa)


cara-cara :
-tumiskan 4 sekawan bersama bahan2 kisar
-bila dah garing, masukkan cabai kering blend n rempah juga serai yg diketuk
-masukkan kerisik dan asam gelugur
-masukkan ayam 
-masukkan santan
-masukkan daun limau purut
-perasakan dgn gula dan garam secukup rasa
-renehkan hingga ayam lembut dan kuah agak kering



Ni resepi masa aku mula2 try buat rendang. Buat 8 ketoi ayam ja sbb takut tak jadi n tak sedap. Kalu nak buat byk, pandai2 la ejas. Kalu ikut resepi ni sebijik2 mmg sedap la pd tekak aku, pedas dia pun just nice, aku bubuh 7bijik cili padi. So, pd sapa2 yg baru nak belajaq buat rendang tu selamat mencuba lah diucapkan.








9 comments:

Tijah said...

cheq ooo cheq.
nak tanya sikit...mcm mana resepi ketupat palas yg lemak? ratio santan : pulut mcm mana?

Mar Mansor said...

ketupat jagung? 1st time dgr nih..ada x rasa cam nasi jagung?

ina khairina said...

Tijah ooo tijah.....cheq selalu buat 2kg pulut bersamaan dgn 1kg santan(beli santan yg dah siap perah) mmg lemak berkrim disukai ramai

ina khairina said...

Idok la rasa mcm nasi jagung,rasa ketupat jugak...sama la kadang ada yg buat ketupat kacang kan,hah ni sesaja ganti kacang tu dgn jagung

Raihanah said...

ina masak sokmo sedap...
2hari lepas saya masak mee kari ikut resepi ina..mmg best kebaboommmm...tetamu yg dtg semua puji..
siap minta resepi.Tq ina..
Ilmu yg bermanfaat...

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘Anhu katanya,, Rasulullah SAW telah bersabda : Jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara, sedekah jariyah (wakaf), ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya.'' (HR Muslim).

..tunggu ina masak nasi arab plak..ka mandy ka..

LadyBird said...

salam kak.. sedapnye rendang daging.. sedap jugak kalau dimakan ngn nasik..

haha said...

Nanti nak try.. Cm best je..

MARIA AWI said...

1st time jumpa ketupat jagung..
budak2 mesti suka..

dan 1 lagi, cantiknya roti jala tu...


Beli Produk Shaklee Secara Online Menggunakan Kad Kredit

Dewi Aja said...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...